Thursday, April 18, 2013

Kenyataan Rasmi ( Kutipan derma PEACE)



Rujukan : Gen09 02/01/05-X 04/2012/13 (08)
Tarikh : 18/4/2013

Kenyataan Rasmi ( Kutipan derma PEACE)


Bismillahirrahmanirrahim,

"Katakanlah, sungguh Tuhanku melapangkan rezeki dan membatasinya bagi siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya. Dan apa sahaja yang kamu sumbangkan, Allah akan menggantinya dan Dialah pemberi rezeki yang terbaik". (maksud surah Saba' 34:39)

Alhamdulillah, segala puji kepada Allah, Tuhan sekalian alam yang masih lagi mengurniakan kita dua nikmat terbesar kepada kita iaitu nikmat Iman dan Islam.

Pada 11 Mac 2013 sehingga 2 April 2013, telah berlangsungnya satu karnival batch yang dinamakan i-Fest 2013. Seperti yang kita semua sedia maklum satu tabung kutipan derma telah diserahkan kepada setiap ketua kumpulan ( Firdaus, Ma’wa, Ad’n dan Naim ) pada hari perasmian karnival tersebut.

Alhamdulillah sepanjang lebih kurang tiga minggu kita berkarnival, ahli Gen09 telah memberikan sambutan yang amat menggalakkan kepada semua aktiviti termasuklah kutipan tabung tersebut. Sebanyak 3150.75 LE dan 600 USD berjaya dikumpulkan dan sumbangan tersebut telah diserahkan kepada PEACE PERUBATAN.

Jutaan terima kasih saya ucapkan mewakili AJK Batch Gen09 kepada semua ahli batch dan kepada semua yang sudi menyumbang.

Jazakallah khairan kathira.


Yang menjalankan tugas,

Ammar Hamzah bin Mohd Hanim.
Penolong Ketua Batch Gen09
2012/2013



Unknown GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

No comments: