Showing posts with label Is. Show all posts
Showing posts with label Is. Show all posts

Friday, March 9, 2012

Semangat Anak Muda

Salam,

perkongsian sedikit, rasa cam dah lama tak post sesuatu berfaedah, asyik copy&paste je kan...

artikel ni diadaptasi dari tazkirah dalam kelas baru-baru ni, sori la kalau dalam tazkirah cam xbape bez...

ok, nak berbicara isu 'semangat anak muda'...

Rata-rata kebangkitan rakyat di negara-negara Timur Tengah dipacu oleh anak muda. Semua orang sedia maklum tentang perkara ini. Tapi, isu yang cuba diketengahkan dalam entri ini ialah semangat yang dipamerkan oleh para 'syabab'(anak muda) timur tengah yang bangkit menentang kezaliman dan pemerintah yang zalim.


Adakah secara tiba-tiba revolusi yang telah dan sedang berlaku ini terjadi? Semestinya jawapannya tidak. Ini semua sebenarnya adalah hasil satu perjuangan yang panjang dan penuh liku zaman berzaman, hasil perjuangan orang-orang terdahulu sehinggalah tiba satu kemuncak, revolusi itu lahir.

Cukupkah sekadar semangat? Cukup ke semangat kemudian terus berjaya dapat apa yang dihajati? Tentulah TIDAK! Entri kali ini akan cuba berkongsi ENAM perkara yang harus bergerak seiring dengan semangat ANAK MUDA. Semoga setiap elemen ini bergerak sama tinggi dengan semangat yang tersemat dalam jiwa setiap diri kita. Semangat bukan sekadar dalam hati, harus diterjemahkan dalam bentuk tindakan. Setuju tak?

1. Kebangkitan ilmu dan pemikiran

Ilmu memang perkara paling asas dan paling penting. Ayat Al-Qur'an yang pertama diturunkan jelas menunjukkan betapa pentingnya ilmu. Ilmu sememangnya sangat luas. Tugas kita sebagai penuntut ilmu seumur hidup untuk menimba ilmu sebanyak mungkin sementara masih bernafas.

Suatu hadith Nabi SAW bermaksud, “Barangsiapa yang menghendaki dunia, maka dia perlulah menuntut ilmu. Dan barangsiapa yang menghendaki akhirat, maka dia perlu mununtut ilmu. Dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duaAnnya, maka dia haruslah menuntut ilmu.”


Ilmu tidak perlu kita sempitkan hanya sekadar dengan membaca dan hadir ke kuliah. Banyak sumber ilmu sebenarnya, hinggakan kehidupan kita ini pun satu pelajaran sebenarnya. Ilmu ada di mana-mana, kita boleh belajar dari pemerhatian, mendengar, melalui perbincangan, pengalaman, dan bermusafir juga boleh meningkatkan pengetahuan kita.

Adakah kita mahu terus membiarkan orang bukan Islam menjadi jaguh dalam pelbagai bidang. Di mana ANAK MUDA Islam yang bersemangat itu? Ayuh buktikan bahawa kita mampu berjaya lebih jauh dan maju dari golongan bukan Islam.

Timbalah ilmu sebanyak mungkin dan sebarkan. Kita beruntung terutama yang berada di Mesir kerana peluang kita untuk menambah ilmu sangat luas. Nak dengan tak nak je kan. InsyaAllah, Allah akan permudahkan urusan hambanya yang ingin menuntut ilmu.

Bermula dari ilmu, akan timbul kesedaran...dari kesedaran akan timbul tindakan~

Islam&Iman+Ilmu+Usaha+Semangat+Strategi+Tanggugjawab+Kesungguhan+Kesatuan=Kejayaan


2. Kebangkitan jiwa, hati dan perasaan.

Darah muda cepat panas yang mengalir dalam setiap diri kita harus dipandu dengan oleh akal yang waras dan emosi yang stabil. Bukan kerana disebabkan kita anak muda, kita boleh pamerkan rasa marah dan tidak puas hati kita sesuka hati dan membabi buta sahaja. Hati harus dididik supaya tahan sabar dan boleh mengawal rasa marah. Kekuatan seseorang bukannya diukur atas kekuatan fizikalnya, tetapi diukur dari aspek kawalan perasaan dan emosi.

