Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Monday, March 12, 2012

LA TAHZAN


Bismillahirrahmanirrahim…….

Pertamanya,sy nak ajak shbt2x semua dan diri sy sendiri mengucapkan Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah , syukur yg tidak terhingga atas SEMUA nikmat yg ALLAH telah kurniakan sejak kita dilahirkan di muka bumi sehinggalah saat ini. Jangan lupa sedekahkan sekalung al-fatihah buat sahabat kita, Allahyarhamah Fatin Fasihah dan Allahyarham Ilham Ellani yg telah dijemput ilahi,semoga di syurga nanti kita bertemu kembal,insyaAllah.Sesungguhnya,kematian adalah satu perkara yang pasti bagi semua makhluk yang diberi pinjaman nyawa olehNya.

Saya rasa belum terlambat untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada sahabat2x gen09 yang mendapat keputusan cemerlang dalam midyear exam baru-baru ni.Kepada sahabat2x yang mendapat result yang kurang baik,jangan bersedih dan teruskan mencuba dan berusaha.Kejayaan sesungguhnya hak milik semua orang tapi mungkin belum sampai giliran kita lagi.Jadi,saya memilih tajuk “LA TAHZAN” untuk mengajak sahabat2x gen09 dan saya sendiri muhasabah semula apa kelemahan kita,langkah seterusnya dan jangan bersedih dengan apa yang Allah bagi sebaliknya sabar dan bersyukur.

KEJAYAAN DAN KEGAGALAN SATU UJIAN,JANGAN BERSEDIH

Firman Allah dalam surah Al-baqarah,ayat 216 berbunyi:

“Diwajibkan atas kamu berperang,padahal itu tidak menyenangkan bagimu.Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui.”

Mungkin sahabat2x semua sudahpun “familiar” dengan ayat ni.Tapi,bagi pandangan saya,kalau kita hayati maksud ayat ni,Allah benar2x memujuk hambaNya supaya jangan bersedih terhadap ketentuan Ilahi.Saya bukanlah orang yang layak untuk mentafsir al-Quran,tetapi saya rasa saya dipujuk bila saya sedang bersedih.Memang lumrah kehidupan,tak semua yang kita impikan akan tercapai dengan senang .Mungkin kita suka dengan kejayaan dalam peperiksaan,tapi mungkin kita akan menjadi lalai,overconfident,bongkak,riak,takbur,sombong dan sebagainya.

Jadi,apabila kita diuji dengan kegagalan,janganlah kita terlalu bersedih,sehingga kita lupa nikmat –nikmat lain yang Allah kurniakan kepada kita dan terlalu cepat berputus asa.Sesengguhnya Allah melihat pada usaha,bukan natijah.Sesungguhnya kejayaan yang kita kejar sebagai hamba Allah yang lemah ialah kejayaan di akhirat,bukan dunia semata-mata.Oleh itu,janganlah kita terlalu cepat berasa sedih dan mulakan dengan langkah baru,perbaiki segala kelemahan yang ada,tingkatkan usaha menjadi hamba Allah yang terbaik supaya kejayaan dunia akhirat tu akan menjadi milik kita semua.InsyaAllah.

Bagi sahabat2x yang diuji dengan keputusan yang cemerlang,janganlah kita lupa untuk membantu sahabat2x yang lain,sekurang-kurangnya,doakan kejayaan sahabat2x dalam solat.Pada pendapat saya,sebenarnya,ujian dalam bentuk kejayaan lagi sukar daripada ujian kegagalan kerana kita lebih mudah berasa takbur,riak,sombong,lupa diri,terlalu selesa dan sebagainya.Hidup ini ibarat roda,kadang-kadang,kita di atas,dan kadang-kadang,kita di bawah.pepapath BI,win some,lose some.

Janganlah kita memandang rendah terhadap kemampuan orang lain kerana boleh jadi,orang yang berada di bawah kita akan lebih Berjaya daripada kita pada masa depan.Cuba kita ingat semula kisah arnab dan kura-kura.Lambat tak semestinya gagal,laju tak semestinya Berjaya.Oleh itu,point saya di sini ialah kejaayan juga sebenarnya ujian Allah kepada hambaNya untuk melihat sejauh mana hambanya rasa bersyukur dan memanfaatkan kejayaan tersebut .

Sekali lagi,jangan bersedih,sahabat-sahabatku,bangun,dan terus bangun.Teruskan melangkah sedikit demi sedikit walaupun pelbagai onak duri,kadang-kadang terjatuh, tersungkur, sakit, luka, menangis, jangan biarkan begitu sahaja. Bangun semula,pandang ke depan,jangan toleh ke belakang, jangan ambil shortcut,jangan ambil u-turn,teruskan berjalan sampai ke garisan penamat. insyaAllah,berjaya. Amin,ya rabb.

Ingin saya berkongsi sedutan dialog dalam satu drama korea,DREAM HIGH 1,dialog ni antara seorang guru dgn pelajarnya,Go Hye Mi(heroin),yang berputus asa.

“Your tv drama does not end here,if it goes on,it will have a different storyline.

You recognize your mistakes,then you reflect on your actions,correct your mistake and grow up.

What if the story has not reached its climax?The lead of this tv drama will be you.It is a long way till this tv drama ends.So don’t feel anxious because you cannot speed it up.

If you walk slowly,you will achieve more than those moving too fast.If you ask me out of the two,which will grow and gain more?I think that it is the one who walks slower but gains to see more.”

Bagi sahabat2x yg suka dengar lagu semasa sedih,dengarlah lagu Sheila majid ni.Tajuknya hitam putih kehidupan.Lagu ni,walaupun simple tapi mesejnya amat mendalam.

Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan
Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa
Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban
Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan
Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan


Saya rasa setakat ini sahaja nukilan saya. Harapan saya agar kita semua jangan sekali-kali rasa putus asa@futur di pertengahan jalan.Marilah kita sama-sama tingkatkan usaha,perbaiki kelemahan diri kerana kita adalah khalifah Allah di muka bumi ini.Kalau kita tidak berjuang menegakkan agama Allah,siapa lagi? Jadilah seorang individu muslim yang tekun menuntut ilmu dan sama-sama menyumbang untuk kemenangan Islam kerana kemenangan Islam itu pasti,cuma yang menjadi persoalan adakah kita antara penyumbang kemenangan itu?? Rugilah kita sekiranya tidak tergolong dalam golongan yang berjihad di jalan Allah dan tidak menyumbang dalam kemenangan Islam.

So.apa tunggu lagi??jom study!!!....



By : Mastura binti Bukhari

Credit to : Jabatan Motivasi

Biro Akademik

PERUBATAN

Saturday, March 10, 2012

Pilihan dan Dilemma

بسم الله الرحمن الرحيم

Bersyukur kita ke hadrat Allah swt atas keterusan kita untuk hidup di dunia ini, masih lagi dapat bernafas dengan kadar pernafasan yang sekata, degupan jantung yang masih berjalan, kefungsian otak yang masih normal. Juga bersyukur kita atas keupayaan dan kekuasaan yang kita perolehi dari Allah swt, kita dapat bergerak ke sana ke mari, masih lagi dapat bekerja dan belajar dengan baik, bersyukur atas nikmat yang kita perolehi sentiasa, tidak lekang dari perhatian ALLAH swt.

Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad saw, atas usaha baginda kita dapat kecapi Iman dan Islam. Usaha baginda yang sangat agung sehingga Islam tersebar luas di muka bumi ini. Adalah kita sebagai umat baginda mencontohi sifat dan akhlak yang ditunjukkan kepada umatnya.

Kita sebagai manusia yang hidup di muka bumi ini, sentiasa dikelilingi dengan pelbagai pilihan. Malahan juga, pilihan yang menjadi dilemma dalam hidup kita. Bak kata peribahasa,"Ditelan mati anak, diluah mati bapa."

Apa itu pilihan? Apa itu dilemma?



Pilihan yang bermaksud yang ditentukan, yang ditetapkan, yang disaring, yang ditapis, yang diisih. Apa maksudnya tu? Maksudnya, apabila kita didatangkan dengan pilihan yang harus kita pilih antara satu, sudah pasti kita akan ada dua jawapan atau lebih. Pasti ada yang kita tetapka utk kita pilih, sebelum kita pilih kita kan buat satingan, kita tapis, dan kita pasti akn isihkan atau sisihkan yang lain yang kita tidak mahu. Asasnya, ada yang kita akan ambil dan ada yang kita akan buang. Maka, apabila kita harus membuat pilihan tetapi ada masalah yang berlaku dalam pemilihan tersebut, itulah dilemma.

