Showing posts with label Pertandingan Blogpost. Show all posts
Showing posts with label Pertandingan Blogpost. Show all posts

Tuesday, April 5, 2011

antara dua garisan

"Weh,tolong jaga kaunter jap. Aku ada hal ni. Out dulu."

Anis menanggalkan apron dan tag namanya. Langkah laju keluar dari café tersebut. Pergi kedai seberang je pun. Arfa Batik. Mata Anis terbeliak.

“Banyak juga stok baru.” (monolog teruja)

Anis tak fikir panjang. Apa yang dia tahu,dia dah terima gaji pertamanya setelah sebulan berkerja di Dunkin’ Donut. Duit cukup dah. Sekarang ni,kesuntukan masa untuk beli sepasang baju kurung.

“Adik nak beli baju kurung untuk apa ni? Baju raya ke?”

“Eh,tak lah kak,esok nak interview ni. Dengan JPA.”

“Ouhh,adik nak sambung belajar kat mana nanti? Ambil bidang apa ni?”

“Hehe..doktor!! Hari tu apply perubatan timur tengah.”

Borak and borak. Sambil sambil tu Anis cuba juga dalam 2-3 pasang baju. Lastly,dapat juga sepasang baju kurung. RM99. Alhamdulillah. Gaji pertama wehhh… Huhue..

Sambung kerja. Masuk kaunter.

*****

Interview. Putrajaya. Mak abah ikut sekali temankan Anis. Bukan main awal Anis datang. 10 pagi. Rupa-rupanya turn pukul 5petang.

Masuk bilik interview. Kami last group. 5 orang satu groupGroup Anis semua melayu. Semua speaking berhabuk!! Anis segan. Inferior di situ. They talked about accent from Kelantan, Selangor, everything lah. But at that time Anis doesn’t know what the word accent means? Haha. Interviewer,sorang Indian,pakar ortopedik. Sorang lagi,melayu,wakil JPA kot.

“Blablabla…child abuse..blablabla…balanced diet…blabla..”

Walaupun tak reti English sangat, Anis belasah je semua tu. Lastly, berjaya habiskan interview. Anis pasrah je. Kesian mak abah tunggu dekat luar.

“How was it? Okey?”

“Naa…redha je lah. Adik tak berapa bagus mcm yang lain. Tapi adik cerita pasal abah bila interviewer tu tanya mcm mana nak make sure patient mengamalkan balanced diet. Abah je contoh yang adik dapat bagi. Thanks!”

*****
DUA TAHUN berlalu….

(bunyi pakcik ambubah promote tong gas)

Mesir.

Suatu malam.. Sejuk. Belum tamat lagi musim sejuk di Mesir. Anis tak dapat tidur. Walhal housmates yang lain dah selamat dibuai mimpi. Jiran jiran melayu masih segar dengan gelak tawa.

“Hidup di dunia hanya sekali. Kalau saya tanya kamu apakah matlamat hidup kamu,apa jawapan yang kamu nak bagi kat saya?”

“Berjaya dalam hidup.”

“Baik,betul lah tu. Tapi walau macam mana pun,semua benda yang ingin kita capai di hadapan kita,sebenarnya ada lagi satu perkara yang berada di hadapan drpd benda yg ingin kita capaikan tu.”

".....err?"

“Keredhaan Allah. Walau apa pun yg ingin kita capai dalam hidup kita ni,jgn lupa,kita mesti cari redha Allah dulu.”

Sekarang,baru Anis mengerti kata-kata kakak senior tu. Kak Suraya. Ketua Asrama semasa Anis Tingkatan Satu.

Ukhuwah. Sunnah. Musibah. Segalanya mendidik Anis untuk memahami akan perkara yang selama ini diabaikan, ditinggalkan tanpa perasaan serba salah, tanpa malu, malah sombong sekali berpijak di muka bumi ini.

*****

Anis seringkali beranggapan, teman yang terbaik ialah teman yang memahami akan jiwa kita. Jiwa kita bila rasa nak hang out, keluar makan, main boling, tengok wayang, balik malam. Even kerja tanpa sempadan. Semua tu sangat seronok bila kita ada kawan kawan yang sehati sejiwa dengan kita yang dapat join kita bila bila masa je.

Walhal,kita sepatutnya memilih dalam berteman.

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: 
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Bukanlah Anis bermaksud, teman-teman yang pernah join Anis selama ni hang out and did watsoeva kat luar tu bukan teman yang baik. NO! Dulu, Anis buat dengan cara yang salah. Over. Bukan gaya hidup seorang muslimah mungkin. Hmm. Dan seolah-olah tak wujud budaya saling mengingati, mengajak kpd kebaikan. Anis menganggap itu kesalahan dirinya sendiri kerana mudah terpengaruh dan seringkali mempengaruhi orang lain.

*****

Hakikatnya kita lupa. Fitrah. Roh. Semuanya ingin kembali kepada Sang Pencipta.

Rupa-rupanya, hati Anis menginginkan apa yang kamu perolehi. Yer,KAMU. Kamu yang sentiasa menjadi ikon Anis. Kamu mungkin di level 5. Tapi Anis baru nak mulakan langkah yang pertama.

Antara dua garisan. Entah di mana turning point itu berlaku. Walaubagaimanapun, bersyukur! Allah datangkan kalian dalam hidup Anis, sebagai galakan, sokongan, dan penyumbang keberanian untuk kembali kepada fitrah seorang hamba.

MUNGKIN,

Sebab kita punya matlamat yang sama. Mencari redha Allah.

Hati kita mempunyai fitrah yang sama. Percaya pd kebenaran, suka pada kebaikan.

Dan realitinya, kita telahpun ditakdirkan oleh 'Yang Merancang' untuk bersama-sama dalam perjuangan ini.

Anis,refleksi dari screen laptop. Kini mengakhiri tinta dengan ucapan jutaan terima kasih, kerana sudi menerima saya dalam perjuangan kalian. Moga Allah menempatkan kita bersama sama di Syurga kelak. Amin.

"Menggemari dunia itu akan meletihkan penggemarnya,di dunia dan akhirat..
Sedangkan zuhudkan dunia itu akan merehatkan tuannya,di dunia dan akhirat.."




AWAKEN,1 HEART,1 AIM,1 DESTINY



Ceritera Hati AHEAD



SEDAR DIRI

‘Eh, layak ke aku berada dalam batch ni…?’
Entah kenapa sejak beberapa minggu ni, persoalan ini sering bermain di fikiran.
‘Apa sangatlah sumbangan aku dalam batch ni jika nak dibandingkan dengan orang lain’
Apa je yang aku reti…
Menguruskan acara??
Bahas??
Pidato?? Semua tak reti..
(Masih dalam mood kagum melihat rakan-rakan berbahas dan berpidato malam semalam)
Buat video??
Bolehlah.. Tapi tak adalah hebat sangat.
Dan persoalan utama di dalam benak fikiran ini .… ‘Siapakah aku dalam batch ini?’
Kita sering bertanya ‘Apakah yang aku dapat dalam batch ni?’
Tapi pernahkah anda bertanya ‘Apakah sumbangan aku dalam batch ini?’
Dengan memegang moto hidup Ustaz Hasrizal Abdul Jamil ‘Erti hidup pada memberi’,
Saya cuba tolong mana yang boleh… mana yang saya reti, saya cuba buat.
Apa yang penting, kita perlu sedar siapa diri kita dan gunalah kelebihan yang anda ada untuk memberi manfaat kepada orang lain. Saya percaya rakan-rakan GEN09 masing-masing mempunyai bakat yang tersendiri.

Saya percaya jika kita membantu orang lain, Allah akan membantu kita.
Ayuh rakan-rakan semua. Serlahkan kelebihan anda.

PETANG ITU

Beberapa minggu yang lepas, setelah keputusan peperiksaan pertengahan diumumkan, terus terang saya katakan, saya memang kecewa. Maka petang itu, saya terus mengambil keputusan untuk menelefon keluarga di Malaysia.
‘Hello, Assalamualaikum Umi, Umi sihat?’
‘Waalaikumussalam, sihat, Ijam macam mana??’
‘Alhamdulillah sihat. Ijam nak beritahu kat umi satu benda ni. Result exam dah keluar dah.’
‘Ye ke. Habis tu camna?’
‘Ijam dapat cukup-cukup makan jer… Tapi lagi rendah dari tahun lepas… Tak tahu lar umi… tahun ni rasa macam payah je.’
‘Tak apa lah ijam. Tak payah nak sedih lama-lama.. Nanti periksa akhir tahun boleh cuba lagi.. Tapi kena buat betul-betul lar. Ijam nak cakap dengan Abah ke? Abah ada kat sebelah ni.’
‘Boleh juga. Assalamualaikum Abah. Abah sihat? Abah dengar tak Ijam cakap apa kat umi tadi?’
‘Waalaikumussalam, sihat. Abah dengar. Umi pasang loudspeaker. Satu rumah boleh dengar.. Result dah keluar dah ke? Dapat berapa?’
‘ Tak tau lar… Tapi rasanya jayyid kot.. Ranking dalam 50 ke atas.’
‘Bolehlah tu.Dah bukan rezeki kita. Nak buat camna. Lain kali belajar ikut orang lain. Kalau orang lain belajar 1 jam… kita belajarlah lebih sikit..dah kita tahu kita ni lemah.. belajarlah 1 jam 1 minit ke.. tapi tak payah lah nak belajar teruk-teruk sangat sampai tidur lewat.. Makan tu jaga.. Jangan tidur lewat.. Ikut je cara orang lain.’
Entah mengapa… hati ini terasa begitu lega setelah meluahkan perasaan kepada ibu dan bapa. Apa yang nak saya nak kaitkan disini ialah sokongan itu amat penting di dalam diri seseorang.

AWAKEN, ONE HEART, ONE AIM, ONE DESTINY
Saya amat bersyukur berada dalam batch ini. Rakan-rakan sentiasa memberi sokongan yang padu. Yang lemah sentiasa dibantu. Yang lemah pula sedia membantu, insyaallah. Masing-masing bekerjasama untuk mencapai matlamat yang satu. Saya pasti semua orang ingin mendapat mumtaz di dalam peperiksaaan. Semua orang juga ingin menjadi doktor yang berjaya. Mengapa tidak kita bersama-sama menempuhi halangan selama 6 tahun setengah ini bersama-sama?
Sekian…..

Pesanan:
Penulis meminta maaf jika ada sebarang kata-kata yang menyinggung perasaan. Penulis sendiri juga sedar yang beliau bukanlah seorang yang selayaknya untuk menyampaikan segala nasihat di atas. Hanya cuba menyampaikan sedikit ilmu yang ada.
-INSAN YANG KERDIL-

AHEAD

AHEAD (Awaken 1 HEart, 1 Aim & 1 Destiny)
penulis : zulfatunnur



Mengimbau kembali detik dua tahun yang lalu, selepas sahaja keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan pasti ramai yang  buntu dalam memilih haluan untuk  menyambung pengajian di peringkat tinggi. Namun perancangan  ALLAH itu cantik, maka telah disatukan hati kita untuk memilih bidang perubatan ke timur tengah sebagai medan menimba ilmu.
Langkah pertama di atur rapi,
International Education Center (INTEC) tempat permulaan,
Ikatan ukhwah mula bersemi,
Moga kekal dalam peliharaan.
           
Di INTEC segala-galanya bermula, kita sama-sama belajar untuk hidup berdikari, maklumlah sebelum ini ada yang tak pernah duduk asrama. Kita ditemukan dengan pelbagai ragam manusia, ada yang jenis tak banyak bercakap, ada yang ramah terlebih, ada juga yang jenis semangat berkobar-kobar. INTEC adalah tempat dimana ukhwah antara kita gen-09 bermula walaupun waktu itu ada antara kita yang tak begitu rapat. Setelah tiga bulan lebih  membuat persedian di INTEC, akhirnya saat yang ditunggu-ditunggu tiba juga, kita akan diterbangkan ke negara pilihan kita iaitu Mesir.
            Tanggal 14 September 2009, tarikh keramat yang pasti akan tersimpan kemas dalam memori. Macam-macam rasa bercampur baur menjadi satu, rasa teruja untuk menjejakkan kaki ke negara orang  buat kali pertama, juga pada masa yang sama sedih untuk meninggalkan keluarga tercinta di tanah air. Tapi inilah pengorbanan yang terpaksa kita lakukan untuk memenuhi kewajipan menuntut ilmu yang merupakan tuntutan fardhu kifayah.
Bumi Mesir bumi barakah,
Kiblat Ilmu nama julukannya,
Mengajar kami tanpa lelah,
Erti hidup yang tinggi nilainya.

            Bumi anbiya ini banyak mengajar kita erti hidup. Setelah hampir dua tahun disini, kita diibaratkan seperti sebuah keluarga yang sangat rapat. . Dulu kawan yang biasa-biasa sahaja sekarang dah jadi kawan penghibur lara. Dulu tak pernah bercakap, sekarang dah jadi geng sekepala. Tak wujud lagi jurang antara kita semua, disini kita sama sahaja. Susah senang kita tempuhi bersama kerana kita tahu yang kita tak punya siapa-siapa lagi yang boleh diharap melainkan sahabat-sahabat yang ada.  Ukhwah yang terjalin antara kita bagaikan langit yang utuh berdiri, tak pernah goyah walau bumi bergoncang.         
Ikatan ukhwah yang wujud ini menyebabkan aku jadi lebih bersemangat untuk mengejar cita-citaku iaitu untuk menjadi doktor yang sedia berkhidmat untuk agama, bangsa dan juga negara. Kerana apa? Kerana aku tahu aku mempunyai sahabat-sahabat yang juga mempunyai hadaf yang sama, berkongsi impian yang sama dan juga mahu menuju ke destinasi yang sama.. Dan aku juga pasti mereka tidak akan membiarkan aku terkapai-kapai keseorangan dalam melalui mehnah-mehnah yang mungkin akan melemahkan semangatku. Jadi buat sahabat-sahabatku marilah kita berpimpin tangan untuk sama-sama  menuju matlamat dan tujuan yang kita kongsi bersama agar ia dapat direalisasikan. 
Satu impian dikongsi bersama,
Tanpa ragu terus melangkah,
Sorakan semangat kuat bergema,
Destinasi dituju terasa mudah.

  

A.H.E.A.D.


assalamualaikum..wtb

A.H.E.A.D. = awakening: 1 heart 1 aim 1 destiny

mesti ada di antara kita tertanya-tanya kenapa tema ini dipilih untuk tema karnival batch yang pertama kali diadakan oleh pengurusan GEN09. malah, saya sendiri turut tertanya-tanya. namun di sini, saya akan cuba untuk berkongsi pendapat mengenai tema ini.

jika kita lihat secara menyeluruh atau amnya, tema ini jika disebut secara sepintas lalu kedengaran seakan-akan AHEAD(KEHADAPAN) dan A HEAD (1 KEPALA).namun, kedua-dua perkataan ini mempunyai satu ikatan yang jika kita dapat lihat secara simbolik adalah kesatuan dan kejayaan atau kemajuan. tapi persoalannya bagaimana kita dapat melihat perkaitannya.jika kita lihat di sini, adalah satu keperluan untuk kita mempunyai satu fikrah dan kesefahaman untuk mencapai kemajuan dan kejayaan. perkara ini kita dapat lihat melalui bukti yang ditunjukkan oleh semua ajk yang terlibat dalam menjayakan karnival ini.malah kita dapat melihat bagaimana kerjasama berjaya diwujudkan antara pihak ikhwah dan akhwat yang akhirnya berjaya juga menjayakan karnival ini.

sekarang mari kita lihat atau meneliti makna tema ini secara satu per satu. agak-agak la kan, kenapa perkataan awakening diletakkan di hadapan terlebih dahulu? hal ini adalah kerana kita cuba untuk menyemarakkan semangat yang telah kita wujudkan dari tahun lepas...jika kita lihat di sini, kita bukannnya cuba untuk mewujudkan sesuatu yang baru tetapi kita cuba mengukuhkan atau menghangatkan semula semangat ukhwah yang wujud di antara kita. kita mesti terus perjuangkannya.

kemudian, kenapa perkataan HEART ,AIM dan DESTINY diletakkan bersama.malah, one atau satu memberi simbolik bahawa kita semua di sini  berdenyut di atas satu jantung, ingin mencapai satu impian dan berada pada takdir yang sama iaitu doktor muslim yang berjaya. maka kita semua memberi sumbangan tenaga atau mekanisme untuk jantung itu berdenyut demi mencapai impian kita semua. jadi, apabila ada di antara kita yang sakit makan ini akan melemahkan jantung yang berdenyut tadi dan akan memberikan kesan kepada semua orang.

jadi, perlulah di sini kita melihat dan menjaga semangat ini agar kita semua dapat berjaya bersama-sama. bagi mereka yang kuat dan mampu..bantu la rakan -rakan kita untuk berjaya bersama tidak kira lelalaki mahupun perempuan. di sini, apa yang saya harapkan bukan lah persaingan yang sihat tetapi perkara yang paling utama ialah ukhwah agar nanti jika kita bertemu kita tidak rasa janggal untuk memberi salam serta menundukan kepala sedikit sebagai tanda hormat di antara untuk kita demi mengekalkan identiti kita sebagai gen09.

adakalanya unik itu dipandang pelik tetapi unik itu satu keistimewaan
wasalam

daripada:

DR.M.SUAIDI M.S.
Pengarah karnival

oh. A-HEAD?

GAMBAR HIASAN: kucing saiko. hampeh.

oh. A.H.E.A.D.? 
sekali imbas macam A-HEAD. satu kepala. pulak dah! 

AHEAD? menuju ke hadapan? ish. memanglah kita menuju ke hadapan, tiada yang mahu menuju ke belakang. oh ya, mungkin mahu menuju ke depan tapi mentaliti ke belakang? mungkin ya. mungkin tidak. Hakikatnya, semua nak menuju ke depan cuma jalan yang berbeza, fikrah berbeza - tapi matlamat sama.

setelah merisik khabar apa maksud mendalah five-letter-word keramat yang dikomersialkan di sana-sini ini, baru aku tahu: A.H.E.A.D = Awaken. one HEart. one Destiny. one Aim. pulak dah! berat sungguh maksud mendalah five-letter-word ini. kenapa aku cakap berat? sebab aku rasa ada tanggungjawab di situ.

...............................................................................................