Hati kita juga perlu dididik supaya bencikan maksiat, kezaliman, penindasan dan sebarang ketidaktelusan. Sekiranya hati kita tidak berasa apa-apa apabila melihat sebarang kejahatan, itu maknanya hati kita ada masalah dan perlu dirawat(emergency).

Hati yang keras perlu dilembutkan. Jaga amalan wajib dan tinggalkan maksiat itu satu jalan yang paling mudah untuk diucapkan tapi sangat sukar diterjemahkan dalam rutin harian. Kita ini hanya hamba Allah yang biasa, seharusnya kita tambah amalan-amalan sunat dan sunnah untuk menampung segala kekurangn diri kita. Cuba amalkan sunnah Rasulullah dalam setiap perbuatan kita seharian dari sekecil-kecil perbuatan hingga sebesar-besar perbuatan. Rasulullah dah wariskan contoh terbaik untuk ikutan ummatnya.

3. Kebangkitan sifat kesungguhan dan disiplin.

Ini memang sangat kena dengan kita sebagai ANAK MUDA. Tambahan pula diatas pundak kita ada tugas sebagai seorang penuntut ilmu. Jadi harus jalankan tugas kita dengan bersungguh-sungguh sehingga selesai pengajian kita selama enam tahun setengah di bumi Anbiya' ini.

Rasulullah s.a.w sudah mempamerkan contoh individu yang paling bersungguh-sungguh dalam perjuangannya. Baginda sangat bersungguh-sungguh dalam dakwahnya hinggakan kita dapat menikmati nikmat iman dan islam saat ini. Tanpa sahabat-sahabat s.a.w dan para ulama sudah semestinya Islam tidak akan sampai kepada kita hari ini, setiap zaman sekiranya kita selusuri sejarahnya, kita akan dapat saksikan individu-individu yang sangat gigih dalam usaha memartabatkan Islam. Tidakkah terdetik dalam hati kita suatu hari nanti kita mahu menjadi seperti mereka? Gigih dan ikhlas memartabatkan Islam dalam pelbagai bidang.

4. Kebangkitan rasa tanggungjawab.

Setiap orang adalah pemimpin dan perlu bertanggungjawab atas setiap yang dipimpinnya. Semua manusia yang hidup di dunia adalah pemimpin, sama ada pemimpin besar atau kecil ataupun pemimpin kepada dirinya sendiri. Semua ada tanggungjawab dan peranan masing-masing. Kita akan jadi seorang yang tidak bertanggungjawab dan khianat sekiranya kita mengabaikan tanggungjawab kita.

Tunaikan tanggunjawab itu satu amanah. Kita sebagai seorang Islam bertanggungjawab untuk sebarkan Islam dan memartabatkan agama Allah ini. Semestinya tugas ini bukanlah satu perkara mudah, kerana tugas ini pasti akan ada halangan dan dugaan. Ujian-ujian inilah yang akan mematangkan kita dan menaikkan darjat kita disisi Allah. Tugas ini bukan untuk mereka yang 'manja'. Ini satu tugas yang serius dan tidak harus dipandang sambil lewa.

5. Kebangkitan persaudaraan dan kesatuan teguh.

Satu proses kebangkitan bukanlah kerja 'one man show'. Kebangkitan itu memerlukan satu kumpulan manusia atau 'jamaah'. Sesama Islam kita disarankan supaya menjaga hubungan sebaik mungkin dan mengelakkan persengketaan. Jika terdapat perbezaaan pendapat pun, ianya diselesaikan dalam medium akademik dan perbincangan bukannya diselesaikan dengan emosi dan cemuhan.

Islam mendidik ummatnya untuk kekal dalam satu barisan dan bersatu dalam amalan solat berjemaah. Ketika solat, umat Islam bersatu menunjukkan ketaatan kepada Ilahi, kenapa apabila diluar waktu solat, umat Islam perlu bercakaran sesama sendiri? Musuh-musuh Islam bersatu untuk jatuhkan Islam, sedangkan umat Islam sibuk memusnahkan Islam itu sendiri.

Islam itu pasti akan ada penjaganya. Kita mahu termasuk dalam golongan penjaga agama Allah. Kita tidak mahu Allah binasakan kita dengan bala dan azab, kemudian Allah gantikan kita dengan umat yang lain untuk menjaga agamanya.

Toleransi sangat penting dalam menjaga persaudaraan. Sekiranya Islam itu difahami sepenuhnya, kita dapat saksikan kembali ukhuwah yang terpamer antara Rasulullah s.a.w dan para sahabat dalam diri setiap ummat Rasulullah s.a.w.

6. Kebangkitan Islam dan pemerintahan sejagat.

Sekiranya, satu hari nanti umat Islam sedar tentang kepentingan ilmu dan mengejar ilmu seolah-olah orang yang dahagakan air, satu hari nanti umat Islam cintakan kedamaian dan bencikan kezaliman dan penindasan, satu hari nanti umat Islam bersungguh-sungguh menaikkan imej Islam, satu hari nanti umat Islam sedar tentang tanggungjawabnya kepada agama, dan satu hari nanti umat Islam bersatu-padu dan mempamerkan persaudaraan yang utuh, insyaAllah satu hari nanti kita dapat saksikan Islam akan kembali menguasai dunia ini, sistem Khilafah akan kembali tertegak di muka bumi ini, dan pada saat itu, hukum Allah akan dilaksanakan. Keamanan dan keadilan akan kembali tertegak.

Kenapa tidak kita jadikan 'satu hari nanti' itu adalah sebahagian dari hari kita, dan kita menjadi sebahagian daripada kemenangan Islam itu....

ataupun setidak-tidaknya, kita menjadi sebahagian daripada perjuangan panjang ini...ingatlah, pertolongan Allah itu pasti akan tiba...

Ayuh, jangan sia-siakan usia muda~

FightforJustice&Freedom

Saturday, September 10, 2011

Dilarang Mencela, Mengejek, Mencaci Maki dan Memburuk-burukkan Orang Lain



Dalam kehidupan seharian, manusia memang suka melampaui batas dalam melakukan sesuatu hal yang buruk namun terkadang tidak disedari. Salah satunya adalah berkata-kata sesuatu yang mencela ataupun mengejek orang lain walaupun dengan nada yang rendah tidak sambil marah-marah. Ternyata sesuatu yang kita anggap biasa-biasa saja boleh membawa kecelakaan kepada kita dan juga orang lain yang terikut-ikut dengan apa yang kita lakukan.
وَيْلٌ لِكُلِّ هُمَزَةٍ لُمَزَةٍ
Terjemahan Surah Al-Humazah Ayat 1 :
"Kecelakaan besar bagi setiap pengumpat lagi pencela,"
Ayat ini boleh juga diterjemahkan seperti berikut :
"Neraka Wail buat manusia yang suka mencela dan mengejek"
Mesej kedua-dua terjemahan tersebut sangat mengutuk orang yang melakukan perbuatan mencela, mengejek, mengumpat dan sebagainya. Pengertian 'humazah' adalah orang yang suka mencela (memburuk-burukkan sesuatu atau seseorang) sedangkan lumazah adalah orang yang suka mengejek (menghina kekurangan orang lain untuk ditertawakan).
Contoh Mencela :
- Memburuk-burukkan kesalahan seseorang di depan orang lain
- Hasil karya seseorang dikatanya buruk dan tidak baik tanpa pengetahuan yang cukup walau sebenarnya nampak bagus bagi orang lain.
Contoh Mengejek :
- Meniru gaya rakannya yang gagap supaya menjadi bahan ketawa
-Budaya 'boo' atau seumpamanya
- Mengatakan sesuatu yang boleh menimbulkan provokasi apabila orang yang diejek mendengarnya.
Contoh Mengumpat :
- Berkata kasar dan sumpah seranah apabila disuruh bekerja oleh ketua atau orang atasan baik secara langsung atau pun tidak langsung
- Menggunakan ayat-ayat kotor dan lucah di jalan raya terhadap orang lain yang menghalang kendaraan kita.
Lagi:
Rasulullah menjelaskan mengenai mengumpat dalam sabdanya, bermaksud,


"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim).


Sabda Rasulullah S. A. W. bermaksud:


"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".


Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.


Diam itu emas. Bicaralah yang berguna dan seperlunya. Jangan berbicara perkara yang akan dicatat sebagai perbuatan dosa. Jika ada orang lain yang mengajak kita mencela atau mengejek orang lain sebaiknya kita tidak terikut-ikut dan segera menghindarkan diri atau mengalihkan pembicaraan kepada topik yang lain. Jika mampu, kita juga boleh mengingatkan mereka untuk menghentikan apa yang mereka lakukan agar terhindar dari dosa. Dalam media massa elektronik mahupun media cetak juga tidak kurang melakukan ejekan dan celaan, sehingga kita harus selalu waspada atas apa yang kita tonton dan baca.

>>Namun, ulama menyenaraikan beberapa kelonggaran yang mengizinkan kita menyebut kekurangan orang lain di belakangnya iaitu tidak dikira dosa. Ia termasuk beberapa keadaan berikut:

1. Apabila seseorang itu dizalimi, maka dia dibolehkan menceritakan kezaliman ke atasnya kepada pihak yang bertanggungjawab;


2. Apabila hendak mendapat fatwa atau mengetahui hukum sesuatu;


3. Apabila ingin memberi peringatan kepada orang lain;


4. Apabila seseorang itu dikenali dengan gelaran itu secara menyeluruh; dan


5. Apabila ia terkenal dengan jahatnya.



Oleh itu mari kita sama-sama menjaga lisan kita supaya tidak dikotori dengan perkataan-perkataan yang tidak perlu apalagi yang menambah khazanah dosa kita selama hidup di dunia. Jangan sampai nanti di akhirat kelak, kita berharap satu ketika dahulu ketika hidup di dunia kita ingin menjadi orang bisu agar terbebas dari dosa atas lisan kita yang tajam seperti pedang.
Mohon maaf jika ada kesalahan dan kekurangan kerana masih dalam proses belajar dan sekadar ingin menyebarkan atau berpesan-pesan dengan kebaikan, terima kasih.


Is

Saturday, August 13, 2011

Muhasabah Ramadan






Salam,


Hari ini sudah 13 Ramadan, sudah hampir setengah bulan kita menjalani ibadah puasa. Pasti ramai dalam kalangan kita sudah mengisi waktu Ramadannya dengan amalan soleh semaksima mungkin. Peluang keemasan digandakan pahala amalan soleh seharusnya tidak dilepaskan oleh setiap individu bergelar muslim. Oleh kerana Ramadhan semakin meninggalkan kita yang kadang kala lalai dan leka, ada empat perkara yang perlu kita perhatikan dan muhasabah hari-hari Ramadan kita yang telah berlalu. Masih ada masa untuk kita perbaiki.



1. Masa

Masa merupakan umur kita. Kita lihat betapa cepatnya masa berlalu. Jika sebelum ini kita sibuk bergelumang dengan buku-buku, sekarang ada di antara kita yang sudah mati kutu tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk mengisi waktunya. Ada dua perkara yang penting di dalam membicarakan mengenai masa.

i. jangan masa berlalu dengan sia-sia
ii. jangan masa berlalu dengan dosa    (semua sudah faham kan, semua sudah besar panjang dan tahu menilai setiap tindakan dan perbuatan yang telah, sedang dan akan kita lakukan)

2. Amal

Kita juga perlu melihat dan memperbaiki di samping mempertingkatkan amalan kita. Amalan ada lima peringkatnya

i. amalan bentuk diri seperti sembahyang, puasa zakat dan sebagainya
ii. amalan bentuk keluarga seperti nafkah, menjadi isteri yang taat, menjadi anak yang taat dan sebagainya
iii. amalan bentuk masyarakat seperti menjaga keamanan masyarakat, amar makruf nahi mungkar
iv. amalan bentuk negara seperti mempertahankan negara, membangunkan negara selaras dengan agama dan sebagainya
v. amalan bentuk ummah Islamiyyah sekeliannya. Seperti membantu atau mendoakan saudara seIslam walau di mana mereka berada.

Ramai orang yang menjalani kehidupan tanpa amalan. Ada juga orang yang menjalani kehidupan dengan amalan yang dibuat dengan sambil lewa. Fikir-fikirkan.

3. Hubungan dengan Allah

Di antara tujuan Ramadhan ialah untuk ketaqwaan. Kemuncak sifat taqwa ialah pergantungan kita kepada Allah.

Ramai orang yang bergantung dengan harta mereka, sebab itulah jika harta habis mereka akan rungsing. Ramai orang yang bergantung dengan projek, sebab itu apabila tidak ada projek maka mereka akan rungsing dan mula lakukan apa sahaja untuk mencapai matlamat.

Oleh itu, kita perlulah menggantungkan hidup kita pada Allah. Orang yang mengantungkan hidup pada Allah tidak akan rungsing dan menderita jiwanya. Ini kerana Allah akan memberikannya jalan keluar bagi segala permasalahan dan memberinya rezeki dari sumber yang tidak di sangka. Bukankah Allah jadikan doa itu sebagai senjata paling ampuh bagi orang Islam?? Ayuh, gunakan senjata itu.

4. Rasa kehambaan

Rasa hamba adalah rasa tunduk di hadapan Allah. Orang yang tunduk di hadapan Allah, akan diangkat di hadapan manusia.
Ramai orang yang merasa rendah diri terhadap keduniaan dan manusia berkuasa. Hasilnya dia akan menderita jika miskin, menderita jika pakai kereta buruk, menderita jika tak cantik. Ini kerana dia rasa rendah diri terhadap unsur keduniaan di hadapan manusia. Hasilnya hidupnya terhamba di dalam kemerdekaan. Hilang ketenangan dan lenyapkah kebahagiaan.
Tunduk kita hanya pada Allah, bukan pada makhluk.

Segala apa yang dilalui, perlu selalu bermuhasabah. Saidina Umar mengatakan “hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab”. Semoga Allah akan terus menyelamatkan kita di dunia dan di akhirat.






p/s: Siapa-siapa yang rasa kebosanan tu,  boleh la cuba menulis sesuatu demi kebaikan bersama. InsyaAllah tak rugi apa-apa. Kongsi-kongsikan kat sini, xde la bersawang blog ni~

Tuesday, May 3, 2011

anjing






















Umum apabila kita menggelar seseorang tu anjing, maka akan marahlah orang tu kerana baginya tidak ada haiwan yang lebih hina dari anjing. tapi benarkah haiwan ini layak dilaknat dan dihina? apakah haiwan yg menjadi teman ashabul kahfi ini perlu dihalau dan dan diusir andai kita melihatnya? apakah haiwan pernah diberi minum oleh Rasulullah s.a.w ini perlu diletak dalam kedudukan paling hina sekali diantara sekalian makhluk Allah? bagaimana sikap kita terhadap anjing yang banyak berkeliaran di sekeliling kita?

Hassan Al-Basri r.a mengatakan bahawa pada anjing ada sifat mulia yang perlu diteladani oleh setiap orang mukmin.

Pertama :

Anjing itu sentiasa lapar,dia jarang makan sampai kenyang. Sifat ini adalah sifat orang-orang soleh. Sifat yang mampu mendidik hati dan jiwa. Dan juga membantu mempermudah urusan ibadah.

Kedua :

Anjing tidak mempunyai tempat yang tetap.Dia selalu berpindah randah mengikut keperluannya. Sifat ini adalah sifat orang-orang yang bertawakkal kepada Allah.

Ketiga :

Anjing tidak tidur pada waktu malam,melainkan sedikit sahaja.Dia selalu berjaga-jaga. Sifat ini sama seperti sifat orang-orang yang cintakan Allah, sentiasa renggang punggungnya dari tempat tidur kerana bermunajat kepada Allah.

Keempat :

Jika anjing mati,dia tiada barang yang diwariskan dan tidak ada pula yang mewaris. Sifat ini adalah sifat hamba-hamba Allah yang zuhud.
Kelima :

Anjing tidak suka meninggalkan tuannya, tidak merajuk atau melarikan dirinya daripada tuannya sekalipun dipukul dan dimarah. Sifat inilah tanda-tanda yang dimiliki oleh para murid yang siddiqin yang sedang belajar dengan Gurunya. Tidak marah dan tidak merajuk walaupun dia diuji dengan berbagai-bagai ujian.

