Showing posts with label pilihanraya perubatan 2011. Show all posts
Showing posts with label pilihanraya perubatan 2011. Show all posts

Monday, January 2, 2012

Kenyataan: KEPUTUSAN PILIHAN RAYA PERUBATAN


Rujukan: Gen09 01/01/05-X 03/2011/12 (03)

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA PERUBATAN

Assalamualaikum w.b.t

Keputusan pilihan raya PERUBATAN telah diumumkan oleh JPP 2011 sebentar tadi. Oleh itu, kami di Jawatankuasa Batch 2011/12 mengucapkan tahniah kepada calon-calon daripada Gen09 yang berjaya memenangi tempat sebagai AJKT PERUBATAN dalam pilihan raya tahun ini. Mereka yang kami maksudkan ialah:

1. AHMAD FAIZ BIN ZAIB

2. AHMAD KAMIL BIN AHMAD FAHMI

3. MUHAMMAD MU’IZUDDIN BIN AZMI

4. NUR SABIHA BINTI ZAKARIA

5. IZZATI FARHANAH BINTI ARIP

Semoga peluang yang diberikan sebagai AJKT PERUBATAN nanti digunakan sebaiknya untuk kebaikan ahli-ahli PERUBATAN di seluruh Mesir di samping membentuk perwatakan profesional dan kepimpinan di dalam diri mereka.

Pesanan kami kepada semua ahli Gen09 supaya sentiasa menyokong dan membantu mereka dalam gerak kerja PERUBATAN apabila mereka bergelar AJKT nanti.

Jawatankuasa Batch juga amat berbesar hati untuk memberikan kerjasama dan mengukuhkan jalinan mesra antara pimpinan Jawatankuasa Batch dan barisan AJKT PERUBATAN.

Oleh kerana AHMAD FAIZ BIN ZAIB dan AHMAD KAMIL BIN AHMAD FAHMI kini masing-masing sedang memegang posisi sebagai Penolong Ketua Batch I
dan Setiausaha di dalam Jawatankuasa Batch 2011/12, posisi tersebut akan dikira kosong apabila mereka secara rasminya dilantik sebagai AJKT PERUBATAN semasa Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) 2012.

Bagi mengisi jawatan-jawatan tersebut, satu mesyuarat bersama ahli Jawatankuasa akan diadakan sebelum bermulanya MAT 2012. Sehinggalah tiba waktu itu, mereka berdua masih dikira sebagai ahli Jawatankuasa Batch 2011/12.

Kami berharap agar ahli memberikan kepercayaan kepada Jawatankuasa Batch untuk menyelesaikan perkara tersebut dan memberikan perhatian sepenuhnya kepada peperiksaan musim sejuk yang semakin dekat ini.

Selamat maju jaya.

Terima kasih.

AHMAD AIZZUDDIN BIN DAUD
Ketua Batch,
Jawatankuasa Gen09 2011/12.

Monday, December 19, 2011

Menerjah Badai Bersama Izzati Farhanah Arip Calon AJKT Perubatan 2012/2013




TENTANG  IZZATI..


IZZATI FARHANAH BINTI ARIP, berasal dari Kuala Lumpur , membesar di Perak dan kini menetap di Sarawak. Sering bertukar-tukar tempat kediaman telah mengajar beliau untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang berbeza-beza,bak kata pepatah Melayu, di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung.

Untuk menggambarkan bakat kepimpinan beliau, saya rasa lebih tepat jika kita gunakan pepatah ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Memang sudah diakui bahawa bakat kepimpinan Izzati yang berkaliber ini  telah diwarisi dari ayahnya, bekas PENGETUA SMKA SULTAN AZLAN SHAH. Sejak dari sekolah rendah lagi bakat kepimpinan Izzati telah dikesan. Hal ini terbukti apabila beliau telah dilantik sebagai KETUA PENGAWAS SEKOLAH KEBANGSAAN MANJOI 2. Melangkah ke alam sekolah menengah bukanlah merupakan noktah bertanda bagi zaman kepimpinan Izzati. Buktinya, beliau telah dilantik sebagai PENOLONG KETUA PENGAWAS SBPI GOPENG

Berkesinambungan daripada detik-detik kegemilangan yang lampau, kini beliau tampil pula sebagai CALON AJKT PERUBATAN SESI 2012/2013. Ya, tampil untuk memperjuangkan PERUBATAN yang disayangi ke persada yang lebih gemilang!!



BERPANDANGAN JAUH..PUNYA VISI DAN MISI

Sepanjang hampir 3 tahun perkenalan saya dengan beliau, tidak dapat dinafikan bahawa beliau merupakan seorang sahabat yang berpandangan jauh. Mungkin tiga tahun merupakan tempoh yang tidak cukup panjang tapi saya kira  cukup matang untuk menilai diri beliau yang sebenar. Cita-cita beliau adalah untuk menjadi manusia yang bermanfaat kepada ISLAM atau dengan kata lain menjadi sumber manusia untuk perjuangan ISLAM.
 
Benar, sumber manusia itu jauh lebih penting dari sumber kewangan. Suka untuk saya berkongsi satu kisah mengenai Umar bin Khattab R.A tentang sumber manusia:
Pada suatu kesempatan Umar bin Khattab mengajukan pertanyaan kepada para sahabat, "Tunjukkan kepada saya cita-cita tertinggi kalian." Salah seorang dari mereka mengacungkan tangan dan berkata, "Wahai Amirulmukminin sekiranya rumah ini penuh dengan emas, akan saya infakkan seluruhnya untuk jalan Allah."
Umarpun mengulangi pertanyaannya, "Apa masih ada yang lebih baik dari itu?", lantas sahabat yang lainpun menjawab, "Wahai Amirulmukminin sekiranya rumah ini dipenuhi dengan intan, emas dan permata, niscaya akan saya infakkan seluruhnya untuk Allah." Umar bin Khattab kembali bertanya dengan lafadh yang sama. Merekapun serentak menjawab, "Wahai Amirulmukminin kami tidak tahu lagi apa yang terbaik dari itu." Umar bin Khathab kemudian menjelaskan, "Cita-cita yang terbaik adalah, seandainya ruangan ini Allah penuhi dengan PEJUANG MUSLIM seperti Abu Ubaidah bin Jarrah yang jujur, adil dan bijaksana."

Saya ingin memetik satu ungkapan daripada beliau ; ‘ KALAU KITA MEMBANTU AGAMA ALLAH, INSYAALLAH..ALLAH AKAN BANTU KITA. BERJUANG ITU PAHIT, KERANA SYURGA ITU MANIS ‘

 Perjuangan ISLAM itu tidak menjanjikan populariti, tidak juga menjanjikan wang ringgit mahupun pangkat. Jangan pernah risau andai diri hanya menjadi orang yang kerdil dalam perjuangan, kerana tidak popular ataupun tidak menjadi 'public figure' . Pengorbanan tidak dinilai dari sebanyak mana kita berkorban segalanya tetapi sejauh mana kita belajar untuk ikhlas pada setiap pengorbanan itu.



PERUBATAN DEKAT DIHATI…


‘PERUBATAN DEKAT DIHATI’ akan cuba direalisasikan melalui 2 MANIFESTO UTAMA beliau iaitu :


1) Merealisasikan agenda kebajikan PERUBATAN agar PERUBATAN dekat dihati

Saya ingin menduga sahabat-sahabat dengan satu persoalan..

Mengapa ramai diantara kita yang lari daripada persatuan???Kerana  apa ya sahabat-sahabat??

Kerana kurangnya rasa kebersamaan.Ya! Salah satu sebabnya adalah kerana kurangnya rasa kebersamaan. Mereka ini merasakan bahawa persatuan tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada mereka..Pemikiran seperti inilah yang cuba kita kikis daripada pemikiran ahli PERUBATAN.Kita mengharapkan ahli PERUBATAN tidak melihat PERUBATAN sebagai sebuah persatuan semata-mata sebaliknya mereka merasai kewujudan PERUBATAN disaat susah dan senang dan menganggap ahli PERUBATAN yang lain sebagai satu keluarga dimana mereka boleh mengadu nasib dan mendamba kasih…Ingatlah PERUBATAN adalah milik kita semua.Maka menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga perubatan dan menjadi tanggungjawab PERUBATAN untuk menjaga kita..
 
2)Membaik pulih sistem ekonomi PERUBATAN yang sedia ada supaya lebih mesra ahli.


Mesra ahli..? Apakah yang dimaksudkan dengan lebih mesra ahli???
Mudah sahaja, memudahkan ,meringankan,tidak membebankan ahli, dimana terdapat 3 kriteria yang telah beliau gariskan iaitu:


i.membuat jualan online melalui e-BIKON jika dirasakan perlu

ii.mengeluarkan produk mengikut kehendak dan keperluan ahli PERUBATAN

iii.mengemas kini data produk BIKON





Nah, sahabat-sahabat..saya merasakan bahawa agenda yang cuba diketengahkan oleh beliau adalah jelas merupakan sesuatu yang akan memberikan impak yang besar untuk PERUBATAN.
Saya yakin dan percaya beliau akan cuba yang terbaik bagi merealisasikan 2 manifesto ini, bukan hanya fantasi semata-mata..INSYAALLAH!!


JOM MENERJAH BADAI..


Calon yang berkaliber seperti beliau ini tidak seharusnya dipersia-siakan. Biarlah ia dapat diterjemahkan melalui satu gerak kerja yang efektif.


‘Harimau mati meninggalkan belang..manusia mati meninggalkan nama’


Jika anda rasa beliaulah calon yang dicari-cari selama ini untuk menyinari PERUBATAN..ayuh!  
UNDILAH IZZATI FARHANAH ARIP..PERUBATAN DEKAT DI HATI !!