Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

Wednesday, December 25, 2013

Kenyataan Rasmi Pembubaran Kelab Diskusi

No. Rujukan: GEN09 01/02/05-X 05/2013/14(12)
Tarikh: 25 Disember  2013

Bismillahirrahmanirrahim.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda Rasulullah SAW, kaum kerabat dan para sahabat baginda.
Setiap yang datang pasti akan pergi, setiap yang bertemu pasti akan ada perpisahan, setiap yang hidup pasti akan ada kematian, setiap yang bahagia pasti akan adanya dukacita dan hakikatnya semua ini akan berakhir. Beginilah hakikat kehidupan di dunia yang sentiasa berubah-rubah, tidak bersifat kekal. Kehidupan di akhirat jua lah yang akan kekal untuk selamanya. Jadikanlah kehidupan dunia ini sebagai jambatan untuk ke akhirat. Berusahalah di dunia ini supaya kita bahagia selamanya di akhirat yang mana pertemuan yang tiada lagi perpisahan, kasih sayang yang tiada lagi kebencian dan kehidupan yang tiada lagi kematian. Itulah kehidupan yang sebenar.

-Al Mu'min ayat 65-
"Dialah Yang hidup kekal, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; maka sembahlah Dia dengan memurnikan ibadat kepada-Nya. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Dengan dukacita, ingin saya maklumkan bahawa Kelab Diskusi atau lebih dikenali sebagai ‘kedik’ yang telah dicetuskan oleh saudara Muhammad Hafiz Bin Nazri pada sesi lepas akan berakhir sampai disi sahaja. Kami di pihak kepimpinan telah berbincang dan sebulat suara memutuskan keputusan ini selepas mengambil kira pelbagai faktor agar perjalanan batch kita pada tahun ini dapat berjalan dengan lebih lancar, InshaAllah.

Namun demikian, dengan berakhirnya kelab diskusi ini tidak bermakna cabang ilmu ini setakat disini sahaja kerana sebagai seorang khalifah yang bakal berjuang di bumi Allah yang luas ini hendaKlah kita bersiap siagakan diri dengan sebanyak mana ilmu walau dalam apa bidang sekalipun. Bertepatan dengan pembawaan sesi batch yang lepas dan diteruskan juga pada sesi ini iaitu peningkatan ‘thaqafah’.

Di kesempatan ini juga, ingin saya ingatkan kembali kepada semua ahli supaya lebih berwaspada dan meningkatkan tahap keselamatan diri mahupun harta selepas beberapa kes yang telah melanda pada ahli kita baru-baru ini, dan menjadi peringatan untuk kita semua. Tidak lupa juga untuk bersedia pada peperiksaan akhir pusingan yang mendatang tidak lama lagi.

Wallahu a’lam.

Yang menjalankan tugas,

MUHAMMAD ZUBAIR BIN MOHD ZUKERI

Timbalan Ketua Batch I,
Jawatankuasa Gen09 Sesi 2013/2014

Saturday, November 30, 2013

Kutipan Yuran Sesi 2013/2014



Tidak semua perkara boleh dibeli dengan wang tapi banyak perkara memerlukan wang. Tidak terkecuali organisasi Batch Gen’09.

Namun, memahami situasi semasa ahli yang menghadapi krisis kewangan, kami di pihak Bendahari Batch menangguhkan kutipan yuran hingga ke saat ini.

Walaubagaimana pun, untuk menggerakkan dan menjalankan aktiviti batch, sumber kewangan amat diperlukan. Maka, kami dengan berat hati memgumumkan kadar bayaran yuran sesi 2013/2014 adalah sebanyak LE 150.00 sahaja yang merangkumi item-item berikut:



Buat julung-julung kalinya, kami akan menerbitkan majalah batch khas untuk sesi 2013/2014. Anggaran kos seunit bagi majalah ialah LE 50.00. Namun hanya LE 20.00 dikutip bersama yuran manakala baki selebihnya akan dikutip selepas kos sebenar ditetapkan.

Bayaran Sistem Infaq Berunit (SIB) yang digunakan bagi menampung Markas Abou Risy ialah sebanyak LE 50.00. Ini bermakna, terdapat kenaikan sebanyak LE 20 berbanding sesi lepas (LE 30). Rasionalnya:
  •           Bilangan ahli batch berkurangan
  •           Kos tampung markas meningkat

Maka, meskipun sebenarnya pihak SIB ada menentukan kadar bayaran minimum, marilah kita mengambil inisiatif menyumbang lebih. Tambah-tambah kita juga kerap menggunakan markas, dari mesyuarat ke program batch.

