Tuesday, October 21, 2014

Glow With Flow : Satu Permulaan



ABOU RISY, 19 Oktober – Bertemakan “Achieve The Highest, Improve Others”, Glow With Flow 2014 untuk pelajar Tahun 6 telah selamat diadakan.  Majlis dimulakan dengan perasmian oleh wakil AJKT,  Saudara Afiq Zulhilmi bin Zairudin selaku Naib Pengerusi I PERUBATAN Cawangan Kaherah. Seterusnya majlis diteruskan dengan pembentangan analisis keputusan Tahun 5 yang lalu.

Program Glow With Flow pada kali ini diserikan dengan kehadiran ahli panel yang cukup mantap iaitu Saudara Amir Syahid bin Ezani, Saudari Adilah binti Nawam, Saudari Ami Farhani bin Mohd Nor Arifin dan Saudara Aimatnuddin Husairi bin Hussain selaku moderator.

Amir Syahid memulakan perkongsian dengan ‘Falsafah Bintang’, di mana beliau mengaitkan subjek Internal Medicine (IM) sebagai bintang-bintang, cantik dilihat tapi banyak untuk dikira. Begitulah jua subjek IM yang boleh disimpulkan seronok untuk dipelajari namun banyak yang perlu dipelajari.

“Jangan sesekali ponteng kelas!” Ujar Saudari Adilah. Berkali-kali pesanan ini diperingatkan kepada semua. Katanya, gunakan peluang yang ada di universiti sebaiknya, hadiri semua kelas yang ada dan malah beliau menggalakkan kepada sesiapa yang mahu mengambil kelas tambahan di luar universiti.

Program dihangatkan lagi dengan mendengar kalam taujihad dari Saudari Ami Farhani yang menceritakan pengalamannya bergelar pelajar tahun akhir di Sekolah Perubatan Kasr Al-Ainy.

“Enjoy tahun akhir ni. Sebab bila dah habis belajar, bila dah kerja, kita akan rindukan semua kenangan ketika berada di universiti.” Beliau juga mengingatkan kepada semua agar pandai membahagikan masa sebaiknya di antara pelajaran dan aktiviti lain.

Program Glow With Flow kemudiannya diteruskan dengan penyampaian Anugerah Lonjakan Saujana dan kemudiannya diakhiri dengan kalam dari Ketua Batch Gen 9 sesi 2014/2016, Saudara Amir Asymunir bin Mohamad.

Disediakan oleh,
Nur Izzati binti Mohd Hashim.
sNsH GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

No comments: