ABOU RISY, 01 November 2014 – Bertempat di markas PERUBATAN Abou
Risy, program REVIVE yang dilaksanakan khusus untuk siswi Gen 9 telah diadakan
dengan jayanya. Program yang bertemakan ‘Work Hard, Stay Humble’ ini dianjurkan
oleh Majlis Tertinggi Batch (siswi), bertujuan untuk mengumpulkan ahli
sekaligus mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain. Majlis dimulakan dengan
solat Maghrib dan solat hajat secara berjemaah dan diikuti dengan sesi menjamu
selera.
Kemudian,
majlis diteruskan dengan ucapan daripada Timbalan Ketua Batch II, saudari Nur A’fifah
Rahimi. Beliau telah merakamkan ucapan terima kasih kepada AJK Pelaksana REVIVE
yang diketuai oleh Pengarah, saudari Nurhawa Illani Roslan.Dalam ucapannya itu,
beliau menekankan tentang kepentingan untuk sentiasa berusaha dan bekerja keras
untuk menghadapi tahun akhir perubatan tanpa mengabaikan adab-adab yang perlu
dijaga dalam menuntut ilmu.
Selepas
berakhirnya ucapan daripada TKB II, majlis disambung lagi dengan slot ‘Full of
Wisdom’ yang disampaikan oleh saudari Fadhilah Najahi Iberahim dan saudari Nor
Atiqah Mohammad Tahir. Slot ini merupakan slot motivasi santai yang disampaikan
oleh mereka berdua. Antara intipati penting yang dibawakan adalah mengenai
keperluan untuk bersabar dan berusaha dengan gigih tanpa putus asa dalam
mengejar kejayaan. Mereka menegaskan bahawa dalam kehidupan ada saat bangun dan
jatuhnya. Apabila saat jatuh itu menerpa, kekuatan dan usaha yang bermula dari
dalam diri perlu ada untuk kembali berdiri dan menapak untuk terus memburu
kejayaan.
Slot kedua telah dikendalikan oleh Timbalan
Unit Pembangunan Insan (UPI), saudari Nur Atiqah Mohd Sufian. Video yang telah
ditayangkan berkisar tentang tanggungjawab dakwah dalam kehidupan untuk melahirkan
komuniti Muslim yang sejahtera rohani dan jasmani. Perbincangan ringkas serta
perkongsian pendapat turut diadakan antara Timbalan UPI dan siswi berhubung hal
ini.
Selepas
itu, majlis diteruskan lagi dengan persembahan ringkas oleh wakil siswi, diikuti
dengan majlis sambutan untuk siswi yang lahir pada bulan November. Tepat jam 8
malam, majlis bersurai.
Disediakan oleh,
Fatin Faeznur Fauzi.
No comments:
Post a Comment