Bersempena cuti musim sejuk sesi 2014/2015, Unit
Sukan dan Aktiviti Luar (USAL) Gen-09 telah menganjurkan satu jaulah 3 hari 2
malam ke Bahariya yang disertai 13 orang
siswi dan 3 orang siswa sebagai musyrif.
Jaulah ini bermula dari 24 Januari hingga 26 Januari 2015.
Peserta-peserta diminta untuk berkumpul di Mahattah
Abou Risy pada pukul 12.30 pagi. Tepat jam 1 pagi coaster mula bergerak.
Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 6 jam ini dimulakan dengan bacaan doa
naik kenderaan oleh para peserta.
Pada jam 7 pagi, peserta mula sampai di tempat
penginapan di Ahmad Camp. Lawatan diteruskan untuk melawat El Meftella, Salt
Lake dan English Mountain.
Keesokan harinya, para peserta mula bergerak
untuk melawat Black Desert dan White Desert pada jam 11 pagi menaiki jip.
Pelbagai pemandangan menarik ciptaan Allah SWT yang dapat dinikmati sepanjang
perjalan ke sana. Antara tempat-tempat
menarik yang dilawati adalan Crystal Mountain, Mushroom Rock dan Chicken Rock.
Para peserta bermalam di tapak perkhemahan yang disediakan.
Keesokan paginya, para peserta menunaikan
solat subuh secara berjemaah dan mendengar sesi tazkirah tidak dirancang oleh
saudara Muhammad Afnan bertajuk “Hati”. Seterusnya, peserta mula berkumpul untuk
melihat matahari terbit. Pada jam 1 petang, coaster mula bertolak pulang
ke Kaherah dan sampai ke destinasi pada jam 7 malam.
Antara reaksi para peserta adalah,program ini
sangat bermanfaat untuk mengeratkan lagi ukhuwah sesama ahli batch serta
dapat mentadabbur alam ciptaan Allah SWT yang sangat indah. Program ini juga
memberi peluang untuk para peserta lebih mengenali Mesir dan penduduknya secara
lebih dekat. Pelbagai pengalaman dan kenangan akan dikenang selamanya.
Ukhuwah bukan hanya pada kata-kata, tapi hati
yang merasa.
Disediakan oleh,
Aqilah binti Ab Razak
Setiausaha,
Jaulah Bahariya 2015,
USAL Gen-09 2014/2016
No comments:
Post a Comment