Tatkala indah purnama mengambang, tiba masa berganti suria menyinari bumi bersilih ganti, demikianlah sifat kitaran bulan dan matahari saling melengkapi antara sama lain walaupun masing-masing berbeza sifat . Alangkahnya sempurna sifat ciptaan sang Illahi , walaupun berlainan sifat tetapi jika diselitkan rasa toleransi di celah-celah perbezaan tersebut maka terhasilah kesederhanaan memberi manfaat kesekalian alam di bumi tanpa terlampau sejuk apatah lagi kepanasan. Sebagai insan yang hidup bermasyarakat , sikap tolak ansur dan juga bertimbang rasa amatlah perlu membentuk komuniti mesra. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w senantiansa mengajar umatnya untuk mengamalkan sifat toleransi merangkumi pelbagai aspek bermula dari sekecil-kecil perkara sehinggalah pembentukan sebuah Negara Islam.
Antara salah satu sikap toleransi yang dipamerkan oleh Rasulullah s.a.w sehingga mampu melentur hati dan jiwa pihak Quraisy adalah sikap berlapang dada yang beliau tunjukkan ketika Fath’atul Makkah .Mulanya kaum Quraisy menyangka, bahawa tentera Islam akan membalas dendam atas kekejaman dan penganiayaan yang pernah mereka lakukan terhadap kaum Muslimin. Akan tetapi, persangkaan itu, hilang setelah mendengarkan pidato Rasulullah s.a.w yang diucapkan oleh baginda di pintu Ka’bah tatkala baru saja sampai di Kota Mekkah :
“Wahai kaum Quraisy! Sesungguhnya Allah telah melenyapkan dari kamu zaman kemegahan jahiliyah, yang selama ini senantiasa kamu agung-agungkan sebagai lambang kebesaran nenek moyangmu. Ketahuilah, bahwa seluruh makhluk ini berasal dari rumpun yang satu, yaitu turunan Nabi Adam. Nabi Adam asal mulanya dijadikan dari tanah”.
Dengarlah kalam Allah yang mengatakan:
“Wahai manusia! Kami ciptakan kamu dari jenis laki-laki dan perempuan, dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berkaum-kaum supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu pada sisi Tuhan ialah orang-orang yang paling taqwa. Allah itu Maha Tahu dan Mengerti.” (Al-Hujurat: 13)
Rasulullah kemudian bertanya :
“Wahai kaum Quraisy! Apakah kamu sangka yang akan saya lakukan terhadap kamu?”
Dengan suara bernada ketakutan yang dibalut semangat pengharapan untuk dikasihani, kaum Quraisy menjawab:
“Tentulah Anda akan memperlakukan kami dengan cara baik, ya saudara kami yang budiman.”
Rasulullah menjawab dengan membacakan ayat Allah yang mengatakan:
“Yang akan hendak saya sampai kepada kamu ialah seperti yang diucapkan saudaraku (Nabi Yusuf) kepada kaumnya, “Pada hari ini tidak ada lagi penyesalan, (celaan, tuntutan) terhadap kamu. Tuhan telah mengampuni kamu. Sesunguhnya Tuhan itu Maha Pemurah dari segala yang pemurah.” (Yusuf: 92)
Begitulah mulianya kekasih Allah dalam perlakuan serta pertuturan. Sebagai umat terakhir yang mengaku umat Rasulullah s.a.w , adalah ruginya jika kita tidak mengaplikasikan contoh teladan yang telah ditunjukkan beribu tahun dahulu dalam kehidupan kita pada hari ini yang penuh mehnah dan dugaan. Lupakan seketika tugas kita bersama Negara dan masyarakat, tetapi cuba kita perbaiki pergaulan kita sesama sahabat dalam konteks yang lebih kecil. Mengamalkan toleransi mahupun tolak ansur adalah mudah jika kita peka terhadap keperluan sesama rakan.
Jun ini mempamerkan kita semua sibuk berjuang di medan peperiksaan bermula pagi sehingga malam menerjah tiba namun, adakah kita fikir sejenak tanggungjawab kita terhadap ahli rumah kita yang lain ??? Masing-masing lebam mata menilik buku sehingga terabai tugas sebagai seorang rakan. Adakah hilang focus , adakah gagalnya kita dalam peperiksaan jika menjalankan amanah seorang rakan ?? Semua pertanyaan ini kalian jawablah sendiri. Janganlah kita menyempitkan tugas serta pemikiran dengan semata-mata kerana exam, sanggup berkurung dalam bilik, dapur dibiarkan berselerak, rumah berterabur asalkan ‘Aku’ dapat focus belajar. Cubalah menjadi seorang yang ‘Multi-tasking’ yang tidak hanya terperangkap dengan alasan semata-mata. Mungkin dengan berkhidmat untuk rakan-rakan, keberkatan akan senantiasa melingkari diri kita. Akhirnya, marilah sama-sama kita renungi salah satu hadis Rasulullah s.a.w :
Daripada Abu Hurairah daripada Nabi saw, baginda bersabda : Tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNya iaitu :
1.Pemerintah yang adil.
2. Pemuda pemudi yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada Tuhannya.
3. Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid. (solat berjemaah dan di awal waktu)
4. Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah.
5. Orang yang dipujuk oleh perempuan/lelaki yang kaya lagi rupawan untuk berzina lalu dia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!” (menggambarkan kekuatan iman dan ketakwaannya)
6. Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya. (menggambarkan keikhlasan hati orang yang bersedekah)
7.Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana takut dan harap kepada-Nya.
Nukilan-Afnan Fakhrurrazi

1 comment:
syukran abe afne.
Post a Comment