Showing posts with label [Kenyataan Rasmi]. Show all posts
Showing posts with label [Kenyataan Rasmi]. Show all posts

Friday, April 4, 2014

[KENYATAAN RASMI] MAJALAH BATCH



No. Rujukan: GEN09 01/02/05-X 05/2013/14(13)
Tarikh: 4 April 2013




Bismillahirrahmanirrahim, segala pujian kepada Allah s.w.t, dan selawat keatas junjungan besar baginda Rasulullah s.a.w. sedar ataupun tidak, begitu pantas masa beredar dan kita telah pun berada di penghujung pengajian di tahun yang kelima ini, semoga subjek kelahiran dan sakit puan ini dapat dihabiskan dengan jayanya seperti tiga disiplin ilmu yang telah lepas.

                Ringkas sahaja kali ini, seperti mana kepimpipinan batch yang terdahulu. risalah Jauhar diterbitkan sekali sebulan yang mana menjadi sumber maklumat dan dokumentasi utama Gen 09 tidak lagi diteruskan pada sesi ini disebabkan beberapa masalah dan kelemahan di pihak pimpinan batch sendiri. Ribuan kemaafan dipinta dan semoga bakat penulisan, kreativiti dan kemahiran bahasa dalam kalangan ahli Gen 09 tidak berakhir disini sahaja dan disalurkan ke jalan yang bermanfaat. 

                Justeru itu, kami di pihak pimpinan batch telah mangambil inisiatif untuk menerbitkan sebuah majalah batch buat julung kalinya memandangkan tempoh pengajian kita yang berbaki kurang lebih dua tahun lagi. Diharapya, idea pembuatan majalah batch ini disokong padu oleh semua pihak sekali gus meraikan kreativiti dan bakat semula jadi ahli Gen 09. Akhirnya sudah tentu dapat dijadikan sebagai kenangan abadi sepanjang kebersamaan warga Gen 09 di Mesir.

                “Air yang dicincang tidak akan putus”, semoga keakraban warga gen 9 berpanjangan dan diredhai Allah s.w.t tidak kira yang berada di Mesir, Malaysia, India, Malaysia mahupun yang telah meninggalkan kita. Akhir kata, teruskan berusaha berdoa dan istiqamah di dalam perjuangan ini dan selamat maju jaya buat semua. Insha Allah.

Wallahu a’lam.

Yang menjalankan tugas,

MUHAMMAD ZUBAIR BIN MOHD ZUKERI
Timbalan Ketua Batch I,
Jawatankuasa Gen09 Sesi 2013/2014

Wednesday, December 25, 2013

Kenyataan Rasmi Pembubaran Kelab Diskusi

No. Rujukan: GEN09 01/02/05-X 05/2013/14(12)
Tarikh: 25 Disember  2013

Bismillahirrahmanirrahim.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda Rasulullah SAW, kaum kerabat dan para sahabat baginda.
Setiap yang datang pasti akan pergi, setiap yang bertemu pasti akan ada perpisahan, setiap yang hidup pasti akan ada kematian, setiap yang bahagia pasti akan adanya dukacita dan hakikatnya semua ini akan berakhir. Beginilah hakikat kehidupan di dunia yang sentiasa berubah-rubah, tidak bersifat kekal. Kehidupan di akhirat jua lah yang akan kekal untuk selamanya. Jadikanlah kehidupan dunia ini sebagai jambatan untuk ke akhirat. Berusahalah di dunia ini supaya kita bahagia selamanya di akhirat yang mana pertemuan yang tiada lagi perpisahan, kasih sayang yang tiada lagi kebencian dan kehidupan yang tiada lagi kematian. Itulah kehidupan yang sebenar.

-Al Mu'min ayat 65-
"Dialah Yang hidup kekal, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; maka sembahlah Dia dengan memurnikan ibadat kepada-Nya. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Dengan dukacita, ingin saya maklumkan bahawa Kelab Diskusi atau lebih dikenali sebagai ‘kedik’ yang telah dicetuskan oleh saudara Muhammad Hafiz Bin Nazri pada sesi lepas akan berakhir sampai disi sahaja. Kami di pihak kepimpinan telah berbincang dan sebulat suara memutuskan keputusan ini selepas mengambil kira pelbagai faktor agar perjalanan batch kita pada tahun ini dapat berjalan dengan lebih lancar, InshaAllah.

Namun demikian, dengan berakhirnya kelab diskusi ini tidak bermakna cabang ilmu ini setakat disini sahaja kerana sebagai seorang khalifah yang bakal berjuang di bumi Allah yang luas ini hendaKlah kita bersiap siagakan diri dengan sebanyak mana ilmu walau dalam apa bidang sekalipun. Bertepatan dengan pembawaan sesi batch yang lepas dan diteruskan juga pada sesi ini iaitu peningkatan ‘thaqafah’.

Di kesempatan ini juga, ingin saya ingatkan kembali kepada semua ahli supaya lebih berwaspada dan meningkatkan tahap keselamatan diri mahupun harta selepas beberapa kes yang telah melanda pada ahli kita baru-baru ini, dan menjadi peringatan untuk kita semua. Tidak lupa juga untuk bersedia pada peperiksaan akhir pusingan yang mendatang tidak lama lagi.

Wallahu a’lam.

Yang menjalankan tugas,

MUHAMMAD ZUBAIR BIN MOHD ZUKERI

Timbalan Ketua Batch I,
Jawatankuasa Gen09 Sesi 2013/2014

Friday, May 24, 2013

[KENYATAAN RASMI] PEMBUBARAN JAWATANKUASA BATCH GEN09 SESI 2012/2013




No. Rujukan: GEN09 01/01/05-X 04/2012/13(10)
Tarikh: 24 Mei 2013



Bismillahirrahmanirrahim.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda Rasulullah SAW, kaum kerabat dan para sahabat baginda.
Alhamdulillah dengan berlangsungnya penyerahan kuasa kepada Ketua Batch bagi Jawatankuasa Batch sesi 2013/2014 di Jamuan Akhir Tahun yang bertemakan WeChat (We Care, We Cherish, We Unite) semalam, maka secara rasminya Jawatankuasa Batch 2012/2013 dibubarkan.

Saya mewakili jawatankuasa batch bagi sesi 2012/2013 memohon beribu-ribu kemaafan dan keampunan seandainya sepanjang perkhidmatan kami, masih ada hak-hak sahabat sekalian yang belum tertunai dek kerana kelemahan dan kekurangan daripada pihak kami.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah dan takziah kepada calon yang telah memenangi pilihan raya tahun ini. Semoga kalian bersedia dan bersemangat untuk memikul amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Kami berharap kalian dapat memandu batch kearah yang lebih baik dan sentiasa menjaga kepentingan ahli dari segenap aspek. InsyaAllah saya yakin seluruh  warga Gen 09 akan memberi sokongan dan kerjasama kepada kalian.

تَعۡلَمُونَ وَأَنتُمۡ أَمَـٰنَـٰتِكُمۡ وَتَخُونُوٓاْ وَٱلرَّسُولَ ٱللَّهَ تَخُونُواْ لَا ءَامَنُواْ ٱلَّذِينَ يَـٰٓأَيُّہَا
Maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui."
(Surah al-Anfal 8:27)

Bagi mereka yang tidak berjaya, yakinlah bahawa anda telah ditakdirkan dengan sesuatu yang lebih baik. Anda tidak kalah cuma belum tiba masanya lagi.

Akhir kalam, saya mendoakan agar kita sama-sama fokus dan tekun untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun ini. Moga-moga kita semua dipermudahkan oleh Allah  untuk melepasi ujian ini dan berjaya naik ke tahun yang seterusnya, biiznillah.  Walaupun begitu, dalam kesibukan kita berusaha, saya mengharapkan agar sahabat sekalian sentiasa memberikan keutamaan kepada hubungan kita dengan Maha Pencipta  dan tidak dilupakan juga hubungan kita sesama manusia khususnya ahli beit.

Wallahu a’lam.


Yang menjalankan tugas,

AFIFI SYAMIL BIN ABDUL RAZAK
Ketua Batch,
Jawatankuasa Gen09 sesi 2012/2013



NUR SYAFEKAR BINTI ZAINI
Timbalan Ketua Batch,
Jawatankuasa Gen09 Sesi 2012/2013