Sunday, March 1, 2015

Glow With Flow 2.0 : Apa Kata Senpai?



ABOU RISY, 28 Februari – Bertempat di Markas PERUBATAN Abou Risy, Glow With Flow 2.0 telah selamat diadakan. Program Glow With Flow ini dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada ahli batch GEN 9 mengenai situasi study leave yang bakal dihadapi pada akhir tahun ini serta memberi motivasi untuk meneruskan pembelajaran yang berbaki.

Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh saudari Noha Nabila Mohammad Akhir, Timbalan Pengerusi PERUBATAN Cawangan Kaherah 2015/2016. Seterusnya majlis diteruskan dengan sesi forum yang dinanti-nantikan. Barisan panelis yang dihadirkan cukup mantap terdiri daripada saudara Abd Rahim Samad, saudari Nur Atiqah Mohd Hanifah, saudari Tasnim Hanafi dan saudara Ahmad Kamil Ahmad Fahmi selaku moderator.

‘Aku bakal doktor’, inilah mindset yang dipegang oleh saudari Nur Atiqah selama bergelar mahasiswa tahun akhir perubatan. Beliau juga menekankan kepentingan fokus di dalam kuliah dan pemahaman konsep setiap topik yang diajar oleh pensyarah universiti.

Saudara Abd Rahim pula menceritakan pengalaman beliau semasa mengambil peperiksaan ulangan untuk subjek Obstetric dan Gynaecology. Saat-saat genting itu turut dikongsi oleh sahabat-sahabat sekeliling dengan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada beliau.

‘’Everything matters’’, ujar saudari Tasnim ketika menjawab persoalan seorang hadirin mengenai kepentingan peperiksaan kecil setiap kali special round berakhir. Beliau turut berkongsi jadual belajar yang terancang ketika memasuki fatrah study leave.

Majlis berakhir dengan penyampaian cenderahati kepada setiap ahli panel dan moderator.

Disediakan oleh,
Nur Anis binti Mohd Zali


Gen09 GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

No comments: