Wednesday, February 11, 2015

KUTIPAN TABUNG ILIC SESI 2014/2016


KUTIPAN TABUNG ILIC SESI 2014/2016

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.



Tabung “I LOVE I CARE” atau lebih dikenali sebagai tabung ILIC kini dating lagi! Namun yang demikian, pada sesi 2014/2016 ini, ada sedikit kelainan dalam kutipan tabung  ILIC. Dengan sukacitanya barisan Majlis Tertinggi Batch sesi 2014/2016 telah sebulat suara memutuskan bahawa kutipan tabung  ILIC pada sesi ini adalah sebanyak LE 30 SAHAJA. Tabung ILIC ini adalah dibawah kelolaan UNIT KEBAJIKAN.
       
APAKAH OBJEKTIF PELAKSANAAN TABUNG ILIC?

1.       Mengurangkan beban ahli GEN 9 (Mesir) yang menghadapi masalah atau ditimpa apa-apa musibah.
2.       Menyediakan pinjaman kepada ahli GEN 9 yang memerlukan.
3.       Merupakan médium ataupun platform bagi warga GEN 9 untuk bersama-sama menjaga kebajikan antara satu sama lain.
4.       Melatih sifat gemar menginfakkan harta dan suka bersedekah sekaligus mengikis sifat kikir dan bakhil dalam kalangan ahli GEN 9.
5.       Memupuk rasa kasih dan sayang serta ukhuwah yang erat antara sesama ahli. 

BERAPAKAH KADAR KUTIPAN TABUNG ILIC?

1.       Setiap siswa dan siswi GEN 9 akan menginfakkan LE 30 untuk tempoh setahun (12 bulan) bermula pada Februari 2015 sehingga Februari 2016.
2.       Sekiranya siswa dan siswi GEN 9 mempunyai sebarang masalah kewangan dan merasa terbeban dengan kutipan ILIC, aduan boleh disampaikan terus kepada Unit Kebajikan batch ataupun mana-mana jawatankuasa pimpinan batch GEN 9.
3.       Pihak kami sangat mengalu-alukan sekiranya terdapat mana-mana ahli GEN 9 yang mahu memberi dan menginfak melebihi daripada jumlah yang ditetapkan.

SUMBANGAN

       Sekiranya berlaku masalah kewangan yang berat seperti kehilangan sejumlah wang yang banyak atau memerlukan sejumlah wang yang banyak dengan kadar yang segera seperti membayar yuran, kemasukan wad, kecemasan atau apa-apa jua kes yang melibatkan kewangan dan kos yang tinggi, kalian hendaklah memaklumkan perkara tersebut kepada Unit Kebajikan GEN 9 untuk mendapatkan sumbangan.  Kadar sumbangan adalah mengikut kadar jumlah  semasa tabung ILIC.

PINJAMAN

       Tabung ILIC juga menawarkan khidmat pinjaman wang kepada mana-mana ahli GEN 9 yang memerlukan. Kadar pinjaman juga adalah mengikut jumlah semasa tabung ILIC dengan syarat-syarat yang tertentu.

ETIKA/PROSEDUR SUMBANGAN ATAU PINJAMAN

·         Prosedur Sumbangan: Ahli yang memerlukan sumbangan ILIC hanya perlu memaklumkan masalah yang dihadapi kepada Ketua/Timbalan Ketua Unit Kebajikan GEN 9 tanpa melalui teknikal borang. Sumbangan juga boleh diserahkan kepada mana-mana ahli mengikut pertimbangan Ketua/Timbalan Ketua Unit Kebajikan GEN 9.

·         Prosedur Pinjaman: Ahli yang memerlukan pinjaman tabung ILIC hendaklah memaklumkan masalah yang dihadapi kepada Ketua/Timbalan Ketua Unit Kebajikan GEN 9 dan perlu mengisi borang pinjaman ILIC mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.

STATUS/PERKEMBANGAN TABUNG ILIC SEMASA

1.       Pihak kami memohon maaf kerana rekod keluar masuk atau catatan akaun tabung ILIC  adalah sulit kerana ianya melibatkan maruah dan privasi individu. Secara amnya, tabung ILIC pada sesi lepas mampu menyumbang sejumlah wang kepada ahli batch yang ditimpa masalah atau dugaan yang melibatkan kes-kes  seperti berikut:-

a.       Kematian ahli keluarga terdekat
b.      Kecurian telefon bimbit dan laptop
c.       Kecurian wang saku yang banyak
d.      Pecah masuk rumah
e.      Kesesakan wang

2. Besarlah harapan kami agar ahli GEN 9 dapat sama-sama menyokong dan turut sama menyumbang dalam tabung ILIC ini demi kebajikan dan kemaslahatan kita bersama.

Disediakan oleh:
Unit Kebajikan GEN 9 2014/2016.


natriumnatrium GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

No comments: