Saturday, March 9, 2013

Kosong




Sabtu (09 mac 2013)
0800

Adibah : Tifah, kau sibuk x hari ni?

Atifah : emm.. ade keje sikit tgh hari nanti. Kenapa?

Adibah : tak ade ape2 lah. (sambil membelek2 almari buku Atifah)

Atifah : Kenapa kau tanya? Kau buat ayat mcm tu lg la aku tertanya-tanya.bg la tau aku cepat ape dia?

Adibah : Kau kene buat x yg ‘blogging mania’ tu??

Atifah : haa. Ntahlah. Aku pun x pasti. Kene la kot. Knp?

Adibah : aku kene buat la. Aku ni mane la reti. KOSONG, tak ade idea la nak tulis pasal ape. Kerdil sungguh diri ini
rasenye nak menulis kat blog tuh.

Atifah : kau ambik la buku ‘Senyumlah’ tu. Mane tau dpt inspirasi ke.

Adibah : emm. Haah, bagus jugak tuh, aku pinjam ea. Thanks weh! (berlalu pergi dengan hati yg lapang)


Mcm tulah situasinye sebelum entry ini ditulis. Terima kasih kawan! Rabbuna yusahhil.=_=

Bismillahirrahmanirrahim..

Kita datang ke dunia ini dengan tangan KOSONG dan tidak membawa sebarang harta, kita akan pergi juga dengan KOSONG dan tidak membawa apa-apa daripada bekalan harta yang dikumpul. Semua kita ini adalah bakal Jenazah.

Ramai yang cuba mendapatkan segalanya untuk membuktikan bahawa mereka mempunyai sesuatu. Akan tetapi, pada hakikatnya, kita tidak mempunyai apa-apa.

Sebenarnya kita tidak pernah memiliki apa-apa. Segalanya hanya dipinjam daripada Allah, termasuklah jasad badan kita ini. Kita merasakan sesuatu itu milik kita, tetapi sebenarnya tidak, semuanya hanya lah pinjaman sementara.

Bagaikan pengemis, kita mengharapkan redha Ilahi. Kerana harta, keluarga mahupun pangkat dan keturunan tidak akan dikira sewaktu tiba ajal nanti. Hanyalah bekalan amalan yang dibawa. Biarpun sedikit, lakukan dengan sepenuh keikhlasan dari hati.

Manusia menangis bukan kerana kita hilang sesuatu – manusia menangis kerana sesuatu yang diharapkan tidak datang. Kita merindui kenangan bersama, bukan insan yg mencipta kenangan tersebut bersama kita.

Ingatlah, kita datang ke dunia ini dengan tangan KOSONG. Tiada siapa yang boleh melukakan hati kita, melainkan diizinkan diri kita sendiri. Tiada siapa yg akan membahagiakan kita, melainkan kita merasa bahagia atas semua ketentuan Yang Maha Esa.

(Quran 82 : 17-19)
“ Tahukah kamu akan hari Din (hari pembalasan) itu? Sekali lagi tahukah kamu kan hari Din (hari pembalasan) itu? (iaitu) hari seseorang tidak berdaya untuk menolong orang lain. Dan segala urusan pada hari itu dalam kekuasaan Allah”


Beringatlah pada Allah selalu. (Senyumlah, Tuan Ibrahim Tuan Man)

by : Mila

Anonymous GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

No comments: