Sunday, April 28, 2013
[JPR'13] SYARAT & PERATURAN BERKEMPEN 2013
SYARAT & PERATURAN BERKEMPEN
Tempoh berkempen adalah selepas nama-nama calon diumumkan oleh JPR. (1 Mei – 11 Mei)
1. Kempen hanya dibenarkan selepas JPR mengumumkan calon yang akan bertanding.
2. Semua penyokong bebas berkempen untuk calon kesukaan masing-masing.
3. Berkempen melalui media-media yang telah ditetapkan oleh JPR iaitu:
a) Blog rasmi batch GeN09 (media rasmi)
b) Facebook
c) Twitter
d) Laman-laman sosial lain yang sesuai.
4. Berkempen melalui poster, video dan sebarang media cetak adalah dibenarkan dan digalakkan. Bahan cetak untuk kempen perlu mendapatkan kelulusan daripada JPR terlebih dahulu sebelum diedarkan.
5. Tidak dibenarkan menimbulkan isu yang boleh menimbulkan perpecahan di kalangan mahasiswa atau mahasiswi.
6. Setiap kempen tidak dibenarkan menyentuh sensitiviti mana-mana calon lain yang bertanding.
7. Setiap kempen tidak dibenarkan menggunakan logo, cogan kata, slogan atau tulisan yang boleh dikaitkan dengan mana-mana pertubuhan, parti dan organisasi politik. Tindakan keras akan diambil jika kempen melanggar peraturan ini.
8. Sebarang sogokan wang adalah tidak dibenarkan sama sekali terutamanya kepada pihak JPR.
9. Mana-mana Calon atau Penyokong yang didapati melanggar syarat-syarat berkempen akan dikenakan tindakan oleh pihak JPR.
10. Sebarang keputusan yang dikeluarkan oleh pihak JPR adalah muktamad.
Unknown
GEN09 MEMBER
Do things with passion or not at all.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment