Saturday, April 21, 2012

Pilihanraya GEN9 2012/2013



Bismillahirrahmanirrahim..

Segala puji bagi ALLAH Tuhan pemilik sekalian alam,selawat dah salam ke atas junjungan mulia Rasulullah S.A.W dan keluarga baginda yang disucikan. Alhamdulillah pada saat ini kita masih lagi dipinjamkan kehidupan dan dunia beserta isinya oleh ALLAH walaupun tidak pernah kita berdoa untuk meminjam dariNya.

Bermulanya kehangatan ‘summer’ di musim yang hangat ini memberikan petanda bahawa sudah hampirnya kita dengan satu fatrah yang akan menggetarkan setiap jiwa yang bergelar mahasiswa yang digelar sebagai fatrah imtihan dan insyaALLAH beberapa bulan lagi kita akan melangkah ke tahun yang baru sebagai mahasiswa Perubatan di bumi Mesir yang barakah ini. Jadi lazimlah ke atas kita warga GEN9 untuk memilih barisan pimpinan baru yang akan memimpin dan memacu kita sebelum kita melangkahkan kaki ke sesi akan datang. Memilih yang baru bukanlah bermaksud yang lama sudah berkarat ataupun diserang kulat, cuma sudah menjadi sifat manusia sejak azali untuk mencuba suatu yang baru.

Maka hadirnya saya di blog yang sememangnya jarang saya jelajahi ini kalau nak dibandingkan dengan laman muka buku, 9GAG dan Youtube adalah kerana amanah yang telah diberati keatas saya untuk menghangatkan dan memberi stimulasi kepada sahabat-sahabat ikhwah dan akhawat berkaitan dengan Pemilihan Ahli Jawatankuasa Batch 2012/2013 yang sememangnya sudah hangat diperkatakan di medan-medan perbualan. Seribu kemaafan saya pohon dari sahabat-sahabat jika apa yang sahabat-sahabat sekalian akan baca ini tidak memuaskan hati-hati sahabat sekalian dan tidak mencapai tahap ISO yang telah ditetapkan.



 MENGAPA SAYA PERLU MEMILIH?

Soalan ‘hot’ yang pada hemah saya sepatutnya sudah terjawab dalam diri para mahasiswa tambah-tambah lagi bagi kita yang menuntut ilmu Perubatan di bumi ‘kinanah’ ini. Tidak ada bezanya pemilihan kali ini dengan pemilihan-pemilihan pemimpin melalui wadah-wadah lain seperti pilihanraya PERUBATAN yang telah berlangsung pada musim dingin baru-baru ini mahupun pilihanraya bagi memilih pemimpin-pemimpin Negara yang hangat diperbualkan di Malaysia dan Mesir pada saat ini.
            
Suka saya disini untuk membawakan beberapa dalil dan hujah tentang pemilihan pemimpin yang telah diwasiatkan kepada kita.

“Dan berkatalah nabi Musa kepada saudaranya nabi Harun (semasa keluar menerima Taurat) gantikanlah aku dalam (urusan memimpin) kaum aku, janganlah kamu mengikut jalan orang-orang yang melakukan kerosakan.”- Al-A’raf ayat 142

Baginda Rasulullah S.A.W menegaskan dalam satu hadisnya yang bermaksud daripada Abu Said dan Abu Hurairah : “Apabila tiga orang keluar bermusafir, maka hendaklah mereka memilih salah seorang menjadi ketua (pemimpin).” Hadis riwayat Abu Daud

Sayyidina ‘Umar bin Al-Khattab berkata “Tidak tertegak Islam melainkan dengan usaha berjama’ah. Tidak bermakna jama’ah melainkan dengan pimpinan. Dan tidak berma’na kewujudan pimpinan kecuali diberi ketaatan oleh anggota kepadanya.”

Maka jelaslah bagi kita bahawa memimpin dan dipimpin itu adalah satu perkara asas bagi seorang manusia. Sedangkan bermusafir pun kita disuruh untuk melantik seorang ketua  apatah lagi bila kita bersama dalam satu jemaah di dalam GEN9 yang boleh saya ibaratkan seperti sebuah kapal besar yang akan membawa kita ke satu destinasi. Mana mungkin kita mampu untuk tiba ke destinasi sambil menghirup udara segar dan menikmati keindahan alam tanpa ada seorang nakhoda yang mampu memacu kapal tersebut. Betapa pentingnya peranan seorang pemimpin bagi menjamin kita sama-sama dapat menggapai matlamat dalam mengejar cita-cita.


SIAPA YANG PATUT SAYA PILIH?
          