Untuk pengetahuan umum, Family Outing merupakan program mega kita sesi ini. Anggaran kos sebanyak LE 20.00 (berbanding LE 30.00 bagi i-FEST, program mega lepas).

Oleh itu, AJK Batch Sesi 2013/2014 telah sepakat berkenaan jumlah bayaran yuran untuk setiap ahli Gen’09 sebanyak LE 150 (berbanding LE 130 sesi lepas).

Bayaran boleh dibuat kepada Bendahari Batch, Syiham Rosli atau saya sendiri sebelum 11/12/2013.

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah harta bendamu dan anak-anakmu
melalaikan kamu dari mengingat Allah. Dan barang siapa berbuat demikian,
maka mereka itulah orang-orang yang rugi”. [Surah Munafiqun, ayat 9]





BECAUSE EVERY PENNY COUNTS

Siti Maryam Mohd Sallehuddin,
Timbalan Bendahari Batch Gen 09.

Monday, January 14, 2013

KENYATAAN RASMI JANUARI

Rujukan: GEN09 03/01/05-X 04/2012/13 (07)

KENYATAAN RASMI JANUARI

Assalamualiakum w.b.t.

Selepas dua siri mesyuarat yang telah diadakan antara Ahli Jawatankuasa dan sesama Majlis Tertinggi batch, beberapa perkara telah mencapai kata sepakat antaranya:-

1)      Sebanyak 130 LE daripada duit batch akan diperuntukkan untuk membeli periuk.
2)      Tabung ‘I Love I Care (ILIC)’ akan diwujudkan untuk kegunaan kecemasan di bawah kelolaan Unit Kebajikan. Kadar bayaran yang dikenakan ialah LE 5 setiap bulan atau LE 60 setahun.
3)      Takwim Batch telah dirangka dan akan diterbitkan dalam Jauhar setiap bulan.
4)      Aktiviti bulan 1 yang berbaki adalah Jaulah ke Dumyat untuk siswi pada 17/1/2013.
5)      Sewa Projector telah berubah mengikut ahli dan bukan ahli (berkuatkuasa serta merta):

Bukan ahli
Ahli
1)<6 jam=15
2)<1 hari=20
3)>1 hari=30
1)<6 jam=10
2)>1 hari=15

6)      Akhir sekali, jawatan Penolong Ketua Batch I yang dipangku oleh saudara Hafiz Nazri akan diganti oleh saudara Ammar Hamzah sebaik bermulanya ‘round ophtalmology’ nanti.
Sehubungan dengan itu, semua kerjasama dan keperihatinan ahli Gen09 amat diperlukan untuk merealisasikan perancangan ini. Jutaan penghargaan juga kepada saudara Hafiz Nazri atas jasa dan pengorbanan beliau selama ini, Semoga keputusan ini diberkati dan dirahmati Allah s.w.t.

Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
MUHAMMAD ZUBAIR BIN MOHD ZUKERI
Setiausaha
Jawatankuasa Gen09 2012/13.

Sunday, October 23, 2011

Update Blog.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Di sini saya tidak akan menulis panjang.
Saya akan terus ke matlamat penulisan saya.
Jika kalian sedar,
disebelah kanan blog ini bahagian bawah sekali saya ada letakkan beberapa pautan ke blog-blog tertentu,
iaitu semestinya blog-blog ahli batch ini juga.
Jadi selepas ini boleh kiranya hendak mengunjungi blog-blog tersebut.
Dan, Jika, Sekiranya blog kalian tiada diletakkan disitu,
bolehlah memohon untuk diletakkan.
Dan juga,
kalau kalian hendak mencadangkan blog-blog yang menarik dan bersifat SERIUS bolehlah dialu-alukan,

Apa yang perlu kalian lakukan,
hanyalah letak link blog kalian atau blog-blog menarik yang hendak dicadangkan untuk dilawati oleh ahli batch yang lain didalam komen.
Ianya semudah ABC.

"Sharing is Caring"

sebarang cadangan lain berkenaan blog ini amatlah dialu-alukan.
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah,
dan yang buruk itu juga datang dari Allah melalui diri saya sendiri.
wallahua'lam.

