Wednesday, June 13, 2012

Sekadar renungan bersama.......


dgn nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Mengasihani....


salam imtihan sahabat2x semua...


semoga kita semua sentiasa berada dlm keredhaanNya sbg hambaNya yg berjihad dlm menuntut ilmu....
menuntut ilmu pun dikira ibadah dan jihad juga kan....??? 
medan pertempuran kita kat mana??
kat exam hall dgn bersenjatakan alat tulis dan ilmu yg telah dibaca......semoga BERJAYA, insyaAllah...


sebelum tu,jom kita hayati lagu ni......
lagu ni,maksudnya sgt tersirat dan bnyk menyentuh tntg hakikat insan yg bernama manusia yg selalu leka dgn dunia,dan melupakan kehidupan akhirat.....


antara pengajaran lagu ni:
1.selalu bersyukur dgn nikmatNya dan jauhi perbuatan dosa
2.elakkan permusuhan sesama manusia apatah lg sesama Muslim
3.jauhi rasa benci krn itulah yg membawa kpd pergaduhan dan perselisihan
4.harta  sebynk mana pun,tak mampu menjamin kebahagiaan di akhirat kelak.
5.berjihad melawan nafsu syahwat...hubungan yg tak halal....arak,disko,dll...
6.jgn kufur nikmat,gunakan kelebihan yg ada utk manfaat org lain...
7.setiap kekayaan dan kesempurnaan adalh dtgnya drpd Allah,bkn drpd manusia @usaha sendiri
8.sabar menghadapi setiap onak duri kehidupan dgn selalu bergantung padaNya,
9.jgn cari Allah masa susah jer,...masa senang tak ingat Allah..lupa diri..
10.mmg fitrah manusia tak lepas drpd buat kesilapan tp fitrah manusia juga mahu kembali kpd Allah ...
11.persiapkan diri dgn iman utk melwan segala godaan syaitan.e.g: godaan perempuan cantik(berzina)
12.jauhi sikap gila kuasa dan gila harta
13.lihatlah keseluruhan alam ini dgn mata hati utk berfikir tntg kekuasaan Allah yg penuh tersirat di sebalik ciptaanNya.
14.setiap yg terjadi adalah qada'dan qadar, kehendak tuhan,......kita kena pasrah dan redha dgn apa shj yg terjadi dgn memohon kekuatan drpd Allah..
15.jgn meninggi diri apabila dipuji
16.jadilah org yg menepati janji
17.selalu minta perlindungan drpdNya drpd fitnah@ tikaman drpd belakang@duri dlm daging
18.sebutlah Alhamdulillah setiap hari sbb Allah masih beri pinjaman nyawa dan diberi peluang utk berada di muka bumi Allah lebih2x lg dgn nikmat harta,keluarga dan sebagainya...


Kesimpulannya,bersamalah kita menyucikan jiwa,bersegera ke arah kebaikan,dan tinggalkan kejahatan. 
Hati dan akal adalah elemen penting dlm pertarungan jiwa. Sekiranya kita adalah org berilmu,tetapi adakah hati kita dah cukup bersih??
Akal pula dpt menguasai jiwa sekiranya akal digunakan utk melihat,membezakan,mengetahui setiap sesuatu dan digunakan utk mendekatkan diri kpd Allah,mengetahui kebesaran dan kekuasaan Allah..

Firman Allah (surah Syams:7-10) maksudnya,
"Dan jiwa serta penciptaannya maka Allah akn mengilhamkan pd jiwa itu jln kefasikan dan ketakwaan.Sesungguhnya beruntunglah org yg mensucikan jiwa itu dan rugilah org yg mengotori jiwanya"


Kata2x Saidina Ali bin Abi Talib;
Allah mempunyai bejana di bumi ini iaitu hati.Hati yg paling Allah kasihi ialah hati yg paling lembut,paling bersih dan paling cekal.Paling cekal dlm beragama,paling bersih dlm keyakinannya dan paling lembut trhdp saudaranya..Hati seorang mukmin itu suci bersih,pd hati itu trdpt pelita yg bercahaya.Hati seorg kafir itu hitam,sentiasa sakit.'


Rasulullah bersabda,
'Jika manusia menghampirkan diri kpd Allah dgn berbagai amal kebajikan,hampirkanlah diri kamu kpd Allah dgn ilmu"(hadith riwayat Abu Nua'im) hadis ini da'if.




Apabila benteng pertahanan jiwa manusia musnah,syaitan akn menguasai manusia.


Firman Allah(surah Mujaadilah:19) maksudnya,
'Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mrk lupa mengingati Allah"


Firman Allah,(surah aali-imran;135)maksudnya;
"Dan org2x yg apabila mrk mengerjakan perbuatan keji atau aniaya diri sendiri,mrk ingat akan Allah lalu memohon ampun trhadap dosa mrk dan siapa lg yg dpt mengampuni dosa selain Allah dan mrk tidak meneruskan perbuatan keji itu sdg mrk mengetahui"


WALLAHUA'LAM...


Setakat ini shj coretan kali ini.Jgn kita lupa titipkan doa trhadap saudara2x seagama kita yg sdg ditindas oleh kekejaman....
Semoga kita sentiasa beroleh rahmat dan maghfirahNya,di samping berusaha utk mengubah diri ke arah kebaikan.....


All the best!!!(>_<)..










dr.mastura GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

No comments: