Friday, December 3, 2010

WaTikaH AkAdEmIk GeNo9


Assalamualaikum....
erm..dah lama tak menulis, jadi kekok sikit...
dalam post ni, saya, Suaidi ingin bercakap sedikit tentang akademik...

setelah setahun kita berjaya mengharungi tahun 1 dan Alhamdulillah semua lepas dengan jayanya walaupun ada yang terpaksa mengambil Dhurtani, tapi semua berjaya naik tahun.

1)apa yang penting di sini adalah untuk kita muhasabah diri kembali(walaupun agak lewat post ni dikeluarkan) kerana muhasabah diri adalah suatu event yang dilakukan berulang-ulang kali untuk menjadi insan yang kurang melakukan kesilapan atau mengulangi kesilapan yang sama. kita mempunyai ramai kawan-kawan yang berjaya dan boleh tanyakan bagaimana mereka boleh berjaya seperti Shahir(walaupun sibuk tapi tetap STAR), Aizzuddin(penuh dengan cool, ayat-ayat yang mantap dan berjaya), Afnan, Fahmi, Amar, Zubair Jamil dan hafiz nazri. malah dalam kalangan girls, Nisa(no1 dalam batch), Farahin dan lain-lain. pernahkah kita tanya mereka macammana mereka berjaya? mungkin ada di antara kita cakap atau fikir, naik tahun sudah la buat apa nak mumtaz tapi adakah begini pemikiran kita sebagi umat islam sedangkan salah satu adab-adab dengan ilmu adalah untuk sentiasa berusaha mendapat yang terbaik. (contoh; kita sentiasa nak kasut bola terbaik, game yang terbaik tapi kenapa tidak kepada keputusan yang terbaik? fikir-fikirkan lah.)

2)kalau boleh luangkan lah masa sikit untuk join seminar yang cairo universiti anjurkan untuk kita bercampur dengan orang arab. mungkin sesetengah dari kita amat mahir berbahasa arab dan tidak perlu tapi tidakkah kita  mahu mempunyai kawan international yang sama dalam bidang perjuangan kita. saya amat tertarik dengan cadangan untuk setiap dari kita mempunyai kawan arab dalam universiti(bukan abu terika nasi yaman) yang dicadangkan oleh Shaymak. tapi mungkin ada diantara kita yang berfikiran buat apa pergi kalau tak faham, lebih baik study or main game di rumah! tapi bukan kah seminar itu majlis ilmu yang merupakan salah satu dari taman-taman syurga sedangkan kita telah mendengar tazkirah dari syafieq, hati ini sentiasa perlu dirawat, dan majlis ilmu adalah salah satu darinya. selain itu, kita akan dapat memahami perasaan kawan kita yang belajar dalam kelas G2G betapa susahnya mereka untuk faham apa yang lecturer cakap agar kita menjadi insan yang bersyukur kerana belajar dalam kelas MOU, namun pernah terdetik di hati kita kenapa ada kawan-kawan kita dari G2G berjaya memotong kita dalam pelajaran sedangkan kita belajar dalam bahasa inggeris. Apakah kita insan yang tidak bersyukur atau tidak berfikiran?

3) kalau boleh, sama-sama lah kita bantu kawan kita yang berusaha menolong kita dan kawan-kawan yang dalam kesusahan. jadilah kawan yang `a friend in need is a friend indeed`. tunaikan hak-hak mereka.kadang-kadang, walaupun kita duduk serumah, kita tidak mungkin kenal dia 100%, mungkin dia mempunyai perangai yang buruk serta teruk, tapi pernah kita ambil tahu kenapa dia jadi macam tu atau kita terus menuding jari! to err is man to forgive is divine(ayat aizu) seperti yang berlaku dalam kes nisa tersilap tarikh. kadang-kadang ada aja kawan yang tiba-tiba berubah perangai, mungkin dia rasa hati ke, dia ada masalah ke, pernah kita kisah? kalau boleh di sini kita nak semangat yang kesatuan yang disemarakkan oleh usatazah fatahiyah di intec diteruskan oleh kita semua, sama-sama kita berjaya, sama-sama kita bersusah, tapi semua ni kita boleh lihat masa nak exam midyear nanti, semua orang nak study, semua orang nak buat latihan tapi sapa nak masak? kadang-kadang kita semua tak nak mengalah langsung, akhir keluar la seorang masak, tapi dia ikhlas untuk kawan-kawan dia makan, dia study sikit saja dan tido lebih sikit sebab letih masak untuk kawan-kawan yang terlebih sibuk study. namun, akhirnye dia berjaya kerana apa? kerana dia ikhlas nak bantu kawan-kawan untuk tunai hak. kadang-kadang, hari itu, si A yang masak tapi si A tidur and letih, si B tolong la masak kerana yang nak makan semua juga nanti. kadang-kadang benda tu kecil je, tapi kita selalu pandang remeh, kita tolong benda kecil, Insya ALLAh, ALLAH tolong kita untuk benda yang besar.

Akhir sekali, saya harap kita semua berjaya untuk ke tahun 3 tanpa ada seorang pun yang kita tinggalkan dibelakang(tapi kalau dia tak nak join, biar je la, buat apa tolong orang yang tak nak ditolong, buang masa ja). dan mari la sama kita berdoa agar ALLAH memudahkan perjalanan kita semua dalam menuntut ilmu dan kita berjaya setiap tahun, tapi yang penting, agar ALLAH menjadikan kita sebagi wasilah untuk kita dapat membangunkan islam...AMIN. gunakan blog ni, yahoo group dan blog-blog anda sebagai satu medium untuk kita semua menuju kearah yang baik. LET this be a new beginning(walaupun lewat sikit...hehehe) agar kita menjadi yang terbaik. Insya-ALLAH

mungkin saya bukan orang yang sesuai atau terbaik untuk menulis mengenai perkara ini, siapa lah saya jika nak dibandingkan dengan tokoh-tokoh ustaz dalam batch kita seperti muiz, huzaifah, faiz dan mungkin blogger-blogger yang lebih mantap dalam penulisan. tapi saya harapkan agar coretan saya ini sedikit sebanyak memberi manfaat dan peringatan kepada anda semua. saya minta maaf sangat-sangat kepada anda semua kalau saya buat salah kepda anda secara anda sedar atau tidak tapi saya yakin saya memang buat banyak kesalahan kepada anda semua dan mungkin tidak memenuhi kehendak anda semua selama ini. I`m so sorry!

"Believing you know it all, will guarantee you learn nothing - and achieve even less because a bit of learning that requires a great deal of living"

oleh:
DR.SUAIDI SAZALI
AJK Akademik GEN09
-Gen 09- GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

9 comments:

Anonymous said...

nice =)

atisouless said...

warna warninye...hee...menarik...
nisa dan suaidi mmg biro akademik y mantap...(tak de kene mngena dgn post..huhu)

(nurul atiqah mohd azman)

naqiyan said...

haha tiqah.. setuju setuju!
ko suka part color color
aku suka part underline point tu

sekali sekala muhasabah best jugak en
terima kasih =)

knmz2210 said...

go! ^_^

hafiz nazri said...

suaidi sudh ad kemajuan dlm penulisan bog..sye x xke bce blog tp wajah bru blog gen9 sye x boleh lepas pndg..sbb bnyk yg menarik ad..mudh2n terus jd tmpt perkongsian yg brkesan dan mengesankn..

ape yg SUAIDI tulis sgt2 perlu dberi perhatian..kte kne ingt..spttnye thn nh lebih baik drpd thn lps..tp cmne nk tw kebagusan kte kalo x ingt cmne thn pertama kte..2 la genye muhasabah.. xlme lg ad antara kte dh berjawatan..jgn lpe asal usul kte kt intec dlu, fustat...berhingus masing2..bnyk2 syukur allah jge kte drpd kesushn..bnyk yg allah temukn penyelesaian..

x pernah terlambat utk ktekn ALHAMDULILLAH..

عمار حمزة said...

sakit mata aku.

anyway, ok.aku ada terasa sedikit disitu.

Lyn said...

..."MUHASABAH DIRI",..."BERKAWAN DGN EGYPTIAN"... DAN ..."SALING MENJAGA ANTARA SAHABAT2"...I'Allah...

Ya...betul..To Forgive Is Divine..So, forgive the us if we can't do it right..:)

Abul Akmal Arif Bin Anuar said...

banyak point dalam post di atas
aku baca banyak faedah
but the extreme abuse of font colour make it harder for someone like me to read it
too excessive i would say
still the points must be taken
NICE EFFORTS though

p/s: betul ke kita tak nak tolong orang yang tak nak tolong diri sendiri??
hmm

Anonymous said...

tahniah...
cume bnyk sgt warna...
MERIAH!!!!