DOA ITU PENAWAR, DOA ITU SENJATA, DOA ITU PENGHUBUNG TUHAN DAN
HAMBA
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah segala pujian untuk Tuhan sekalian semesta yang
sentiasa terus-terusan mencurahkan rahmat untuk dinikmati oleh hamba-hambaNYA,
dan semestinya nikmat yang paling tidak ternilai harganya ialah Iman dan Islam
yang masih subur mewangi dalam diri kita, Insya-Allah. Terima kasih Ya Allah! Tidak
dilupakan selawat dan salam buat khatimul anbia’ Nabi Muhammad SAW dan para
sahabat yang bersusah payah menyebarkan Islam sehingga dapat dirasai segenap
pelusuk dunia.
Bersempena fatrah exam yang bakal menjelang tidak lama lagi, dapat
saya katakan bahawa pelbagai perasaan mula muncul. Cuak, debar, takut, seram
dan sebagainya. Bak kata orang-orang tua tidur tak lena, mandi tak basah, makan
tak kenyang memikirkan tentang exam. Tambahan pula tahun 3 ni boleh saya
katakan tahun yang mencabar dengan beratus-ratus penyakit, ubat, cacing, ulat,
kutu, pijat yang perlu dihafal nama dan seangkatan dengannya. Ditambah pula
nama-nama yang mahu bersimpul 360 darjah lidah nak menyebutnya. Patut la
senior-senior dulu ada cakap, tahun 3 ni la paling mencabar. Sekarang baru saya
faham.
Dalam kita sibuk menelaah, kadang-kadang tidak dapat dinafikan
stress bila tak dapat nak ingat betul-betul, rasa nak rebus je buku tu buat
asam pedas terus makan kan senang. Kemampuan setiap orang Allah kurniakan
berbeza. Ada orang baca sekali terus melekat dalam otak, ada orang 3x baca dok
tergagap-gagap lagi nak ulang balik. Allah ciptakan kita ni sebaik-baik
manusia. Maksudnya setiap kelebihan dan kekurangan yang ada dalam diri kita ni
pun Allah dah letakkan sesuai dengan kemampuan kita.
Penilaian Allah terhadap kita bukan kepada berapa mumtaz yang
diperolehi tetapi sejauh mana usaha yang kita lakukan untuk mencapai kejayaan
itu. Kalau kita usaha bagai nak rak, tapi tengok-tengok result yang dapat
kurang berbanding orang yang kita tengok tak baca buku sangat pun tengok citer
korea je lebih, mungkin itu ujian Allah kepada kita. Yang paling penting kita
dah usaha sehabis baik. Bersangka baik dengan Allah itu sangat penting.
Jika SMS menjadi penghubung antara orang Malaysia dan Mesir.
Penghubung kita dengan Tuhan pula adalah doa.
“Dan apabila hamba-hambaKU bertanya kepadamu mengenai-KU maka
beritahu kepada mereka sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir kepada mereka.
Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka
hendaklah mereka menyahut seruan-Ku dengan mematuhi perintah-Ku dan hendaklah
mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul”
(Surah
Al-Baqarah: 186)
Doa ni ajaib sangat. Dengan doa, ada orang yang dia sakit teruk
sampai rasa tak ada harapan boleh sembuh. Doa itu penghubung antara hamba
dengan Allah tanpa perantaraan. Firman Allah: Berdoalah kepada-Ku nescaya Aku
perkenankan kepadamu.
Semua doa menjelma melainkan orang itu tidak bersungguh-sungguh.
Sedangkan iblis meminta supaya Allah panjangkan umurnya sampai kiamat Allah
perkenankan, tak kan Allah tak terima doa orang yang solat dan minta kepada
Dia. -Dr.MAZA-
Apa pun, usaha yang kita lakukan mesti adalah yang paling terbaik.
Bukan sekadar mengharapkan keajaiban doa. Ya, benar Allah itu bersifat Maha
Mendengar. Tetapi itu bukan menjadi tiket untuk kita mengharapkan ‘miracle’ doa
semata-mata. Kerana Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan
mereka mengubahnya dengan tangan mereka sendiri. Selepas berusaha dan berdoa,
serahkan selebihnya kepada Allah. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk
hamba-hambaNya.
Jadi, sahabat-sahabat semua, kalau rasa tiba-tiba down, stress tak
ada semangat nak study mungkin boleh berhenti sebentar ambil wuduk, solat 2
rakaat doa supaya Allah datangkan ketenangan hati dan permudahkan segala urusan
kita. Al-Quran pula jangan dilupakan. Sempena ‘exam fever’ yang bakal datang ni
marilah kita sama-sama perbaiki hubungan kita dengan Allah, mak ayah, ahli beit
dan kawan-kawan. Kalau berdoa, jangan lupa doakan kejayaan sahabat-sahabat kita
yang lain juga. Kita exam bukan sekadar untuk lulus dan naik tahun tapi kita
nak keberkatan ilmu itu yang paling penting. Jadi jangan lupa tajdid niat
sewaktu menuntut ilmu atau study. Ilmu yang kita belajar bukan setakat nak
tulis atas kertas exam tetapi kita nak aplikasikan ilmu yang kita dah belajar
untuk merawat pesakit nanti. Semoga Allah kurniakan kita semua kejayaan bukan
setakat di dunia tetapi juga di akhirat sana kelak.. InsyaAllah…..
Berdoalah kepada-Ku (Allah) dalam keadaan kamu yakin akan diterima.
Allah tidak menerima doa daripada hati yang lalai.
KITA BERJAYA BUKAN SEBAB USAHA SEMATA-MATA TETAPI KERANA RAHMAT
ALLAH. Letakkan usaha dihadapan, doa di pertengahannya dan tawakkal di
pengakhirannya…
FARAHDINA BINTI
MOHD FAUZI
2 comments:
nice lorh..:)
whooooooaaaaaaaa
rasa benar benar terpukul
menguraikan hati yang tersimpul!
apa yang dilakar memang betul
imanlah yang selama ini tumpul
-yg bakal turun takhta
Post a Comment