Wednesday, January 5, 2011

PERMINTAAN DARI HATI SIRI 2


Assalamualaikum..

Aku sayang ko kerana Allah..

Aku sayang ko kerana Allah..

Aku sayang ko kerana Allah..


Jika disingkapkan perkataan ni, sejauh manakah `kesayangan` kita itu terhadap kawan-kawan kita semua....

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ }

الحجرات:10

“SEBENARNYA orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”
(Surah al-Hujuraat:ayat 10)

"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya
seperti mana dia mencintai buat dirinya" (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Apa yang dapat difahami melalui ayat-ayat di atas adalah semua mukmin itu bersaudara dan tanggungjawab seorang muslim itu kepada saudaranya yang lain. Selain dari ayat-ayat ini, boleh dikatakan berdozen-dozen lagi dalil-dalil yang menunjukkan kewajipan seseorang Muslim mencintai, mengambil berat, membantu, dan mengasihi suadara seagamanya.

Maka, apakah yang dikatakan “ukhuwah” itu??. Perkataan "ukhuwah" membawa maksud "persaudaraan" yang seharusnya bertunjangkan iman dan takwa . (semua ini dah tahu kan, saja je nak skema jap)

Di pendekkan cerita, marilah sama-sama kita muhasabah diri kita yang serba kerdil ini.. sejauh manakah keprihatinan terhadap kawan-kawan kita? Al-maklumlah kita berada nun jauh dari mak dan ayah, yang ada hanyalah kita-kita..

Rasanya, semua sedar akan kehadiran mid year exam ni (countdown punyerla besar kat atas tu).. bak kata orang masa ni la kita dapat tengok `muka` kawan kita yang sebenarnya.. tipu la kalu kata kita tidak pernah terasa dengan kawan-kawan kita, tetapi sejauh manakah kita berlapang dada dengan mereka. Iyela, serendah-rendah ukhuwah adalah berlapang dada.. semua orang nak study, tetapi tanggungjawab kita dgn kawan-kawan atau ahli beit khususnya tak la boleh diabaikan.

Suka kah kita jika orang kata :

"Bagusnya dia tu dapat mumtaz.."

Atau suka kah kita jika orang kata:

"bagusnya dia tuh mumtaz dalam semua hal..baik, pandai , berakhlak..."

tapi banggakah kita jika orang kata :

"ermm..dia tuh harap je mumtaz tapi....

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam, beliau bersabda:

‘Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya’. (HR. Muslim,)

Di saat ini lah kita seharusnya saling membantu dan bekerjasama supaya aku, dia, kamu, kita dan mereka sama –sama berjaya. Bak kata akak-akak : korang datang sama-sama so balik la sama-sama..jom kita usaha sama-sama…

Em.. exam2 juga tapi hal-hal lain jangan dilupa.. solat ke mana.. qurannya ke mana ,doa mak ayah ke mana..dan paling penting HAK KEPADA AHLI BAIT…..

Nie yang paling penting…kita kalau study tue,jangan dibuat-buat lupa kat ahli bait kita..jangan harap kat kawan kita jer buat semua kerja-kerja rumah..kita pun kena turut memberikan kerjasama..mentang-mentanglah dia ketua rumah…kita bagi dia jer buat kerja.pergi pasar pun dia,beli lampu pun dia,basuh bilik air pun dia..pendek kata,semua dialah...huhhuhu…~katakanlah~

time exam nie,jiwa dan raga menjadi lebih sensitive…bende kecik pun kita sangat kisah…

pandai-pandailah kita lebih menjadi prihatin pada sekeliling…..kalau dulu,tak kisah pun kalau kawan kita tak basuh pinggan lepas makan,takper,kita basuh…

tapi tetiba time exam pulak,sudu yang kecik tue kita AMBIK KISAH….nak kata jiwa ni sensitive…(ermm..tapi ade je yang tak de perasaan..depend juga la)

Nak diringkaskan ,dalam bersahabat nie,janganlah kita menjadi seperti enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing…

lastly, rajin2 kan lah maafkan kesalahan org lain..saya tersentuh apabila mendengar tentang cerita seorang sahabat..bagaimana Allah mudahkan urusannye ke syurga hanya kerana dia tidak pernah berprasangka buruk dan sentiasa memaafkan kesalahan orang lain sebelum tidur…

So, jgn disebabkan ego y tinggi menggunung (tak nak maafkan org) perjalanan kite ke syurga menjadi sukar…nauzubillah…

p/s: minta maaf semua salah silap…!!!salam intihan semua..

tajuk tuh tade kene mengena dengan post..saje nak exaggerate..(bisnes marketing..)haha…



atiqah GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

16 comments:

-nabilah- said...

ak akn berusaha yea tiqa jge hbungn ahli beit,thnks for peringtn :)(:

knmz2210 said...

tq tiqah for da reminder.. :)(:

afnan fakhrurazi said...

nice one..haha..
jgn juga asyeik kutuk mengutuk yer ~
cukuplah sekadar perlian yang membina jika kawan kita tu terleka..
*sekadar peringatan kpd diri sendiri juga..
* gud luck lah kd penulis dlm mid year exam nih

Izzati said...

terbaik dr tkah..

Anonymous said...

how abot those people who we hate so so much?
ignore them right?

عمار حمزة said...

Is there supposed to be ppl who we hate so so much among ourselves?
no right?

selamat berstudy semua.

nurul atiqah mohd azman said...

erm, act aku bukanlah penulis sebenar post nih...harap maklum..ak cuma menyampaikan nasihat dr seseorg..(beberapa org kot..)tak gitu nabilah???heh..

amar>thkz jawabkan...

anon>harap dapat berlapang dada...at least..

Anonymous said...

blogpost yg bernas

Anonymous said...

atiqah ni da la bijak,pndai,baik hati,berakhlak pulak tuh..post pon menarek..haish..sukur2..


p:s/kpd ahli beit atiqah,klu nmpk dye x bsuh sudu,korg tolg la basuhkn yer.tp klu hari2 dye x bsuh sudu sndiri jgak,korg terajang je dye.muahaha

Amir ^_^ said...

ops teranonymous plak.hehe

nurul atiqah mohd azman said...

amir>uishh...ta perlu kot...post nih bukan aku y tulissssssss...


btw, ak pki tgn ta pki sudu...tade chance dorg na terajang...=)

pss...cara terbaik nk mengurangkan pembaziran air dan tenaga basuh pinggan ialah mkn pki talam...

Anonymous said...

xkesah la ciplak k @ copyright k.. asal da beri nasihat da cukup..
amir : jgn tinggalkan bekas megi lak dlm sink tuh..lepas mkn trus basuh ~

mmmhafizen said...

nh permintaan dr hati siri 2, mne yg pertama?

nurul atiqah mohd azman said...

siri pertama cari sendiri..

Sy@FizZ said...

disini saya nak minta maaf kat semua jika diri ini ada banyak silap dan salah terutama kat ahli beit saya ye.. selamat study dan good luck!!

tkgsebok said...

nk komen2!!
da komen..hohoho..
bagus post ni~