Wednesday, February 2, 2011

Keadaan pelajar malaysia di mesir


Video rusuhan di Sayeda Zainab berhadapan rumah penulis

Bismillah
Assalamualaikum
Sedikit sebanyak status pelajar-pelajar batch Gen09 Unversiti Kaherah, Mesir
Setakat ini ada sebahagian daripada kami berjaya melarikan diri dari Mesir
Sebenarnya pelancongan atau perjalanan ini bukanlah secara spontan tetapi mereka sudah merancang perjalanan mereka seawal sebulan yang lalu sebelum peperiksaan kami bermula.
Mungkin ada hikmahnya mereka merancang keluar dari Mesir disaat-saat genting berikutan situasi yang hangat diperkatakan di Mesir pada ketika ini.

Berikut merupakan status sebahagian daripada kami:
1. 12 orang pelajar lelaki (Istanbul, Turki)
3. 26 orang pelajar perempuan (Istanbul, Turki;Syria;Lubnan)
4. Seorang pelajar perempuan (UK)
5. Seorang lagi pelajar perempuan (Malaysia)

Yang lain masih lagi berada di Mesir insyaAllah dalam keadaan selamat di Dewan Malaysia Abbasiah, Kaherah.
Doakan mereka semua dalam keadaan selamat dan sejahtera sama ada di Mesir ataupun di tempat-tempat yang lain.
Semoga Allah melindungi mereka.

Sekian

p/s:sedikit video yang dirakam sendiri penulis



Video balai polis Sayeda Zainab dibakar rakyat penduduk

Ahli protes di Jalan Kasr el-Aini satu jalan dengan medan Tahrir
wawan GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

7 comments:

Anonymous said...

salam...ade ckit penambahan...

3 org pelajar perempuan (UK)
2 org pelajar perempuan (Malaysia)

mieza_zains said...

aah2..
sok akhawat turki blk mesia..
doakan sume urusan dpermudahkan ye~

nisazaidan said...

alhamdulillah, kami 26 orang dah smpai malaysia pagi nih..terima kasih utk kedutaan malaysia di syria, MAS, dan kerajaan malaysia yang banyak membantu dan menaja flight kami.

Anonymous said...

alhamdulillah,semuanye selamat..

~nak wat ape 3bulan ni=/

Anonymous said...

asek2 dgn 3 bulan.. next week da stat kuliah..ingt summer k ape nk cuti 3 bulan?? hahaha

Anonymous said...

nk tanyer sket penulis blog bley???,berani nyerrr pegang kamera rakam video........diorang x marah ker??? prnah x ader experience pegang senapang,kena baling batu ker,kena gas pemedih mater ker.....

wwn said...

alhamdulillah
diorng x marah pn..siap mntak bluetooth lg k hp diorng
exp kena gas pemedih mata,mmgla pedih..exp baling batu tu bila2 boleh dapat lagi2 waktu futsal dn exp k airport dgn seorng rkn g2g pd mlm 28/1(mlm 1st rusuhan besar-besaran) trpksa lalui byk sekatan jalanraya dn brgrak seiring dgn kereta kebal..