Dilema pula bermaksud keadaan yg menyebabkan sukarnya membuat pilihan antara dua al­ternatif (benda, orang, situasi, dll) atau lebih; keadaan serba salah. Itulah yang kerapkali berlaku dalam kehidupan kita, benar? Kalau tidak berlaku, alangkah mudahnya hidup kita di dunia ini. Apabila terlalu mudah, tidakkah akan rasa bosan? Hidup yang berwarna dan menarik adalah hidup yang penuh dengan ujian. Kerana ujian mengajar kita sesuatu, kerana ujian mematangkan kita. Pilihan dan dilema mematangkan kita, juga berkeputusan dengan sesuatu juga mematangkan kita.




Cuba kita lalui kehidupan seharian kita saat demi saat dari pagi hinggalah ke petang. Kita punyai banyak pilihan, bukan? Seolah-olah, bangun je pagi, kita dah mula tekan butang 'Mula' macam dalam video games. Juga ada butang 'Select' untuk kita pilih ke mana pilihan kita menyusul. Mari muhasabah diri kita masing-masing. Untuk membuat pilihan, kita mesti ada panduan. Hanyalah panduan kita dalam hidup ini yang pasti tidak akan menyesatkan adalah Quran dan Sunnah. Sabda Nabi Muhammad saw,

"Akan ku tinggalkan dua perkara, yang tidak akan menyesatkan kamu buat selama-lamanya iaitu AlQuran dan AsSunnah."

Ok, kita buat pilihan berdasarkan dua sumber utama. Kedua, kita buat pertimbangan akal dan situasi juga berasaskan kedua perkara tersebut. Maka, seterusnya kita buat pilihan mesti dengan kesan yang kita jangka. Mudah, apakah kesan pilihan kita tersebut dalam jangka masa pendek dan panjang?

"Anak Nabi Adam yang meninggal dunia akan meninggalkan semua yang dipunyainya di dunia melainkan beberapa perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak-anak soleh."

Itu kesan jangka masa panjang. Kepentingan apabila kita meninggalkan dunia ini.

"Dunia ini adalah lapangan bercucuk tanam kamu untuk hasil di akhirat kelak."

Jelas, apa yang akan kita lakukan di dunia pasti akan ada hasil di akhirat kelak. Maka, benih yang buruk (amal yang buruk), maka pokoknya buruk, buahnya masam, daunnya kering. Benih yang baik (amal yang baik), maka pokonya subur, buahnya manis, daunnya segar.



Kita sebagai manusia yang dikurniakan akal, diberikan kebebasan untuk berfikir dengan waras dan bernas untuk memilih jalan yang membuahkan hasil yang baik kepada kita, tidak kira di dunia mahupun di akhirat kelak.

Jadi, apa kata kita buat pilihan di bawah ini sbg muhasabah kita bersama:



1. Aku sudah mencelikkan mata di pagi-pagi buta: Pilihan sama ada nak terus celik atau pejamkan semula?
Terus celik > Qiam, bangun awal, Subuh berjemaah di masjid, ke kelas awal, boleh joging pada hari cuti.
Pejamkan semula > Terlepas Qiam, Subuh gajah mungkin, ke kelas lewat, amalan xsihat.

2. Aku ada kuiz dalam masa terdekat: Pilihan sama ada ulangkaji awal atau akhir minit?
Awal > Banyak benda boleh baca dan faham, boleh jawab soalan dengan baik, boleh buat soal jawab dengan kawan, tenang.
Akhir minit > Tergopoh-gapah, blur nak jawab, menyumpah sana menyumpah sini bila result xmmberangsangkan.

3. Aku ada tawaran untuk bekerja dalam persatuan, tapi aku masih lagi banyak masa lebih: Pilihan sama ada terima atau tolak?
Terima > Dapat mengisi masa lapang membantu sahabat-sahabat lain, bermanfaat kepada orang lain, kenal ramai orang bila bekerja, hasil yang diterima orang lain manfaat yang kekal.
Tolak > Masa lapang diisi dengan perkara yang tidak berfaedah, kurang bermanfaat, xkenal ramai orang, idea kurang berkembang, katak bawah tempurung, kurang hasil.

Itu adalah antara contoh yang boleh diutarakan secara teori, mungkin secara praktikal barangkali salah. Tapi inilah relaiti yang berlaku sepanjang hari sepanjang masa kita berada di Mesir ni sebagai pelajar perubatan.