Keenam :

Dia lebih redha dan lebih suka bertempat di tanah,tidur di tanah atau tempat-tempat yang lebih rendah daripada tempat manusia. Ini adalah tanda-tanda orang yang tawadu’, orang-orang yang suka merendah diri dan tidak menyombong.
Ketujuh :

Jika tempatnya diambil alih oleh orang lain atau ditempati oleh benda lain, dia pindah ke tempat lain tanpa merasa marah atau berdendam. Inilah tanda-tanda hamba Allah yang redha akan bahagiannya.

Kelapan :

Jika ia dipukul,dihalau atau dibaling dengan benda-benda yang menyakitkan,dia menerimanya.Tidak ada perasaan dendam kesumat terhadap perkara-perkara yang lepas. Inilah tanda-tanda hamba Allah yang kusyuk.

Kesembilan :

Jika anjing melihat orang makan,dia melihat saja dari jauh, tidak meminta-minta atau menganggu.Jika diberi makan atau tidak diberi,dia diam sahaja. Inilah sifat orang miskin yang redha akan pemberian Allah s.w.t.

Kesepuluh :

Jika dia berjalan atau pergi dari tempat asalnya, tidak menoleh-noleh ke belakang. Inilah tanda-tanda orang yang susah.

Perkongsian bersama~


Wednesday, April 20, 2011

Suhaib Webb





Salam, pernah dengar tentang seorang manusia bernama Suhaib Webb?
mungkin ada yang pernah dengar, dan mungkin juga ramai yang tak pernah dengar,

Suhaib Webb atau namanya sebelum memeluk Islam ialah William Web,
sebelum kemasukannya ke keluarga besar Islam,
beliau merupakan seorang DJ hip-hop yang banyak membuat rakaman dengan artis2 terkenal.

Ya, hidayah itu milik Allah, Allah boleh berikan kepada siapa-siapa sahaja,
insan bernama Suhaib Webb ini merupakan salah satu contoh manusia yang sebelum ini tidak mengenal Allah dan kemudian Allah campakkan hidayah ke dalam hatinya,
bayangkan keislamannya bermula hanya dengan membaca pamphlet tentang Islam.


Syeikh Suhaib Webb ini memeluk Islam pada tahun 1992, dan berjaya menghafal keseluruhan isi kandungan Al-Quran di Makkah. Pada tahun 2004 hingga tahun 2010, Syaikh Suhaib Webb telah datang ke Mesir untuk belajar di Universiti Al-Azhar As-Syarif dalam jurusan syariah.


Suhaib Webb ini merupakan antara tokoh Muslim yang terkenal di Eropah, sebaris dengan Hamza Yusuf dan Amr Khaled. Imam Webb juga pernah tersenarai dalam "500 Manusia Muslim yang paling berpengaruh di dunia" oleh Royal Islamic Strategic Studies Center pada tahun 2010.

Untuk mengenal dengan lebih lanjut insan bernama Suhaib Webb ini bole la ziarah laman web rasminya SuhaibWebb dan boleh saksikan video-video ceramahnya yang menarik dan menusuk kalbu di Youtube, mudah je cuma taip nama Suhaib Webb.

Laman SuhaibWebb ini merupakan "Blog of the Year" pada tahun 2009 oleh Brass Crescent award dan tweeter dia telah diundi sebagai "Best Muslim Tweeter" pada tahun 2010. Boleh saksikan bagaimana luasnya dakwah hinggakan dunia maya mampu digunakan sepenuhnya untuk tujuan dakwah.

Sekadar perkongsian, sebarkan untuk menyertai usaha dakwah~





Monday, April 4, 2011

Tuah



TEMA : AHEAD ( AWAKEN, ONE HEART, ONE AIM AND ONE DESTINY )


Salam, tajuk kena letak kat atas, takut nanti merepek dan melencong ke lain, baik..
Entri ini dalam Bahasa Melayu, walaupun tajuknya dalam Bahasa Inggeris. Mungkin kalau tajuk ini dalam Melayu ia tak akan jadi gempak.

Semua manusia itu sama. Tiada yang lebih hebat di sisi Allah melainkan hambanya yang beriman dan bertakwa. Ini realiti yang perlu kita terima, manusia itu sama sahaja, walau apa pun taraf dan latar belakang kita, kita tetap makhluk yang dipanggil manusia.

Ok, santai-santai je la, kita sebagai pelajar Perubatan di Mesir ini sangat bertuah, sedar tak kita ni bertuah? Ok, sedar, Alhamdulillah. Tahu kan kenapa kita ni bertuah? Lihat la betapa banyaknya nikmat yang Allah berikan kepada kita sejak kecil hinggala saat kita bernafas sekarang. Tak terhinggakan nikmat yang Allah berikan? Cuba pandang masyarakat arab di sekeliling kita, siapa yang tidak ada perasaan sayu dalam hatinya, sila doa kepada Allah supaya gantikan hatinya dengan hati yang lain. Siapa mereka ini? Bukankah mereka ini saudara seislam kita? Kenapa Allah berikan nikmat kepada kita? Kenapa mereka kurang bernasib baik, tidak seperti kita? Hebat tak Pencipta kita, semua perkara yang diwujudkan pasti punya pasangannya. Cuba renung sejenak kenapa Allah ciptakan sedemikian? Banyak tafsiran boleh kita buat. Ikut la tafsiran masing-masing.

Ya, kita hanya diberikan sedikit nikmat dan tuah! Nikmat dan tuah ini bukan bermakna kita perlu menjadi orang yang tidak tahu erti syukur. Semua itu hanyalah pinjaman sementara yang akan dipertanggungjawabkan kerosakannya di akhirat kelak. Kalau dah pinjam barang tu, kena la jaga elok-elok kan, kalau rosak, memang sengaja cari nahas. Begitu jugak kita, sebagai pelajar, nikmat ini kita harus jadikan amanah yang dipegang. Perlu ditunaikan dan pastikan ia tidak diabaikan. Nah, besar tanggungjawab kita ini, walaupun kelihatan nikmat itu perkara yang perlu disenangi, tapi harus diingat, nikmat juga mampu bertukar jadi bala.

Baik, tak tahu la apa kaitannya dengan tema di atas, tapi entri kali ini cuba berlaku adil dalam setiap isu, jadi tidak akan dispesifikasikan terhadap mana-mana isu. Umum.

Kenapa Allah jadikan ramai manusia dalam planet Bumi? Kenapa Allah tak jadikan setiap orang mempunyai Bumi sendiri? Sebabnya, manusia tidak akan mampu hidup sendirian. Allah jadikan manusia ini memerlukan antara satu sama lain, saling melengkapi dan mampu bertukar-tukar pendapat untuk mentadbir Bumi ini. Manusia juga punya naluri dan nafsu, semuanya harus dipenuhi tuntutannya, jadi semua manusia saling bergantung antara satu sama lain. Tidak ada manusia yang tahu dalam segala hal, semua orang punya kelemahan dan kelebihan masing-masing. Jadi setiap orang akan menampung kekurangan orang lain. Jadi tidak ada istilah pilih haluan sendiri dalam kehidupan di dunia ini. Semuanya harus dilakukan bersama dan ditinggalkan bersama. Semuanya harus dibangunkan bersama dan dihapuskan bersama.

Jadi, kenapa manusia selalu bergaduh dan bermusuhan? Terlalu banyak punca dan sebabnya. Namun semuanya bermula dari hati. Apabila hati ini tandus dengan iman dan ilmu, hilang pertimbangan diri, maka nafsu mula mengambil alih tampuk pemerintahan diri seseorang. Nafsu ini sememangnya sukar dikawal dan dididik, ia lebih cenderung untuk melakukan perkara keburukan daripada melakukan perkara yang baik. Agak subjektif sekiranya mahu berbicara soal hati dan perasaan ini, kerana semua orang punya hati yang variasi dan sentiasa berubah. Ya memang sukar untuk mencari titik pertemuan, dan bersetuju dalam satu-satu isu. Semua orang ada keinginan, kecenderungan dan kepentingan yang berlainan. Jadi sangat diperlukan di sini hati yang neutral untuk berbincang, perlu buang jauh-jauh perasaan yang kotor dan cuba berlaku adil dalam setiap isu. Gunakan pertimbangan iman dan ilmu sebaiknya,

Tidak ada gunanya bersengketa dan menyimpan perasaan buruk, hidup di dunia ini cuma sementara. Tak banyak pun yang dapat dikejar di dunia ini, semuanya hanya bersifat sementara, bekalan pahala sahaja yang bernilai untuk dibawa ke akhirat. Justeru, ingatlah kepada pesanan baginda s.a.w yang menjadi inspirasi kejayaan kita di dunia dan akhirat:

“Sesiapa yang mahukan kejayaan di dunia, maka hendaklah dia berilmu, jika dia mahukan kejayaan di akhirat, maka dia hendaklah juga berilmu, dan jika dia mahukan kejayaan (dunia dan akhirat), maka hendaklah dia berilmu.”

Renungkanlah kata-kata hikmat baginda Rasulullah s.a.w seperti yang dijelaskan di atas, yang akan memacu kita semua ke jalan kejayaan sebenar, tidak ada jalan lain, melainkan kitalah yang menjadi pelapis kepada Islam pada masa akan datang, Insya Allah. Kejarlah ilmu, ketepikan hal-hal yang membawa kita kepada perpecahan. Kita sampai ke bumi Mesir untuk belajar kan?

Gunakan peluang kita beraksi sebagai seorang pelajar sebaiknya. Sangat beruntung sekiranya kita mati pada saat ini. Kematian penuntut ilmu sama tarafnya dengan mereka yang syahid di jalan Allah. Mari kita renung kembali atas tujuan apa kita hidup di dunia ini. Jadikan tujuan utama itu sebagai panduan kita untuk melakukan apa sahaja perbuatan di muka bumi ini. Untung di dunia dan untung di akhirat. Rapatkan saf dan suburkan toleransi. Jadikan syurga destinasi akhir kita, Moga kita bersama di sana kelak.

Terus berjuang, PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN!

maaf, tak menjadi santainya...
memang umum :)



*post ini untuk blog batch saya sempena karnival batch.
*TEMA : AHEAD ( AWAKEN, ONE HEART, ONE AIM AND ONE DESTINY )












Tuesday, January 25, 2011

Ber'party' sebelum exam Biochem


Salam, sebenarnya rasa malas nak taip kat blog batch ni,
tapi atas arahan dan permintaan pihak tertentu, (mintak penjelasan tentang arahan/permintaan ni, perlu atau tak?)
yang menginginkan setiap aktiviti yang melibatkan ahli batch,
perlu dikongsikan di blog batch untuk tatapan semua,
maka paksa diri untuk menaip~ linkkan ke blog aku ok, FIGHTFORJUSTICE, mintak izin semua~

Disebabkan malas, biarkan gambar berbicara~

Majlis Sambutan Hari Lahir Ahmad Shahir dan Suaidi





bpe ekor...cuba teka, yg pasti lebih dari 10 ekor








menu hari ni, nasi putih, firakh masywi(ayam bakar), sup khas, kicap+cili+bawang dll(xtau nak bgi nama pe), buah limau, dan air oren









bukan senang nak amek gambar aizu~







makan-makan, tambah 2-3 kali pun tak pe, lauk banyak, nasi??







manisan-manisan yang menggiurkan









makan+lepak+layan movie+nyembang









ni bukan stdnt U Kaherah, tp U Ain Syams, chef bersama dengan Ayie
nama-Muhamad Firdaus
Status-bujang(perlu ke?)







mcm ni la rumah kecik kan, dengan suasana yang romantik, suram-suram gitu~









Kek Shahir









Besday boy-Ahmad Shahir










ni bukan kek terakhir








ada satu lagi kek....










yaa..ini lagi sorang, Suaidi@Ayie..tp besdaynya lambat lagi, 27 hb kan...gabung skali, jimat kos









Rasa lain macam pandang gambar ni...






maaf la kalau ada yang tak termasuk dalam gambar, mungkin gambar tu tak seenaknya dipaparkan untuk tontonan umum, nak gambar lagi, mintak je direct terus...


Semoga berjaya exam Biochem Khamis ini, masa masih ada.....


Sunday, December 19, 2010

Apa kata orang ramai terhadap Faiz Zaib??







fikir sebelum undi~