Kebahagiaan
Kebahagiaan adalah satu fitrah bagi semua. Jika seseorang
itu mengatakan bahawa dia bahagia kalau dia tak bahagia. Satu kenyataan yang
amat pelik dan gila. Semua orang inginkan kebahagiaan walaupun dia sendiri tak
sedar dengan keinginan dia tu. Bila ditanya “Kau nak hidup bahagia tak?”.
Semestinya jawapan bagi orang yang betul-betul waras adalah mereka nak hidup
dengan bahagia. Betul kan?
Malangnya, keinginan manusia untuk bahagia sering tak
kesampaian. Mungkin disebabkan ramai tak tahu apa makna kebahagiaan
sebenarnya dan mereka juga tak tahu bagaimana caranya untuk mendapatkannya.
Jika kita mencari sesuatu yang tak diketahui dan dikenali, sah-sah kita tak
akan menemuinya. Oleh itu, usaha mencari kebahagiaan itu mestilah bermula
dengan mencari apa erti kebahagiaan itu dahulu.
Apa sebenarnya kebahagiaan tu?
Ada orang bahagia bila mendapat keputusan yang cemerlang
dalam peperiksaan.
Ada orang bahagia bila mendapat benda yang diidamkan sebelum
ini. Contohnya, kereta, maka kereta itulah yang menjadi buah hati dia.
Keretanya dijaga dengan rapi, tak boleh ada kotor sikit, mesti dia lap
hilangkan kotoran. Bawa kereta pun dengan penuh hati-hati.
Ada orang bahagia apabila tercapai hasrat untuk berkahwin
dengan kekasih hati yang sudah lama bercinta, disinilah mereka merasakan kasih
sayang mereka sudah terbukti apabila terikat sebuah perkahwinan. Bahagianya
bila orang yang dia minati akhirnya menjadi milik dia. Orang yang dikasihi
sentiasa berada disisi. Hidupnya penuh dengan perkara-perkara indah. Majlis pun
dibuat dengan gempak. Alasannya ialah sekali seumur hidup, biarlah ia menikmati
detik kebahagian tersebut. Dalam kebahagian yang dinikmati kita sepatutnya
bersyukur kerana Tuhan telah menyatukan dua hati dan jodoh tersebut.
Jadi, adakah kebahagiaan tu datangnya dari faktor luaran. Ramai
yang berpendapat bahagia itu datangya dari faktor luaran. Daripada harta,
kuasa, rupa, nama dan kelulusan. Golongan ini merasakan jika berjaya menjadi
hartawan, negarawan, bangsawan, rupawan, kenamaan dan cendekiawan maka secara
automatik bahagialah mereka.
Erti kebahagiaan
Kebahagiaan dapat dicapai dengan mempunyai hati yang tenang
dalam mnghadapi ujian dalam kehidupan. “Ketahuilah
dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” Al Ra’du 28.
Rasulullah S.A.W. bersabda:
” Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul
daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak
maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. ” (riwayat Bukhari
Muslim)
Rasulullah S.A.W bersabda:
” Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi
kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati “
Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa
cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan
apa yang tiada.
Mencari ketenangan hati & zikrullah yang membawa bahagia
Ketenangan hati adalah kunci kebahagiaan. Ketenangan tu
milik Allah swt, hanya Dia yang layak meletakkan ketenangan dan kebahagiaan di
dalam hati makhlukNya. Agak mudah untuk mencari ketenangan sebenarnya tapi susah
untuk buat dan istiqamah dengannya.
Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita,
agar kita dapat jalankan kehidupan kita dengan baik, maka kita perlu menjaga
kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat
merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia
ini dan di akhirat nanti.
Selain berzikir, jagalah penglihatan, pendengaran, fikiran
dan ucapan supaya kita dapat menjaga kebersihan hati kita.
Kita juga perlu sentiasa berniat baik dan inginkan sesuatu
yang baik. Sentiasa riang, gembira, berfikiran positif dan tenang dengan
pekerjaan yang kita lakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong-menolong,
bercakap benar, sopan dan menjaga hak sesame kita.
Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya
dengan memperbanyak mendekatkan diri kepada Allah SWT dan memperbanyak doa agar
Allah SWT mengurniakan kita hati yang bersih dan selalu dekat dengan-Nya.
Itulah beberapa hal yang mungkin dapat kita jadikan landasan untuk mencari
kebahagiaan hidup di dunia ini dan juga sebagai bekal untuk menghadapi
kehidupan akhirat nanti.
p/s: Bersempena dengan fatrah exam ni, bila hati rasa resah
gelisah atau hati tak tenang memikirkan banyak lagi tak habis ulangkaji,
luangkan sedikit masa dengan zikrullah. InsyaAllah hati akan tenang. Berbaik
sangka denganNya. Jaga kesihatan diri sendiri dan ahli bait yang lain dan akhir sekali salam
imtihan buat semua dan doakan kejayaan kita semua bersama. ^_^
-wawan-
-wawan-
No comments:
Post a Comment