Sunday, May 6, 2012

[Kenyataan] KEPUTUSAN PILIHAN RAYA & PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN



JAWATANKUASA BATCH GEN09
2011/12


Rujukan: Gen09 01/01/05-X 03/2011/12 (06)
Tarikh: 6 Mei 2012

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA & PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

Assalamualaikum w.b.t


1. Setinggi kesyukuran kami panjatkan ke hadrat Ilahi kerana proses pilihan raya di peringkat batch kita telah berjalan dengan lancar tanpa berlakunya sebarang perbalahan, perpecahan atau perkara yang tidak diingini dalam kalangan kita.

 2. Terima kasih dan syabas kami ucapkan kepada semua ahli yang mengambil bahagian dan memeriahkan pilihan raya pada tahun ini.

 3. Kami mengucapkan tahniah kepada semua calon yang telah memenangi    pilihan raya kali ini. Semoga kepimpinan tahun hadapan lebih berjaya dan sentiasa mendahulukan kepentingan ahli dalam segala gerak kerja mereka. Bagi calon yang tidak berjaya, yakinlah bahawa anda semua turut layak untuk menang cuma masanya bukan sekarang. Kami yakin anda akan menyokong calon-calon yang menang dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.


 4. Ingin kami tegaskan di sini bahawa barisan ahli Jawatankuasa Gen09 2012/13 belum mendapat hak untuk berkhidmat. Maka apa-apa kenyataan, ucapan, tulisan dan tindakan mereka TIDAK menunjukkan pendirian atau keputusan kami di pihak Jawatankuasa. Perkhidmatan mereka hanya bermula setelah berlakunya pembubaran Jawatankuasa 2011/12 dan peralihan kepimpinan yang dijangka berlangsung awal Julai nanti.

 5. Penangguhan aktiviti dan program batch bermula 6 Mei sehingga tamat peperiksaan akhir tahun pada 9 Julai. Kami menyeru kepada semua ahli untuk FOKUS sepenuhnya kepada pelajaran anda. Gunakan sebaiknya masa yang berbaki ini dengan mengulangkaji pelajaran dan penuhi masa anda dengan perbuatan yang berfaedah.

 6. Di dalam kesibukan kita mengejar kejayaan dalam peperiksaan, janganlah lupa bahawa kejayaan sebenar yang perlu kita cari ialah kejayaan di akhirat kelak. Jika kita berusaha untuk berjaya di akhirat, sudah tentu kejayaan di dunia akan bersamanya.

Sekian, terima kasih.


Yang menjalankan tugas,

AHMAD AIZZUDDIN BIN DAUD
Ketua Batch,
Jawatankuasa Gen09 2011/12.
Unknown GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

No comments: