Kumpulan: Ma’wa
Skop Tajuk: Jalan Tarbiyah
Nama: Ammar Razak
18 Mac 2013
2230 malam
Skop Tajuk: Jalan Tarbiyah
Nama: Ammar Razak
18 Mac 2013
2230 malam
Tempat Ketiga Pertandingan Seni Warisan i-FEST 2013 kategori Ikhwah
Pelik atau unik?
Pelik atau unik?
Aku ini pelik,
atau aku ini unik?
Ketika orang malas dan memikirkan soal
peribadi,
aku pula rajin dan suka memberi.
Ketika orang senang mengkritik dan mengata
semua,
aku pula sukar dan payah memikir sesuatu
idea.
Ketika orang lapang tidur dan berehat,
aku pula sibuk berjaga dan berpenat.
Ketika orang duduk diam malas dan culas,
aku pula bergerak tegar, berhempas pulas.
Lalu kubertanya,
apakah maksud ini semua ?
Aku ini pelik,
atau aku ini unik ?
Tenaga ‘ATP’ yang ku bina,
masa yang ku guna,
harta benda yang ku punya,
Ku sumbang untuk siapa?
Untuk siapa dan mengapa?
Lama ku fikir,
sambil ku sadur dengan zikir.
moga mendapat ilham petunjuk di akhir.
…………………………………………………………………………………………
Kini ku pasti,
ini bukan kerana cengkaman indoktrinisasi.
Ajaran yang memaksa tanpa rela,
Meratah dan merakus fikiran manusia.
Tapi yang ku yakini,
ini kerana siraman tarbawi.
Didikan yang diterima secara redha dan
terbuka,
membenih dan menyubur dalam jiwa yang
merdeka.
Aku kini tersenyum,
kerna ku sudah maklum.
Biar kunampak pelik,
tapi hakikatnya aku unik!
Motivasi Sang Pencipta dari Surah
At-Taubah,
membuat aku berubah,
Alhamdulillah.
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka..."
(surah At-Taubah, ayat 111)
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka..."
(surah At-Taubah, ayat 111)
No comments:
Post a Comment