Pilihan adalah terletak di tangan anda. Namun ada beberapa ciri-ciri kepemimpinan yang harus ada pada seseorang yang dikatakan layak untuk diangkat sebagai pemimpin Islam. Tidak dapat tidak,seorang pemimpin Islam haruslah memiliki dan mengikuti sifat-sifat yang dimiliki oleh Junjungan Besar Rasulullah SAW. Rasulullah SAW tokoh terbaik untuk dijadikan kayu ukur bagi menjadi seorang pemimpin yang mampu memimpin orang yang dipimpin melalui jasadiyyah dan ruhiyyah. Sememangnya mustahil untuk melahirkan seorang pemimpin yang berperibadi 100% seperti peribadi Rasulullah SAW,namun harus diingat bahawa barang siapa yang paling hampir sifat-sifatnya dengan Rasulullah maka dia adalah orang yang paling mulia antara kita dan merupakan individu yang paling layak untuk diangkat menjadi pemimpin.

“ sesungguhnya penolong kamu tidak lain melainkan Allah dan Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman  yang mendirikan shalat dan mengeluarkan zakat, sedang mereka merendah diri. Dan siapa yang menjadikan ketua akan Allah dan Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman, maka sesungguhnya golongan Allahlah yang akan menang”. ( Al Maidah :55-56)

Rasulullah saw bersabda, Sesungguhnya orang orang yang adil di sisi Allah berada pada mimbar-mimbar cahaya pada kedudukan tinggi yang terpuji dan masing masing kedua tangannya terpuji. Orang orang yang adil dalam menerapkan hukum mereka dan ( adil ) pada keluarga serta pada apa yang  mereka pimpin”. ( H.r. Muslim)




Faktor paling penting yang perlu ada pada seorang pemimpin adalah seorang yang mampu untuk memimpin diri sendiri,masakan mampu untuk membimbing orang lain sedangkan diri sendiri masih lagi terumbang ambing hanyut dalam keenakan dunia. Oleh itu,dapatlah saya simpulkan  beberapa sifat yang perlu ada pada seorang untuk diangkat sebagai pemimpin dalam konteks kita sebagai mahasiswa. Semoga mampu membantu sahabat-sahabat untuk membuat keputusan yang bijak dan terbaik sepanjang tempoh pemilihan dijalankan.
  • Seorang pemimpin haruslah seorang yang berusaha untuk mengamalkan sifat-sifat wajib bagi Rasulullah iaitu Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fathonah.
  • Seorang pemimpin haruslah mempunyai fikrah yang jelas
  • seorang pemimpin perlu kuat jasmani, rohani dan emosi nya kerana memimpin adalah amanah,dan amanah adalah suatu yang berat
  • seorang hamba yang taat pada rabb dan patuh dengan setiap syariatNya 
  • berhati suci dan mulia
  • membuat kerja secara tersusun
  • Seorang yang matang tingkahlaku dan pemikirannya
  • perlu mempunyai pengalaman dan kebolehan dari sudut kefahaman, kerja dan pentadbiran.  
  • Seorang yang mempunyai kemahiran komunikasi dan sosial yang baik
  • Berupaya untuk mentadbir dan memberi arahan secara hikmah
  • Stabil dalam pembelajaran

  • Dan lain-lain




           Sudah menjadi kewajipan dan tanggungjawab saya dan sahabat-sahabat sekalian yang mengaku bahawa kita bersatu dan bernaung dibawah payung GEN9 ini untuk membuat keputusan terbaik bagi memilih barisan kepimpinan yang akan memimpin kita pada tahun hadapan. Sedarlah bahawa hakikatnya kita semua adalah pemimpin dan paling kurang kita harus memimpin diri sendiri dan kita akan dipertanggungjawabkan dihadapan ALLAH berkaitan dengan apa yang kita pimpin. Mana mungkin seorang pemimpin gagal untuk membuat pilihan yang bijak untuk menjamin kesejahteraan masing-masing di masa hadapan. Semoga apa yang kita akan sepakati nanti dilimpahi rahmat oleh ALLAH dan semoga kita dijauhkan daripada melakukan kesilapan dalam memilih individu yang selayaknya. Jadi jangan lupa temujanji kita pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan oleh JPR:

22 April:                Proses pencalonan
25 April:                Pengumuman calon yang bakal bertanding
26-3 April:            Permulaan tempoh berkempen
3-4 Mei:               Sesi pengundian atas talian
6 Mei:                   Pengumuman keputusan undian
            
Akhir kalam,sekali lagi saya memohon beribu-riban kemaafan jika ada kesilapan dan kesalahan fakta yang saya berikan. Dan jika ada terkurang gula dan garam sepanjang penulisan ataupun tulisan saya ini memang kurang menarik minat anda untuk membaca.Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dari kalam yang kerdil ini. Sememangnya saya bukan dilahirkan untuk menjadi penulis. Bukan salah saya jika sahabat-sahabat terasa bosan membaca,kerana anda yang baca,bukan saya. Selamat memilih.

“PILIHAN KITA, MASA DEPAN KITA..”










Aimatnuddin Husairi bin Hussain GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

6 comments:

pikachu said...

masyaAllah aimat ke tulis semua benda ni

peminat aimat said...

Mantap dowh aimat

Ammar Hamzah said...

Boleh calonkan Aimat x?

ejahchan said...

syabas!

Anonymous said...

aimat fan club here =)

Anonymous said...

ni kene hack ni!