Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi ALLAH Tuhan pemilik
sekalian alam,selawat dah salam ke atas junjungan mulia Rasulullah S.A.W dan
keluarga baginda yang disucikan. Alhamdulillah pada saat ini kita masih lagi
dipinjamkan kehidupan dan dunia beserta isinya oleh ALLAH walaupun tidak pernah
kita berdoa untuk meminjam dariNya.
Bermulanya kehangatan ‘summer’ di
musim yang hangat ini memberikan petanda bahawa sudah hampirnya kita dengan
satu fatrah yang akan menggetarkan setiap jiwa yang bergelar mahasiswa yang
digelar sebagai fatrah imtihan dan insyaALLAH beberapa bulan lagi kita akan
melangkah ke tahun yang baru sebagai mahasiswa Perubatan di bumi Mesir yang
barakah ini. Jadi lazimlah ke atas kita warga GEN9 untuk memilih barisan
pimpinan baru yang akan memimpin dan memacu kita sebelum kita melangkahkan kaki
ke sesi akan datang. Memilih yang baru bukanlah bermaksud yang lama sudah
berkarat ataupun diserang kulat, cuma sudah menjadi sifat manusia sejak azali
untuk mencuba suatu yang baru.
Maka hadirnya
saya di blog yang sememangnya jarang saya jelajahi ini kalau nak dibandingkan
dengan laman muka buku, 9GAG dan Youtube adalah kerana amanah yang telah diberati
keatas saya untuk menghangatkan dan memberi stimulasi kepada sahabat-sahabat
ikhwah dan akhawat berkaitan dengan Pemilihan Ahli Jawatankuasa Batch 2012/2013
yang sememangnya sudah hangat diperkatakan di medan-medan perbualan. Seribu
kemaafan saya pohon dari sahabat-sahabat jika apa yang sahabat-sahabat sekalian
akan baca ini tidak memuaskan hati-hati sahabat sekalian dan tidak mencapai
tahap ISO yang telah ditetapkan.
MENGAPA SAYA PERLU
MEMILIH?
Soalan ‘hot’
yang pada hemah saya sepatutnya sudah terjawab dalam diri para mahasiswa
tambah-tambah lagi bagi kita yang menuntut ilmu Perubatan di bumi ‘kinanah’
ini. Tidak ada bezanya pemilihan kali ini dengan pemilihan-pemilihan pemimpin
melalui wadah-wadah lain seperti pilihanraya PERUBATAN yang telah berlangsung
pada musim dingin baru-baru ini mahupun pilihanraya bagi memilih
pemimpin-pemimpin Negara yang hangat diperbualkan di Malaysia dan Mesir pada
saat ini.
Suka saya
disini untuk membawakan beberapa dalil dan hujah tentang pemilihan pemimpin
yang telah diwasiatkan kepada kita.
“Dan berkatalah nabi Musa kepada
saudaranya nabi Harun (semasa keluar menerima Taurat) gantikanlah aku dalam
(urusan memimpin) kaum aku, janganlah kamu mengikut jalan orang-orang yang
melakukan kerosakan.”- Al-A’raf ayat 142
Baginda Rasulullah S.A.W menegaskan
dalam satu hadisnya yang bermaksud daripada Abu Said dan Abu Hurairah :
“Apabila tiga orang keluar bermusafir, maka hendaklah mereka memilih salah
seorang menjadi ketua (pemimpin).” Hadis riwayat Abu Daud
Sayyidina ‘Umar bin Al-Khattab
berkata “Tidak tertegak Islam melainkan dengan usaha berjama’ah. Tidak bermakna
jama’ah melainkan dengan pimpinan. Dan tidak berma’na kewujudan pimpinan
kecuali diberi ketaatan oleh anggota kepadanya.”
Maka jelaslah bagi kita bahawa memimpin dan dipimpin itu
adalah satu perkara asas bagi seorang manusia. Sedangkan bermusafir pun kita
disuruh untuk melantik seorang ketua
apatah lagi bila kita bersama dalam satu jemaah di dalam GEN9 yang boleh
saya ibaratkan seperti sebuah kapal besar yang akan membawa kita ke satu
destinasi. Mana mungkin kita mampu untuk tiba ke destinasi sambil menghirup udara
segar dan menikmati keindahan alam tanpa ada seorang nakhoda yang mampu memacu
kapal tersebut. Betapa pentingnya peranan seorang pemimpin bagi menjamin kita
sama-sama dapat menggapai matlamat dalam mengejar cita-cita.
SIAPA YANG PATUT
SAYA PILIH?
Pilihan
adalah terletak di tangan anda. Namun ada beberapa ciri-ciri kepemimpinan yang
harus ada pada seseorang yang dikatakan layak untuk diangkat sebagai pemimpin
Islam. Tidak dapat tidak,seorang pemimpin Islam haruslah memiliki dan mengikuti
sifat-sifat yang dimiliki oleh Junjungan Besar Rasulullah SAW. Rasulullah SAW
tokoh terbaik untuk dijadikan kayu ukur bagi menjadi seorang pemimpin yang
mampu memimpin orang yang dipimpin melalui jasadiyyah
dan ruhiyyah. Sememangnya
mustahil untuk melahirkan seorang pemimpin yang berperibadi 100% seperti
peribadi Rasulullah SAW,namun harus diingat bahawa barang siapa yang paling
hampir sifat-sifatnya dengan Rasulullah maka dia adalah orang yang paling mulia
antara kita dan merupakan individu yang paling layak untuk diangkat menjadi
pemimpin.
“ sesungguhnya penolong kamu tidak
lain melainkan Allah dan Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan shalat dan mengeluarkan
zakat, sedang mereka merendah diri. Dan siapa yang menjadikan ketua akan Allah
dan Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman, maka sesungguhnya golongan Allahlah
yang akan menang”. ( Al Maidah :55-56)
Rasulullah saw bersabda, Sesungguhnya
orang orang yang adil di sisi Allah berada pada mimbar-mimbar cahaya pada
kedudukan tinggi yang terpuji dan masing masing kedua tangannya terpuji. Orang
orang yang adil dalam menerapkan hukum mereka dan ( adil ) pada keluarga serta
pada apa yang mereka pimpin”. ( H.r.
Muslim)
Faktor paling penting yang perlu ada
pada seorang pemimpin adalah seorang yang mampu untuk memimpin diri
sendiri,masakan mampu untuk membimbing orang lain sedangkan diri sendiri masih
lagi terumbang ambing hanyut dalam keenakan dunia. Oleh itu,dapatlah saya
simpulkan beberapa sifat yang perlu ada
pada seorang untuk diangkat sebagai pemimpin dalam konteks kita sebagai
mahasiswa. Semoga mampu membantu sahabat-sahabat untuk membuat keputusan yang
bijak dan terbaik sepanjang tempoh pemilihan dijalankan.
- Seorang pemimpin haruslah seorang yang berusaha untuk mengamalkan sifat-sifat wajib bagi Rasulullah iaitu Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fathonah.
- Seorang pemimpin haruslah mempunyai fikrah yang jelas
- seorang pemimpin perlu kuat jasmani, rohani dan emosi nya kerana memimpin adalah amanah,dan amanah adalah suatu yang berat
- seorang hamba yang taat pada rabb dan patuh dengan setiap syariatNya
- berhati suci dan mulia
- membuat kerja secara tersusun
- Seorang yang matang tingkahlaku dan pemikirannya
- perlu mempunyai pengalaman dan kebolehan dari sudut kefahaman, kerja dan pentadbiran.
- Seorang yang mempunyai kemahiran komunikasi dan sosial yang baik
- Berupaya untuk mentadbir dan memberi arahan secara hikmah
- Stabil dalam pembelajaran
- Dan lain-lain
Sudah
menjadi kewajipan dan tanggungjawab saya dan sahabat-sahabat sekalian yang
mengaku bahawa kita bersatu dan bernaung dibawah payung GEN9 ini untuk membuat
keputusan terbaik bagi memilih barisan kepimpinan yang akan memimpin kita pada
tahun hadapan. Sedarlah bahawa hakikatnya kita semua adalah pemimpin dan paling
kurang kita harus memimpin diri sendiri dan kita akan dipertanggungjawabkan
dihadapan ALLAH berkaitan dengan apa yang kita pimpin. Mana mungkin seorang
pemimpin gagal untuk membuat pilihan yang bijak untuk menjamin kesejahteraan
masing-masing di masa hadapan. Semoga apa yang kita akan sepakati nanti
dilimpahi rahmat oleh ALLAH dan semoga kita dijauhkan daripada melakukan
kesilapan dalam memilih individu yang selayaknya. Jadi jangan lupa temujanji
kita pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan oleh JPR:
22 April: Proses pencalonan
25 April: Pengumuman calon yang bakal
bertanding
26-3 April: Permulaan tempoh berkempen
3-4 Mei: Sesi pengundian atas talian
6 Mei: Pengumuman keputusan undian
Akhir
kalam,sekali lagi saya memohon beribu-riban kemaafan jika ada kesilapan dan kesalahan
fakta yang saya berikan. Dan jika ada terkurang gula dan garam sepanjang penulisan
ataupun tulisan saya ini memang kurang menarik minat anda untuk membaca.Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dari kalam yang kerdil ini. Sememangnya saya bukan dilahirkan untuk menjadi penulis. Bukan salah saya jika
sahabat-sahabat terasa bosan membaca,kerana anda yang baca,bukan saya. Selamat
memilih.
“PILIHAN KITA, MASA
DEPAN KITA..”
6 comments:
masyaAllah aimat ke tulis semua benda ni
Mantap dowh aimat
Boleh calonkan Aimat x?
syabas!
aimat fan club here =)
ni kene hack ni!
Post a Comment