Kadang-kadang kita didatangi dengan pilihan yang mengejut (yakni soalan yang xde spot). Di saat itu, kita perlu berfikir secara kreatif dan kritis untuk membuahkan satu hasil resolusi yang baik dan sempurna.

Xperlu bercakap panjang, nanti takut merapu je lebih.

Asasnya kita sama-sama fikir semula. Kita hidup di dunia ini sebagai abid kepada Allah swt. Jadi, apa yang kita lakukan di dunia perlulah bersandarkan kepada Allah swt. Kita hidup ni ada panduan dan contoh, nabi Muhammad sbg contoh yang terbaik.

Kita disajikan dengan banyak pilihan di dunia ini. Maka, pilihlah dengan sebaik mungkin. Bahkan kalau nak kahwin pun, kita mesti nakkan calon yang terbaik buat kita kan. Maka, dalam hal-hal lain juga sebegitu hendaknya. Kita pernah menjalani tajuk usrah, Ihsan. Yakni membuat sebuah perkara dengan terbaik, pada waktu yang terbaik, dengan cara yang terbaik kerana Allah swt. Dapat juga kita umpamakan dengan istilah Professionalisme. Dalam hendak membuat pilihan, tidak dapat tidak kita perlu bersikap professional.

Pada zaman sahabat dan zaman Nabi, pelbagai peristiwa boleh kita jadikan gambaran berkenaan dengan pilihan dan dilema. Pilihan diberikan kepada sahabat Nabi, Bilal bin Rabah ra, sama ada ingin terus beriman dengan Allah atau kufur. Namun atas panduan cahaya Nabi saw, Bilal tetap tabah melaungkan "Ahad, ahad, ahad!"

Kita lihat juga semasa peristiwa (maaf, ana x ingat) seorang bayi berkata-kata kepada ibunya, sewaktu ibunya berada dalam keadaan dilema sama ada ingin terjun kedalam parit api atau tidak kerana beriman dengan Allah. Bayi tersebut meyakinkan ibunya.

Maka, walaupun kita berada dalam dilema dalam membuat sesuatu pilihan, usahlah berada dalam keadaan gusar, Allah sentiasa ada. Istikharah dan doa jangan dilupakan.

"Sesungguhnya orang yang baik di muka bumi ini, adalah orang yang memberikan manfaat kepada orang lain."

Konklusinya, kita fikirkan kembali dengan apa yang kita lalui dan lakukan sepanjang hidup kita ini. Adakah ia selari dengan agama kita, adakah ia bermanfaat kepada diri atau org lain dalam jgka masa pendek ataupun panjang. Tidak dapat tidak, kita memerlukan panduan yang jelas dan pemikiran yang bernas apabila membuat keputusan dalam pemilihan. Pilihlah sesuatu yang membuahkan hasil yang baik kepada kita. Selesaikan dilema dengan berdoa kepada Allah swt.

Jadilah umat yang terbaik dengan menjadi manusia dan individu yang terbaik. Binalah khilafah Islamiyyah dalam diri anda, jikalau anda inginkan khilafah Islamiyyah tertegak di muka bumi ini.

"Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah diatas muka bumi (Adam). Maka jawab mereka itu, "Adakah patut Engkau jadikan diatas muka bumi orang yang akan berbuat bencana dan menumpahkan darah, sedang kami tasbih memuji Engkau dan menyucikan Engkau?" Allah berfirman, "Sesungguhnya Aku mengetahui apa-apa yang tiada engkau ketahui".
(Surah al-Baqarah: 30)

Kita sebagai khalifah, beraksilah sebagai seorang khalifah. Allah ketahui akan kemampuan kita. Maka, benarkanlah ayat Allah dengan menjadi khalifah yang berguna. Wallahua'lam.

Tuesday, October 4, 2011

Bangkitlah Sahabatku

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum para sahabat Gen09. Hari ini atau lebih tepat malam ini saya dan sahabat2 semua telah dikhabarkan dengan berita yang dikenali sebagai 'Result Dur Tani'. Berita ini mungkin menjadi berita baik bagi sesetengah insan dan mungkin juga menjadi berita yang kurang baik bagi sesetengah insan yang lain.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada mereka yang telah berjaya mengharungi Dur Tani ini. Dan bagi mereka yang tidak berjaya melepasi garis sempadan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti diharapkan dapat bersabar dan redha dengan pilihan Allah SWT kerana percayailah aturan yang ditentukan olehNya adalah yang terbaik untuk hambaNya yang bertakwa.


يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ

"Allah telah menganugerahkan al-Hikmah kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barangsiapa yang dianugerahkan al-Hikmah itu, dia benar2 telah dianugerahkan kurnia yang banyak . Dan hanya orang yang berakal yang dapat mengambil pengajaran (dari firman Allah)"
Al-Baqarah: 269


Dalam ayat ini Allah SWT menerangkan bahawa Ia akan memberikan hikmah kepada siapa saja yang dikehendaki-Nya. Maksud hikmah ini lebih kepada kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan yang membolehkan seseorang membezakan antara yang benar dan yang salah, antara was-was syaitan dan ilham dari Allah SWT. Namun, kita sedar setiap ilmu pengetahuan kita datangnya daripada Allah SWT dan sampai kepada kita melalui perantaraan sama ada berbentuk tulisan, lisan dan sebagainya.

Dan bagi mereka yang diberikan kelebihan dan kefahaman yang membolehkan kita untuk berjaya dalam imtihan2 sebelum ini haruslah senantiasa ingat dan mensyukuri nikmat Allah SWT kerana ilmu yang sedikit itu mampu ditarik kembali oleh Allah SWT dengan mudah.

Oleh sebab itu Allah SWT menegaskan bahawa siapa yang telah memperoleh hikmah dan pengetahuan semacam itu, bererti ia telah memperoleh kebaikan yang banyak, yaitu kebaikan di dunia ini dan kebaikan di akhirat kelak. Pada akhir ayat ini Allah SWT juga memuji orang-orang yang berakal dan mahu berfikir untuk Islam. Mereka inilah yang selalu ingat dan waspada serta dapat mengetahui apa-apa yang bermanfaat serta dapat membawanya kepada kebahagiaan dunia dan akhirat.

Khulasafnya, janganlah kita meletakkan 'title' MEDIC melebihi 'title' ISLAM itu sendiri kerana kita bukan berjuang semata-mata untuk menjadi seorang doktor yang cekap, tetapi kita juga berjuang untuk menjadi seorang Mukmin yang memelihara kesucian agama Islam. Adakah anda semua sudah terlupa akan 'Header' blog ini: "We are the Muslim Doctors"?? Bukankah perkataan 'Muslim' itu didahulukan?? Kita renung sekejap...Sekian~Wallahualam.

Tuesday, May 10, 2011

Kejayaan Hukum Minda

Khas buat Gen09 ku...

HUKUM MINDA mengatakan apa yang dijangka berkemungkinan besar akan berlaku. Oleh itu, daripada membuang masa menjangkakan kegagalan kenapa tidak jangkakan kejayaan? Sekiranya anda jangkakan kejayaan, fokus anda pastinya hanya cara untuk berjaya. Anda gambarkan hanya nikmat dan erti sebuah kejayaan, maka secara tidak langsung anda akan menggarap sikap POSITIF.


























Malangnya dalam kehidupan ini selalu takut akan kegagalan.

Oleh itu, yang tergambar di fikiran kita hanyalah halangan dan rintangan serta kepayahan. Dalam memburu kejayaan anda tidak boleh putus harapan. HARAPAN adalah anugerah yang cukup besar Allah s.w.t. kurniakan kepada manusia. Manusia biasanya membangun ke tahap yang mereka jangkakan atau orang lain jangkakan untuk mereka.

Justeru, jangkakan kejayaan dalam setiap usaha yang anda lakukan. Kalau anda perlu ubah perancangan untuk mencapai sasaran, maka ubahlah. Pastikan juga anda bertindakbalas secara POSITIF terhadap perkara-perkara yang mungkin membantut kejayaan tersebut.

























Lihat diri anda sebagai seseorang yang merealisasikan harapan yang digenggam.

Apabila kita rasakan yang kita tidak punya masa depan, tiada harapan untuk maju, tiada peluang untuk meningkatkan keupayaan maka ia akan menjurus kita kepada satu sikap negatif iaitu sikap MALAS.

Ingatlah bahawa:

"Perbezaan antara mereka yang berjaya dengan yang lain bukanlah kerana kekurangan kekuatan atau ilmu, tetapi lebih kepada kekurangan kesungguhan dan kemahuan".

Diharapkan motivasi ini sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat juang kita untuk kembali belajar dan meraih kejayaan dalam peperiksaan yang bakal menjelang tidak lama lagi. Renung-renungkanlah sejenak dan....


'BERSAMA MERANGKUL KEUNGGULAN'