Awok. Awek. AWAKEN.: Stop sleeping, make aware.
oh. oh. kita ini suka tidur, tidur maknawi, tidur hakiki. tidur je. buat-buat tidur. buat-buat tak tahu. bila orang cakap "oih, sedar lah blablabla" dan yang sewavelength dengannya - kau buat tidur, buat tak tahu. kan? macam ini lah ragam pemuda-pemudi harapan bangsa hari ini. suka buat tak tahu - walaupun dia tahu atau memang tak tahu. macam mana nak maju? bukak minda. sama-sama meraikan. kau tu, kalau nak tegur, jangan main belasah, bukan semua orang sama wavelength dengan kau. dan kau pun, jangan lah ego menggunung meluas bak lautan, kepala kau sahaja betul. oh. sungguh, kan senang kalau meraikan? tadela sakit jiwa. penting di sini: walau bagaimana cara pun, kau sendiri perlu bangun, sedar dari mimpi yang panjang - kesedaran diri!

One HEART: many to one - act as one. 
Kau tahu? Kesedaran diri mula-mula ALLAH campak dalam hati? kesedaran apa-apa pun.
oh. Dah ramai-ramai macam ini, macam-macam jenis hati ada. Hati yang memang dah kat Mesir. Hati yang tertinggal di Malaysia. Hati dari utara; Hati dari selatan. Hati dari pantai barat. Hati dari pantai timur. Hati dari central region. Bagaimana mahu membina kesatuan hati dalam kepelbagaian ragam? oh. ya. paling mudah dan paling susah - berlapang dada? doa rabitah? haha. kau tahu itu semua, tapi adakah kau maksudkan apa yang kau kata? He knows. Membina persefahaman dalam untai kata, melalui rasa. Bagaimana mahu berbicara soal one Heart andai antara kita masih ada yang ragu-ragu hatinya? oh. May  ALLAH guide us all in this path of Faith; If ever the soul is lost, seek the soul Creator.

One AIM?
Tujuan. Matlamat. Apa Perancangan kau? set your aim. our aim. and work for it!
tak perlu aku berbicara apa matlamat kau, apa matlamat aku. sebab semua orang ada matlamat masing-masing. dari sekecil-kecil matlamat sehingga sebesar-besar matlamat. sedekat-dekat matlamat sehingga sejauh-jauh matlamat. Matlamat dekat lagi kecil itu, bakal membawa siapa kau dalam matlamat jauh lagi besar itu. Bermula daripada kesedaran ALLAH campak dalam hati itu, kau mula menapak mencari arah membina diri menggapai matlamat. Sungguh, kita punya dua tanggungjawab; khalifah dan hamba. satu kemuliaan mahupun penghinaan? moga ALLAH tetapkan hati kita, matlamat kita pada jalanNya.

One DESTINY?
Sejauh mana kau berusaha untuk berubah, matlamat kau juga boleh berubah, destinasi kau juga boleh berubah. Matlamat itu membawa kau ke destinasi kau. destinasi kau lah, takdir kau. walau sehebat mana perancangan  kau untuk menggapai matlamat kau, perancangan ALLAH itu jua lah yang terlaksana. ALLAH itu  Maha Hebat ketetapannya. the destiny that have been destined since the early existence of mankind lies within the war within ourselves. 

A.H.E.A.D~
THE END.

..............................................................................................

p/s: pertama kali entry blog ada tajuk formal - tajuk orang ramai dikongsi bersama pulak tu. haha. mohon maaf salah silap. jazakumullah kheir.

SATU


“AHEAD: Awaken 1 Heart 1 Aim 1 Destiny”.

Kata-kata ini bermain di fikiranku. Kombinasi beberapa kata yang membentuk satu frasa. KESEDARAN, HATI, MATLAMAT dan TAKDIR. Tidakkah ia berhubungkait antara satu sama lain? Memang hebatlah sesiapa yang mencipta kata-kata ini. Disebalik istilah ini, terselit 1001 penjelasan dan mesej yang ingin disampaikan dan dapat dibuat iktibar. Jom tengok.

1. KESEDARAN (Awaken)

Apabila timbul kesedaran dalam diri seseorang, maka mulalah dia mencari kebenaran. Melakukan pembaharuan dalam diri. Orang yang berjaya mempunyai ciri-ciri kesedaran yang lebih, mereka sentiasa mempamer dan mempraktikkan kesedaran yang positif. Mereka tahu dan kenal pasti siapakah diri mereka sebenarnya.

Pada tahap dan taraf kehidupan manakah mereka berada ketika ini dan ke manakah haluan dan arah tujuan mereka.Mereka juga sentiasa sedar betapa sedikitnya dan betapa ceteknya pengetahuan mereka tentang ilmu keduniaan dan ilmu keakhiratan. Orang berjaya sentiasa berkeinginan untuk belajar menambah ilmu pengetahuan.

Orang yang bakal gagal pula adalah orang yang tidak sedar atau tidak mahu mengetahui keadaan di sekelilingnya. Mereka tidak sensitif terhadap kehendak atau perasaan orang lain, bahkan membuat perbuatan ikut suka hati mereka saja. Orang sebegini tidak layak untuk dihormati atau diberikan rasa hormat.

2. HATI (Heart)

Apabila mempunyai KESEDARAN dalam diri, tempat pertama yang akan dituju adalah hati. HATI adalah tempat terpancarnya perasaan suka, duka, benci, marah, gembira, sedih dan sebagainya. Hati ibarat raja yang mengarah seluruh anggota tubuh untuk mengikut perintah hati. Apabila hati dikuasai iman, amal yang dilahirkan adalah kebaikan. Namun, apabila hati dikuasai nafsu, maka amal yang muncul adalah keburukan. Pembaharuan yang paling utama yang akan dilakukan adalah bermula dengan hati sebab itu Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Apabila daging itu baik, mak baiklah seluruh anggota, dan apabila daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota. Ketahuilah, itulah hati.” (Hadis di riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Rasulullah S.A.W. bersabda lagi:

“Semua amalan itu bermula dengan niat dan setiap oang mendapat (pahala) berdasarkan apa yang dia niatkan.”

Hadis ini sudah cukup umum pada semua. Kita tahu apa itu niat. Apabila berbicara soal niat pasti ia berkaitan dengan hati. Betulkan?