Tuesday, July 19, 2011

Organisasi Batch Gen09 Sesi 2011/2012

Organisasi Batch Gen09
Sesi 2011/2012
Ketua Batch
AHMAD AIZZUDDIN B. DAUD
Timbalan Ketua Batch
KHAIRUN NISA BT MOHD ZAIDAN
Penolong Ketua Batch 1
AHMAD FAIZ B. ZAIB
Penolong Ketua Batch 2
WAHDATY NAJIHAH BT MOHD
Setiausaha
AHMAD KAMIL B. AHMAD FAHMI
NUR SYAFEKAR BT ZAINI
Bendahari
MUHAMMAD SYAFIEQ B. MUD SHUKRI
NUR AKMA ANIS BT TAJUDDIN
Unit Akademik
AHMAD ZULFAHMI B. SHA’ARI
NUR SHAZWANI BT MOHD AZMI
Unit Pembangunan Insan
MUHAMMAD ZAHARUDDIN B. AHMAD SINAR
NURUL AISYAH BT MUDA
Unit Kebajikan
MUHAMAD FARIS B. MUHAMAD ASRI
N.MADIHAH BT N.SHAFII
Unit Aktiviti
AHMAD BUKHARI B. BAHARUM
AIMI SYAHIRAH BT SERBA JALIL
Unit Tugas Khas & Multimedia
AMMAR HAMZAH B. MOHD HANIM
WAN NOR `IZZAH BT WAN ZAINUDDIN








Sunday, July 17, 2011

Cemburu.

Bismillahirrahmanirrahim.

Pernah tak wujud di hati perasaan menyayangi seseorang?
Tentu sahaja bukan.
pada ibu kita,
pada ayah kita,
pada adik-adik kita.

Tapi,
pernah tak kita berhadapan dengan situasi di mana orang yang kita sayangi itu lebih menyayangi orang lain?

Seperti,
ibu kita lebih menyayangi adik kita,
ayah kita lebih menyayangi adik kita,
adik-adik kita lebih menyayangi kakak atau abang kita.

Tentu timbul perasaan cemburu bukan?

Cemburu itu perlu.
Ia momentum kita untuk mengejar dan menjadi lebih baik untuk meraih cinta, kasih sayang serta perhatian daripada yang tersayang.
Ia pemangkin usaha kita dalam menonjolkan sifat dan peribadi yang lebih baik.

Jika cemburu pada kasih sayang yang ibu bapa serta adik-adik curahkan kepada ahli keluarga yang lain itu perlu,
maka,
selayaknya cemburu akan kasih sayang Allah kepada kekasihnya lebih tinggi dan menggunung.

Namun, menandingi keperibadian kekasih Allah itu jauh sekali daripada kemampuan dan batas keupayaan kita.

Tak mempu tandingi,
maka dampingi.

Agar kasih sayang dan rahmat Allah kepada mereka dapat juga kita merasa tempiasnya.
Kerana, kasih sayang Allah itu tiada batasnya.

Ayuh manfaatkan sebahagian kecil daripada umur kita untuk meraih cinta Allah.
“Menyusuri sejarah, meningkatkan thaqafah.”


Makam Imam Shafie
P/s: Yok sertai Jaulah Makam PERUBATAN~

Thursday, July 14, 2011

JADUAL PENERBANGAN AHLI GEN09 (link added)


Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu di Negeri Sendiri, Lebih Baik di Negeri Sendiri
Begitulah peribahasa Melayu yang membandingkan sesuatu tempat dengan tempat dari mana kita berasal. Memang tak disangkal lagi kebijaksanaan orang Melayu dahulu kala bermadah kata, sehingga maksudnya amat dirasai oleh kita yang berada di bumi Mesir ini.
Kami di pihak Setiausaha mewakili semua ahli Jawatankuasa Batch Gen09 2010/11, mengucapkan selamat pulang kepada semua ahli yang akan bertolak pulang ke Malaysia seawal tengah malam nanti. Semestinya kepulangan kalian membawa seribu satu makna buat keluarga tersayang, dengan ilmu dan pengalaman yang mendewasakan.

Jangan difikir bahawa mereka yang tidak pulang ke Malaysia itu kuat semangatnya merempuh musim panas dan Ramadan yang menduga di Mesir. Anda yang pulang lebih berpeluang berbakti kepada ibu bapa dan keluarga, dapat memahami kuliah-kuliah agama, malah lebih senang bagi anda untuk bangun malam bertahajjud. Bukankah itu membawa ganjaran besar sewaktu Ramadan nanti?

Di sini kami sediakan jadual penerbangan sebagai rujukan ahli batch. Semoga ia memberi manfaat kepada semua. Fail dihoskan di Yahoo! Group batch, jadi boleh juga dimuat turun dari sana.


Jadual Penerbangan 2011.pdf

atau

Jadual Penerbangan 2011 (SkyDrive)


Disediakan oleh:
AHMAD AIZZUDDIN BIN DAUD
ADILAH BINTI ZULKIFLY