AKU MERINDUIMU
‘’Tidak dapat kugambarkan
Rindu yang lahir dari hati ini
hanya yang mampu tuk kulafazkan
Aku Merinduimu
Rindu yang lahir dari hati ini
hanya yang mampu tuk kulafazkan
Aku Merinduimu
Terasa amat jauh diri ini
Kerna kau tiada disisi
Bergenang air mataku
bila terkenangkan wajahmu
Kerna kau tiada disisi
Bergenang air mataku
bila terkenangkan wajahmu
Ayah ibu
Dari jauh kupohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu kuingat selalu
Tersemat di kalbu
Dari jauh kupohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu kuingat selalu
Tersemat di kalbu
Oh Tuhan
Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan RedhaMu
Moga kujejaki tempat yang dituju’’
Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan RedhaMu
Moga kujejaki tempat yang dituju’’
Bismillah, Assalamualaikum
korang!
Apa
khabar?Harapnya semua berada dalam keadaan yang baik. Sahabat2 sekalian,pernah
dengar tak lirik nasyid kat atas tu? Kalau ada yang pernah dengar,korang mesti
tahu kan nasyid ni?Cuba nyanyi? hehe.Tajuk lirik ni??haa,tajuknya,adalah tajuk
entry saya tu,Aku merinduimu,nyanyian Devotees=) sebuah nasyid yang berkisarkan
tentang kerinduan seorang anak terhadap kedua orang tuanya,serta restu dan redha yang dipohon oleh si anak
daripada ibu dan bapa untuk mengejar cita-cita.
Besarnya
perkataan redha tu!=D yup,itulah sebenarnya yang saya ingin tekankan,redha ibu dan
bapa=)kerana itulah yang penting untuk kita sebagai seorang anak. Mungkin kita
sudah biasa mendengar,hadis Rasulullah SAW yang berbunyi;-
”Redha
Allah,terletak pada redha kedua ibu dan bapa,serta kemurkaan Allah,terletak
dengan kemurkaan ibu dan bapa”.
Riwayat,Al-Hakim.
Betapa
Allah memuliakan kedua ibu dan bapa kita,sehinggakan redhaNya terletak pada
mereka juga. Haruslah kan,kerana mereka yang banyak bersusah payah berkorban
dari kita mula lahir hingga besar panjang,sempurna,bijak,comel2 semua ni!=] Ibu
yang mengandungkan kita,selama 9bulan dan menanggung kesakitan yang amat untuk
melahirkan,Subhanallah,dan ayah pula,bersusah payah bekerja mencari nafkah
untuk menyara hidup kita sekeluarga . Semoga kita sentiasa bersyukur serta
tidak pernah sekalipun melupakan jasa-jasa mereka.
Namun,malangnya
tak semua yang betul-betul menghayati hadis tersebut serta erti pengorbanan
kedua orang tua mereka. Ada yang mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang
anak,membiarkan ibu dan bapa apabila mereka di usia tua.pernah terpampang di
dada akhbar,kisah mengenai ibubapa yang
dibuang oleh anak mereka sendiri,ditinggalkan di rumah-rumah kebajikan. Kalau
tempatkan mereka kat sana,dan datang jenguk,kira ok la kan,ni ada jugak yang
langsung tak datang menjenguk,menyedihkan bukan? >=( apakah sudah hilang
segala jasa ibu dan ayah mereka,dek terleka dengan kerjaya,dan sebagainya.
Itulah realiti orang kita sekarang,mungkin tak semua macam tu,tetapi tak
mustahil ada yang bersikap yang demikian.
Masih
adakah redha Allah untuk mereka yang
bersikap yang sedemikian? Amat rugi bagi mereka jika keredhaan itu tiada untuk
mereka. Mungkin mereka bekerjaya,berharta,tetapi kebahagiaan itu mungkin
berkurangan kerana tiada keberkatan dari ibu dan bapa.
“Redha Allah terletak pada redha ibubapa. Jika
kita nak berjaya dalam hidup, nak bahagia, nak apa yang kita ushakan
dimakbulkan Allah, mulakan dari ibubapa. Dapatkan redha ibubapa maka redhalah
Allah pada kita. InsyaAllah bila Allah redha, amalkanlan ilmuNYA ushakanlah
apapun pasti berhasil “
-Quote
dari seseorang =)
Bersempena kita yang sedang berada dalam fasa
peperiksaan,jangan lupa tunaikan hak kita terhadap ibubapa, tak dilupakan
juga,yang utama,terhadap Allah SWT,serta terhadap sahabat2 kita. Jangan kedekut
untuk meluangkan masa bertanya khabar kedua orang tua kita yang jauh di tanah
air. Sesibuk mana pun kita,jangan pernah lupakan mereka,andai kata tak sempat
nak call,bagi SMS pun jadilah. Mohonlah restu dan doa mereka sentiasa agar kita
sentiasa dipermudahkan urusan seharian,termasuk urusan di dalam peperiksaan.
Minta kata-kata semangat dari mereka,semoga dapat menaikkan lagi semangat kita
untuk menuntut ilmu,dan menjawab peperiksaan dengan baik.
Akhir kalam,carilah redha mereka,jangan ada
seorang pun yang sanggup meruntuhkan gunung harapan ibu dan ayah. Belajar
rajin2,tunaikan harapan mereka terlebih dahulu,dan jadilah anak yang ‘luarbiasa’ bukan anak yang biasa-biasa
macam anak-anak yang lain. Layan ibubapa dengan luarbiasa maka mereka akan
layan kita dengan luarbiasa dan Allah juga akan beri layanan luarbiasa kepada
kita. Jangan malu untuk mengatakan yang kita sayang mereka dan rindu mereka!
Nak mesej mak ayah bagi icon <3<3<3 ni pon boleh!=]
Semoga korang faham mesej yang saya cuba
sampaikan. Minta maaf,tak pandai sangat nak menulis. InsyaAllah,semoga menjadi
peringatan untuk kita semua,termasuk diri saya.
Selamat berjuang,dan diharap agar ibu dan ayah
yang dikasihi sentiasa ada dalam setiap detik dan hembusan nafas kita. Nah,ni video nasyid tu,layan! ^_~v
p/s:
sape2 yang lama tak call mak ayah,cepat2 la call! J
-Fatin
Faeznur Binti Fauzi.
No comments:
Post a Comment