MATLAMAT (Aim)

Setiap niat yang dilafazkan di dalam HATI pasti mempunyai tujuan mengapa dia berniat sedemikian. Ini bermakna dia telah menetapkan satu hala tuju yang kukuh sebagaimana yang diniatkan. Itulah MATLAMAT. Apabila matlamat sudah dibentuk, beberapa tindakan susulan akan diambil bagi merealisasikan matlamat itu.

3. TAKDIR (Destiny)

Kita tahu setiap MATLAMAT yang dibuat belum tentu dapat dilaksanakan. Meskipun ia rapi disusun. Mantap dirangka. Hebat dicipta. Semua itu sia-sia jika tanpa izin Yang Esa. Itulah TAKDIR yang Allah tetapkan. Kita kena yakin itu. Tetapi kita kena ingat, meskipun setiap sesuatu itu telah termaktub di Luh Mahfuz, kita diberi peluang mengubahnya. Kerana firman Allah Taala bermaksud:

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” (Surah ar-Rad: ayat 11).

Justeru, KESEDARAN dalam diri perlulah bermula dengan HATI. Hati yang baik akan membawa kearah SATU MATLAMAT dimana disitu TAKDIR yang akan menentukan.

Pesanan: Maaf penjelasan agak menyimpang jauh dari apa yang anda sangkakan. Mungkin anda tidak menjangkanya. Ia lebih kepada satu muhasabah dan anjakan baru yang memberi persepsi dari sudut lain. Saja nak buat lain dari yang lain. Hehe.. Apapun kita masih lagi berdiri di atas moto yang SATU iaitu “AHEAD: Awaken 1 Heart 1 Aim 1 Destiny”!

puteramaahad91

Monday, April 4, 2011

.A.W.A.K.E.N.

Assalam,
Ok lah.
aku tak jadi nak post benda nih kat blog aku.
tapi sebenarnya dah terpost pun.
So, tidak mengapalah.
Ingat nak tinggal link je kat sini baru stylo.
Tetapi tidak mengapalah.
OK.Let's go!
but firstly aku hendak mengatakan bahawa aku lupa tema sebenarnya ialah AHEAD not awaken.




Tengahari itu amat berbeza sekali dengan hari-hari sebelumnya.
Jumlah wap-wap air yang terkumpul cukup tebal membuatkannya gagal ditembusi cahaya matahari sekaligus menampakan warna yang seakan-akan kelabu pada awan-awan komulus.
Aku yang sedari tadi hanya duduk termenung tiba-tiba terpandang akan kiub rubiks yang dipegang Fahim.
Tiba-tiba timbul rasa lucu, apabila mengingat kembali peristiwa pertandingan sukaneka karnival batch yang aku sertai beberapa hari sebelum ini.

"Eh, apa ni? rubiks ni murah la. Mana korang beli?tepi jalan ke? keras sangat lah"
"Alaa..buat je la"

Habis semua sisi kiub itu aku pusing-pusing sehingga benda alah itu tidak tertahan dengan gerakan tanganku yang pantas lagi kuat melebihi thresholdnya menyebabkan bercerai salah satu kiub yang berwarna hijau.

"see, see!, sampai pecah benda nih!"


Tetapi akhirnya abang penganjur tetap memberikanku lampu hijau untuk meneruskan acara itu apabila hampir semua kiub rubiks lawanku juga hampir hancur dibuat mereka.

Aku membuat gaya ingin mengambil kiub tersebut daripada tangan Fahim tanpa berkata apa-apa.
Kiub itu dipegangku. Fikirku untuk menyelesaikannya sebelum doktor Hanan tiba di kelas untuk kelas Histologi.
Belum sempat aku membuat apa-apa, kelihatan kelibat doktor Hanan masuk ke kelas.
Aku segera menyembunyikan kiub tersebut dibawah meja.

Bunyi rintik-rintik hujan mula kedengaran diatas bumbung.
Doktor Hanan kelihatan pelik dan memberhentikan ceramahnya seketika lalu melihat ke luar tingkap, kami sekelas pun melakukan aksi yang sama.
Berbagai-bagai gelagat orang dapat kami lihat.
Yang berlari-lari anak, yang berteduh dibawah pondok jaga, ada juga yang cuba-cuba untuk berlari tetapi tidak.

"Jarang sekali hujan muncul pada musim ini" kata Doktor Hanan.
"Di negara kamu semua memang sentiasa hujan?"
"Tiap-tiap hari" kataku pantas dalam hati sahaja.
"Aywahhh!"jawab rakanku semua.

Doktor Hanan terus menyambung ceramahnya yang tergendala sebentar tadi tentang lapisan-lapisan kornea yang lima itu.
Aku kembali termenung seperti asal tadi. Bezanya hanya terdapat buku Histologi yang terbuka dengan tajuk "Cornea" dihadapanku.
Bukannya apa, cumanya doktor Hanan mengulang kembali benda yang sama seperti kelasnya sebelum ini.
Ditambah pula dengan bunyi rintikan hujan menyebabkanku termenung mengingatkan tanah air tecinta.
"Balik ni, mesti ramai update status facebook pasal hujan." fikirku.

***********************

Fikirannya serabut.
Bagai terdapat contengan-contengan kasar diletakkan diatas satu sama lain didalam kepalanya.


Markah keputusan Final Examnya dilihat sekali lagi di muka skrin komputernya.

OTORHINOLARYNGOLOGY-RASID
FORENSIC & TOXICOLOGY-RASID
OPTHALMOLOGY-RASID
COMMUNITY MEDICINE-RASID

Fikirannya melayang.
Tidak tahu sampai ke mana.
Tidak mampu dia melihatnya sekali lagi keputusan peperiksaan akhir tahun empatnya.
Tiba-tiba dia teringatkan ibu bapanya. Apa yang hendak diberitahu kepada mereka.
Hendak berhadapan dengan mereka pun dirasanya tidak mampu.
Bagaimana pula kepada si Dia yang berada di tanah air?
Ini bukan kali pertamanya.
Setelah bersusah payah Kamal menghentam otaknya untuk mendapatkan 'maqbul' pada tahun ketiganya setelah terpaksa mengulang tahun selama dua kali,
Akhirnya dia gagal kembali.
"Bala, bala." fikirnya.
Inilah balasannya.
Masa orang datang ke kuliah, dia sibuk membuat air liur didalam saratoganya.
Masa orang sibuk belajar, dia sibuk menghadap laptopnya melayan PES.
Masa orang sudah mula mempersiapkan diri untuk peperiksaan, baharulah dia pula yang sibuk hendak mengulangkaji semula.
Gelabah dibuatnya.

Ahli rumahnya tidak mampu berkata apa-apa,
Cukup sekadar menghulur rasa simpati.
Tidak berani berkata apa-apa,
takut tangan pula yang naik.

"ARRRRRRRRRGGGGHHHHHHH!!!!!!!!!!"
Imarah yang terletak di Mounira itu gegar dengan jeritannya.
Kelihatan juga penduduk tempatan cuba mengintai dari balkoni rumah mereka kearah rumah yang diduduki warga asing itu.

Satu hari,
dia mendapat panggilan telefon daripada penajanya,
yang menyatakan hasrat mereka untuk menarik tajaan mereka kepadanya.
Kamal menelan air liur.
Merah padam mukanya apabila mendengarkan berita tersebut.
Inilah mimpi ngeri bagi pelajar perubatan yang terus menggunakan sijil SPM untuk melanjutkan pelajaran mereka.
Apabila mereka gagal, terus bermula semula dengan angka sifar.
Tiada apa-apa kelulusan kerana sijil SPM mereka sudah tidak laku untuk digunakan.
Buat kain lap pun belum tentu boleh.
Kamal termenung seribu bahasa.
Apakah yang dilakukannya sebelum ini?
Tidak belajar?
Banyak bermain?
Berbagai persoalan mula timbul, yang kebanyakannya semuanya betul.
Dia mula mengalami fasa denial.
Mula menyalahkan diri sendiri yang gagal.
Namun sebagai seorang yang pernah belajar subjek psikologi, Kamal tahu akan kedudukan dirinya ketika itu.
Terus sahaja dia menukar fasanya terus kepada fasa penerimaan.
Dia pasrah.
Renungannya rendah kearah seorang pelajar junior yang kebetulan lalu dihadapan balkoni rumahnya.
Dia kembali termenung sambil memikir akan nasibnya.
Ketika itulah juga satu pepatah melayu muncul dikepalanya.
"Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudia tiada gunanya".


********************

................
"Weh, bangun"
"hmmm..?"
"Weh bangunlah"
Badanku digoncang kuat.
"Lecturer tanya kau"
"hah?"
"orbicularis oculi."
"hah?"
"jawab orbicularis oculi"
"Ya awak, bangun dan beritahu saya jawapannya", kata Doktor Hanan.
"Orbicularis oculi!"jawabku lancar.
"Bagus."

Doktor Hanan menyambung pelajarannya.
heh.
Aku terfikir kembali.
Apakah yang akan terjadi kepadaku pada tahun-tahun hadapan?
Mampukah aku menjadi seorang doktor Muslim yang mantap?
Atau sekadar doktor yang biasa-biasa sahaja lahiriahnya?
Atau lebih teruk.
Gagal menamatkan jurusan kedoktoran ini?
Nauzubillah.
Aku amat berharap pilihan pertama menjadi destinasiku.
Serta rakan-rakanku semua.
Amin.

Kemudian aku berfikir lagi.
Sekarang ini, Exco-exco batch sedang giat menjalankan karnival batch.
Timbalan pengarahnya hensem pula tu.
Cukup-cukuplah pemboikotan aku ini.
Apa kata jika aku masuk pertandingan menulis blogpost ini? :DD
Lalu terhasillah cerpen pendek ini.
Jadi rakan-rakan semua.
Marilah menyemarakkan karnival batch yang tinggal sisa-sisa ini.
Oh.
Apa signifikan cerpen pendek ini dengan tema karnival?

So, Awaken!
awaken your potential that lies within!
Awake young doctors to be!
No more day-dreaming.

Set your heart, hoping that it will always get full guidance from Allah.
Sepertimana Nabi Muhammad SAW pernah mendoakan untuk Sayyidina Ali Karamullahu wajhah.
"Allahummahdi qalbahu wasabbit lisanahu"
Wahai tuhanku, engkau berilah petunjuk kepada hatinya, dan engkau tetapkanlah lidahnya (diatas kebenaran).

Set your aim.
Where do you see yourself in 20years time?

And our One destiny.
The destiny that have been destined to us.
What is it?
Close your eyes.
Feel your heartbeat.
Empty your mind.
Let it flow in slowly.
And answer it yourself.

...AHEAD bukan HEAD N NECK...

Awaken,1 heart,1 aim,1 destiny..err..sudu tu kire macam lambang 1 laa...semangat kan die.dan tak rase ke semangat bila tengok budak ni??~abeslaa letak gambar tak de motip dengan tema huhu

LOKASI:di mana-mana di Mesir
MASA:bila-bila masa

SITUASI 1
“Fiqh perubatan?Ape ke mende tu??ah malas la aku tau.ala buat pe nak tau fiqh perubatan tu sume.kite kan nak jadi doktor.bukan nak jadi ustaz.lagipun tak de nye masuk final exam pasal tu. Ko bace je buku department.tak yah susah-susah nak bukak kitab lain”
                                                                                              ...
“ko rase kite yang bakal graduan luar negare ke,dorang yang belajar kat malaysia lagi terror weh?”
“entah.ala same je kot.tak kesah la belajar mane pun balik-balik jadi doktor gak”
                                                                                              ...
SITUASI 2
“siyes aku tak nak makan lauk die masak.dahla pedas,masam lak tu.buat agar-agar pun rasa rempah ratus”
“ala macam la lauk yang ko masak tu sedap sangat.aku rase lauk ko yang paling sedap nasi dengan serunding je”
                                                                                              ....
“dah aku malas main PES dengan ko.kalau aku menang ko cakap aku bela hantu mak limah."

~haisy,name je 1 batch,1 rumah.tu pon nak gaduh-gaduh.

SITUASI 3
“azam aku tahun ni nak mumtaz”
“ko neh.asek aim mumtaz je.Mumtaz Mahal pon tak aim mumtaz macam ko.aku nak aim mumtaz tahun 6 je.so skang aku nak relek dulu”

SITUASI 4
“aku nak pergi study group ni.ko nak ikut tak?”
“ala relek luu.final lambat lagi.kita gi city star la.aku nak cari external hard disk berkapasiti 5 tera.lagipun aku dok study balik-balik result aku bese je”
p/s:wujud ke external hard disk 5 tera??

