bismillah
ada beberapa perkara yang aku tertinggal semasa bercakap tadi
pertamanya tentang kepentingan mendengar daripada dua pihak
sumber aku tadi daripada wikipedia dan harunyahya.com
ternyata cerita yang sama di olah berbeza
ketika aku membaca wikipedia, tergambar seorang yang aggresif terlampau
dan bermasalah
tetapi ketika aku membaca harunyahya.com lain ceritanya
janganlah mudah membuat andaian dengan hanya mendengar cerita sebelah pihak
hasilnya penghakiman yang berlaku akan menjadi tidak tepat
keduanya, kenapa aku memilih harun yahya
berbanding tokoh seperti ibnu sina
ya, memang betul ibnu sina itu hebat di zamannya sekarang
tetapi hasil tulisannya
sukar didapati makanya sukar diaplikasikan
berbeza dengan harun yahya yang bukunya banyak dan mudah di dapati
aku mahu melatih kita semua berfikir secara jauh dan secara sistematik
dan ternyata bukunya sesuai dengan niat aku ini
ketiga, dia berdakwah secara saintifik
memandangkan kita pelajar medik contoh ini dekat pada kita
apa contohnya yang kita boleh buat?
mencari penawar setiap penyakit lantas membuktikan hadis yang ada
aku nak tunjukkan setiap daripada kita ada tempatnya dalam perjuangan
bukan semua tempatnya di medan peperangan
bukan semua tempatnya di madrasah
tetapi yang pasti kita semua ada tempat kita sendiri
cari dan laluilah jalan tersebut dengan niat yang ikhlas
aku ingin menyeru kepada kalian semua
silalah baca buku/artikel/berita/tulisan
dan yang paling penting bacalah al quran
dan tak lupa buku pelajaran kita
tegurlah aku, aku terima secara professional
kalau boleh selidiklah dahulu
kalau tak tahu tanya
itu lebih elok daripada membuat tuduhan melulu
janganlah tunggu sempurna
kerana kita memang tidak pernah dan akan sempurna
Thursday, December 9, 2010
beruanglegend
GEN09 MEMBER
Do things with passion or not at all.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Tahniah Abul...
Nice Talk
anda memang seorang yang pemikirannya kritis dan memandang jauh kehadapan.
amat sukar mencari manusia seperti anda lagi.
tetapi mengapakah labelnya begitu?
abgkacak?
cafieq: taklah nice mana pun
ammar: mudah untuk aku mencari tulisan aku nanti
prihatin: sekadar nama pena tak leih tak kurang
Post a Comment