Monday, December 17, 2012

aku,kau dan bola bowling...


salam 'alaik warga gen09 ^_^ ( kengkonon comel laa smiley macam neh)

pertama sekali,mohon maaf andai post kali ini tidak se-skema mana,tidak berbahasa baku,apatah lagi berformat karangan jenis laporan.


baru-baru ini,unit pembangunan insan,unit sukan dan aktiviti luar serta unit tugas-tugas khas telah bersatu bergabung tenaga dalam menjayakan SMART CIRCLE GABUNGAN.



sebelum ini,SC gabungan hanya dibuat dalam bentuk pegisian sahaja.namun hasil usaha sama antara 3 unit tersebut telah menghasilkan satu kelainan iaitu diadakan pertandingan antara SC;futsal bagi ikhwah dan bowling bagi akhawat a.k.a SC OUTING

maka bertempat di Pusat Bowling Family Land(okey suke hati je bagi nama pusat bowling) pada 7 Disember yang lalu,sebanyak 8 kumpulan SC akhawat telah bertanding bagi merebut piala pusingan menguji kepakaran masing-masing dan pada masa yang sama mengeratkan lagi ukhwah sesama ahli sc.bagi saya,ini adalah satu pembaharuan yang sangat bagus.sape kata SC tu hanya buat bulatan,lepas tu bagi pengisian,lepas tu makan-makan,lepas tu balik,dan lepas tu buat hal masing-masing.tapi dengan adanya aktiviti macam ni,kita secara tak langsung kenal dengan ahli sc.sebelum ni mungkin kita nampak ada sorang tu pendiam je.yang sorang tu jarang bagi respons.yang sorang tu tak suka datang sc.

tapi bila ada aktiviti macam ni,baru tau.owh yang pendiam tu sangat hebat main bowling.yang jarang bagi respons tu yang paling banyak jatuhkan pin.yang tak suka datang sc tu sebenarnya suka aktiviti sukan,tak gemar hanya duduk diam bersahaja.kan dah jadi taaruf kat situ.kan kan kan :)

setelah berhempas pulas mengerah keringat menjatuhkan pin,kumpulan SC atiqah shakira dan zamiela telah merangkul tempat pertama(tepuk-tepuk tangan) dengan jumlah kutipan pin yang jatuh....errr maaf tak dapat maklumat-.-

tempat kedua pula dimenangi oleh SC wahdati manakala tempat ketiga dimenangi oleh SC adilah dan aisyah.penjatuh pin paling banyak pula jatuh kepada saudari naqiyan anis.boleh dah wakil mesir sukan olimpik >_<


tempat pertama >_<

SC bani dan fathiyyah(patutlaa bola bowling berkurang.dorang buat bergambor ghupenye)

SC Mentorians;mereka yang menjadi mentor bagi SC junior(sorry mentor2.suke hati bagi nama SC mentorians heh)


dalam pada kita berseronok menjatuhkan pin(walaupun banyak juga yang saya lihat...errr masuk longkang),saya dapat lihat semangat akhawat Gen09 menyertai program ini.walaupon sibuk,ada macam-macam tugas,dengan sesi pencalonan pada sebelah petang,namun itu semua bukan halangan untuk kami berkumpul bertanya khabar bergurau senda mengeratkan ukhuwah.semoga ukhwah ini berkekalan hingga ke syurga.bercinta sampai syurga orang kata.ehhh??

apa kaitan aku,kau dan bola bowling?
aku dan kau macam bola bowling
(errr bukan bulat macam bola bowling.mohon jangan salah faham)
bola oren jatuhkan banyak pin
bola merah jatuhkan satu pin
bola purple terhumban ke longkang terus
banyak warna,berbeza berat,berlainan gaya menjatuhkan pin
tapi jalannya hanya satu
dan kembali semula ke tempat yang sama
bola oren,merah,purple bertemu dan berkumpul semula ke tempat yang sama 

macam kita.banyak posisi.berbeza tugas,berlainan pendapat
namun kita berjalan atas nama yang satu;GEN09
punyai tujuan yang sama;mardhatillah
dan akhirnya tetap kembali kepada yang Maha Esa...
ibrah dari sebiji bola bowling :)

p/s : Dua gambar diatas sumber daripada group FB GEN09.harap tak kene saman sebab ambek suka hati

p/s :ayat permulaan nampak macam skema sebab nampak post sebelum ni macam formal.mencuba untuk membuat formal tapi malangnya tak berjaya -.-







iman_insyirah GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

2 comments:

AdiZufly said...

Kema, SC saya dgn aisyah lah no 3... T__T Kesian anak2 buah saya berhempas pulas jatuhkan pin~

iman_insyirah said...

owh aasifah giddan!!
sudah diedit
huhu
kecelaruan maklumat disitu