"eh kelas pukul 8 hari ni kan.yang ko masih lagi bersenang lenang dengan bahagianya ni kenape?tak bersiap pergi kelas ke??nak ponteng ea"
"wowwowss..relek dulu!!ari ni subjek pe je.bace kat rumah pon boleh.aku pon boleh ajar ko subjek tu.dah tak yah nak buang ATP banyak-banyak pegi kelas"
"em..takpelah.mak aku cakap kalau kita jalan kaki pergi kelas pun dapat pahala.baru jalan kaki.belum lagi dengar lecture dah dapat pahala.uisy rugi-rugi kalau tak pergi kelas"
~bedebush!!haa hambek.kan dah kene ceramah free-free

...................................................................................................................................................................

LOKASI:masih lagi di mesir
MASA:SELEPAS AHEAD

AWAKEN

“Lepas dengar pengucapan awam korang ari tu,baru aku tau penting rupenye fiqh perubatan neh.lepas ni kalau ade kelas-kelas agama bagitau aku ye”
“tu la.lepas bahas ari tu baru aku tau ade jugak lainnya student oversea dengan pelajar dalam negare.masing-masing de kelebihan sendiri”

"yang orang dok berbahas kat depan,ko lak tengah sibuk-sibuk menyalin.ko salin pe weh??"
“setelah ku amati(ayat skema tak boleh bla),aku rase kite patut kahwin time study.maka aku nak copy sume hujah-hujah dorang sebab lepas ni aku nak panjangkan usul ni kat mak bapak aku"
~erkk..pulak dah...

sebelum ini kita jarang mengambil cakna(cewah ayat nak best je)perkara-perkara yang kita rasakan agak remeh.sedangkan isu remeh inilah yang membuatkan kite mengetahui isu-isu semasa.lagipun mase ni lah kita nak tambah pengetahuan am(contoh teka silang kata yang saaaangat la mencabar ilmu pengetahuan daku huhu).so,ahead MENYEDARKAN kita tentang ilmu itu penting,tidak kira ilmu apa :)

1 HEART

Salah satu checkpoint dalam game 'Missing Face' ialah:
-anda dikehendaki makan semua makanan yang ada.
-antara menu 'baekkk punye':
roti,sambal yang agak pedas,timun fresh terbaik dari ladang,agar-agar berperisa kayu manis,dan air asam jawa yang misya omar pun tak sanggup minum(air asam jawa kan sinonim dengan nak jaga suare huhu)

kesemua makanan di atas nampak tak menarik langsung untuk dimakan walaupun anda dah sampai tahap gluconeogenesis pon malas nak take over dalam badan(giler punye starvation la kononnye),namun nak menang punye pasal semua peserta makan je tanpa mempedulikan taste bud mereka.hebatlah korang!

Pandangan peribadi,kesemua makanan itu dianalogikan dengan rencah kehidupan.tak semua yang kita hadapi itu manis.ade yang masam,pahit dan pedas.namun semua itu dapat dihadapi jika kite BERSATU HATI.kalau tak bersatu for sure tak boleh nak abeskan makanan tu betul tak?paham ke idak ni??buat-buat paham jela ek :)

1 AIM

"best la bila dapat kumpul ramai-ramai 1 batch macam ni.aku harap kita kekal macam ni sampai graduate!kalau boleh sume keje 1 hospital je.boleh gitu??maka aku nak aim mumtaz tahun ni!!"
"aaa...kalau keje pun satu hospital dengan ko,tak berkembang la otak aku.dahla 6 tahun setengah dok ngadap muke ko,keje pon de muke ko lagi.darah tinggi aku macam ni"
"erkk...ok what ngadap aku?!"~bajet muke best je 

satu harapan,SATU MATLAMAT.jom semua mumtaz tahun ni!!insyaAllah... :)

1 DESTINY

"aku dah sedar kenape aku dihantar kesini.untuk menuntut ilmu.bukan nak bersenang lenang kat city star.memang aku ditakdirkan untuk tidak berjaya sekarang.tapi takdir tu boleh ubah kalau aku berusaha dari sekarang.gagal sekali tak bermakna gagal selamanya"
"aik.yang ko tibe-tibe bagi pengucapan awam tentang kesedaran  ni kenape?kita dah ade kat city star ni haa."

"eh ni apasal tak siap lagi ni??jom la kite pergi kelas cepat.nanti lambat.aku nak duduk depan ari ni.tak kire.even tak de tempat duduk pun,aku rela bersila depan lecturer dengan jarak hanya 2 inci."
"ehem.(sambil buat muka-bajet-cute-ala-ala shaheizy sam)ari ni kelas kol 9 la derr.sekarang baru pukul 6"
"erkk...hee :D"~berlalu ke dapur sambil buat-buat basuh periuk nasi dengan rasa tak bersalah

 siapa sangka kita akan dihantar ke bumi anbiya' ini untuk menimba seberapa banyak ilmu yang ada?inilah destiny.masih belum terlambat untuk berubah dari sekarang.kutiplah mutiara yang ada disebalik debu yang bertebaran.kadang kala diri merasakan tersalah ambil jalan yang penuh cabaran ini.namun,sesungguhnya Allah tidak tersalah memilih kita untuk berada di jalan ini.~ingat lagi tak ayat ni?hehe...

meski berbeza negeri asal dan pemikiran,namun kita punya 1 DESTINY.destiny ape?tepuk bantal,fikir sendiri sebelum tidur.dan 1 destinasi...iaitu...

universiti la weh.esok jangan lupe pergi u.ade kelas.tak de alasan tak pergi kelas sebab penat tengok bahas :p 






Tuah



TEMA : AHEAD ( AWAKEN, ONE HEART, ONE AIM AND ONE DESTINY )


Salam, tajuk kena letak kat atas, takut nanti merepek dan melencong ke lain, baik..
Entri ini dalam Bahasa Melayu, walaupun tajuknya dalam Bahasa Inggeris. Mungkin kalau tajuk ini dalam Melayu ia tak akan jadi gempak.

Semua manusia itu sama. Tiada yang lebih hebat di sisi Allah melainkan hambanya yang beriman dan bertakwa. Ini realiti yang perlu kita terima, manusia itu sama sahaja, walau apa pun taraf dan latar belakang kita, kita tetap makhluk yang dipanggil manusia.

Ok, santai-santai je la, kita sebagai pelajar Perubatan di Mesir ini sangat bertuah, sedar tak kita ni bertuah? Ok, sedar, Alhamdulillah. Tahu kan kenapa kita ni bertuah? Lihat la betapa banyaknya nikmat yang Allah berikan kepada kita sejak kecil hinggala saat kita bernafas sekarang. Tak terhinggakan nikmat yang Allah berikan? Cuba pandang masyarakat arab di sekeliling kita, siapa yang tidak ada perasaan sayu dalam hatinya, sila doa kepada Allah supaya gantikan hatinya dengan hati yang lain. Siapa mereka ini? Bukankah mereka ini saudara seislam kita? Kenapa Allah berikan nikmat kepada kita? Kenapa mereka kurang bernasib baik, tidak seperti kita? Hebat tak Pencipta kita, semua perkara yang diwujudkan pasti punya pasangannya. Cuba renung sejenak kenapa Allah ciptakan sedemikian? Banyak tafsiran boleh kita buat. Ikut la tafsiran masing-masing.

Ya, kita hanya diberikan sedikit nikmat dan tuah! Nikmat dan tuah ini bukan bermakna kita perlu menjadi orang yang tidak tahu erti syukur. Semua itu hanyalah pinjaman sementara yang akan dipertanggungjawabkan kerosakannya di akhirat kelak. Kalau dah pinjam barang tu, kena la jaga elok-elok kan, kalau rosak, memang sengaja cari nahas. Begitu jugak kita, sebagai pelajar, nikmat ini kita harus jadikan amanah yang dipegang. Perlu ditunaikan dan pastikan ia tidak diabaikan. Nah, besar tanggungjawab kita ini, walaupun kelihatan nikmat itu perkara yang perlu disenangi, tapi harus diingat, nikmat juga mampu bertukar jadi bala.

Baik, tak tahu la apa kaitannya dengan tema di atas, tapi entri kali ini cuba berlaku adil dalam setiap isu, jadi tidak akan dispesifikasikan terhadap mana-mana isu. Umum.

Kenapa Allah jadikan ramai manusia dalam planet Bumi? Kenapa Allah tak jadikan setiap orang mempunyai Bumi sendiri? Sebabnya, manusia tidak akan mampu hidup sendirian. Allah jadikan manusia ini memerlukan antara satu sama lain, saling melengkapi dan mampu bertukar-tukar pendapat untuk mentadbir Bumi ini. Manusia juga punya naluri dan nafsu, semuanya harus dipenuhi tuntutannya, jadi semua manusia saling bergantung antara satu sama lain. Tidak ada manusia yang tahu dalam segala hal, semua orang punya kelemahan dan kelebihan masing-masing. Jadi setiap orang akan menampung kekurangan orang lain. Jadi tidak ada istilah pilih haluan sendiri dalam kehidupan di dunia ini. Semuanya harus dilakukan bersama dan ditinggalkan bersama. Semuanya harus dibangunkan bersama dan dihapuskan bersama.

Jadi, kenapa manusia selalu bergaduh dan bermusuhan? Terlalu banyak punca dan sebabnya. Namun semuanya bermula dari hati. Apabila hati ini tandus dengan iman dan ilmu, hilang pertimbangan diri, maka nafsu mula mengambil alih tampuk pemerintahan diri seseorang. Nafsu ini sememangnya sukar dikawal dan dididik, ia lebih cenderung untuk melakukan perkara keburukan daripada melakukan perkara yang baik. Agak subjektif sekiranya mahu berbicara soal hati dan perasaan ini, kerana semua orang punya hati yang variasi dan sentiasa berubah. Ya memang sukar untuk mencari titik pertemuan, dan bersetuju dalam satu-satu isu. Semua orang ada keinginan, kecenderungan dan kepentingan yang berlainan. Jadi sangat diperlukan di sini hati yang neutral untuk berbincang, perlu buang jauh-jauh perasaan yang kotor dan cuba berlaku adil dalam setiap isu. Gunakan pertimbangan iman dan ilmu sebaiknya,

Tidak ada gunanya bersengketa dan menyimpan perasaan buruk, hidup di dunia ini cuma sementara. Tak banyak pun yang dapat dikejar di dunia ini, semuanya hanya bersifat sementara, bekalan pahala sahaja yang bernilai untuk dibawa ke akhirat. Justeru, ingatlah kepada pesanan baginda s.a.w yang menjadi inspirasi kejayaan kita di dunia dan akhirat:

“Sesiapa yang mahukan kejayaan di dunia, maka hendaklah dia berilmu, jika dia mahukan kejayaan di akhirat, maka dia hendaklah juga berilmu, dan jika dia mahukan kejayaan (dunia dan akhirat), maka hendaklah dia berilmu.”

Renungkanlah kata-kata hikmat baginda Rasulullah s.a.w seperti yang dijelaskan di atas, yang akan memacu kita semua ke jalan kejayaan sebenar, tidak ada jalan lain, melainkan kitalah yang menjadi pelapis kepada Islam pada masa akan datang, Insya Allah. Kejarlah ilmu, ketepikan hal-hal yang membawa kita kepada perpecahan. Kita sampai ke bumi Mesir untuk belajar kan?

Gunakan peluang kita beraksi sebagai seorang pelajar sebaiknya. Sangat beruntung sekiranya kita mati pada saat ini. Kematian penuntut ilmu sama tarafnya dengan mereka yang syahid di jalan Allah. Mari kita renung kembali atas tujuan apa kita hidup di dunia ini. Jadikan tujuan utama itu sebagai panduan kita untuk melakukan apa sahaja perbuatan di muka bumi ini. Untung di dunia dan untung di akhirat. Rapatkan saf dan suburkan toleransi. Jadikan syurga destinasi akhir kita, Moga kita bersama di sana kelak.

Terus berjuang, PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN!

maaf, tak menjadi santainya...
memang umum :)



*post ini untuk blog batch saya sempena karnival batch.
*TEMA : AHEAD ( AWAKEN, ONE HEART, ONE AIM AND ONE DESTINY )