Friday, November 11, 2011

~sabar tapi tak sabar~





Salam, sebelum terlupa, baik tulis~

11.11.11
cantik kan no ni..
tapi den xminat nombor..
xkisah sangat pasal tarikh ni,
cuma tarikh yang paling den suka,
tarikh yang ada cuti~~
tau tak ada ibu2 yang mengandung sanggup lahirkan anak secara ceasarean semata-mata nak tarikh lahir yang cantik ni~~

saje nak kongsi,
ilmu yang dapat kat khutbah jumaat tadi,
antara inti pati khutbahnya(yang masih ingat)
imam tu cakap pasal SABAR,
yup, sabar,
perkara yang mudah untuk suruh orang buat sedangkan kita pun belum tentu boleh buat,
atau dalam kata lain, mudah cakap daripada nak amalkan,
betul tak?

ok,
imam tu cakap, sabar ni ada tiga jenis,
Sabar dalam ketaatan kepada Allah,
Sabar dalam hal berkaitan maksiat,
dan sabar dengan kuasa dan ketentuan Allah,

mudah je kan sabar,
nak cakap nak tulis memang mudah,
nak amalkan itu yang susah,
macam mana yang dikatakan sabar dalam ketaatan kepada Allah?
mudah bicara melaksanakan setiap arahan wajib Allah kepada kita sebagai hambaNya,
dan arahan-arahan lain yang disyariatkan kepada kita sebagai khalifahNya di muka bumi ini,
dah cukup ke sekadar buat apa yang Allah suruh?
amalan yang paling baik ialah amalan yang berterusan,
bukan hanya untuk waktu-waktu tertentu je,
bukan bila kita susah baru nak buat apa yang Allah suruh, itu bukan sabar, itu insaf~
contoh, kalau seseorang itu hafal quran,
hafal seluruh ayat al-quran,
kemudian selesai hafazannya,
dia tak mengulang dan lupa...
itu bukan sabar dalam ketaatan kepada Allah,
sama juga dalam konteks kita sebagai seorang pelajar,
belajar, belajar, belajar,
habis peperiksaan, semua ilmu yang dipelajari dilupakan,
tak sabar...

bagaimana pula sabar dalam hal berkaitan maksiat?
sabar dengan maksiat ni bukannya bermaksud kita bersabar apabila tengok maksiat berlaku,
tapi sabar dalam menahan diri untuk melakukan maksiat,
cuba sehabis-habisnya untuk menjauhkan diri dari melakukan maksiat,
mata kena sabar, telinga kena sabar, mulut kena sabar, anggota badan yang lain pun kena sabar,
nak buat amalan yang baik mudah je, tapi nak tinggalkan benda maksiat agak susah,
lagi-lagi kalau maksiat tu dah sebati ngan kita, dah jadi amalan dan tabiat harian..
mungkin kita pernah jumpa orang yang solat, amalan semua hebat tapi akhlaknya biadap, masih melakukan maksiat secara terang-terangan atau sembunyi-sembunyi,
tak sabar...

sabar dengan kuasa dan ketentuan Allah macam mana pula?
maksudnya kat sini sabar dengan segala musibah dan nikmat,
nak tengok orang tu sabar ke tak, boleh tengok bila seseorang tu ditimpa musibah,
selalunya orang akan lalui musibah itu dengan penuh emosi,
sabar dengan ketentuan Allah ni bukan bermaksud apabila seseorang tu dah stabil emosinya dan dapat terima hakikat tentang musibah yang berlaku,
maksud sabar yang sebenar kat sini ialah bersabar ketika permulaan ditimpa musibah,
bukannya bila emosi dah stabil, baru mengaku kita sabar,
tak sabar...

Sekian~

Is GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

No comments: