Tuesday, March 6, 2012

[WritingCraze] Maklumat lanjut





Assalamualaikum wbt.

Kami di pihak yang bertanggungjawab mengelolakan blog batch ini merasai juga akan kehambaran blog ini.
Bukan sahaja anda, kami juga pembaca seperti anda.
Dengan mengambil pertimbangan daripada pelbagai pihak,
Serta berbagai eksperimen dan kajian telah dijalankan,
Feedback yang diterima daripada borang muhasabah tempoh hari juga tidak dilupakan.
Antaranya terdapat komen blog batch kurang meriah.

Jadi,
kami (sekali lagi) di pihak yang bertanggungjawab, membuat keputusan untuk mewajibkan setiap ahli batch gen09 untuk membuat sekurang-kurangnya satu blogpost di blog batch ini.
Dengan pelaksanaan satu aktiviti yang mengambil jangka masa yang agak lama bermula 7/3 2012.
Aktiviti ini tidak lain dan tidak bukan dinamakan "Writing Craze" seperti yang telah diuar-uarkan sebelum ini.



Post anda hendaklah.
1-Ditaip bukan ditulis.
2-Kreativiti sendiri
3-Mempunyai gambar
4-Bermanfaat atau tidak. Lebih elok bermanfaat.
5-Tiada format. Boleh buat dalam bentuk surat rasmi atau tidak rasmi, berita, laporan, bibliografi dan sebagainya yang dirasakan relevan.



Sila rujuk nama anda didalam jadual ini.
Jika bertuah tahniah!
Jadual

Jika anda takut bahan bacaan anda tidak menarik dan sebagainya,
percayalah,
"A journey of a thousand miles start with a single step"
Jangan risau,
InshaAllah semua warga Gen09 terlibat kecuali beberapa personaliti.

Tetapi jangan jadikan jadual ini sahaja sebagai sebab untuk anda menulis sesuatu post.
Anda digalakkan juga untuk menulis apa-apa sahaja pada bila-bila masa (not restricted to a certain time)

Sebarang pertanyaan boleh dikemukan didalam ruangan komen dibawah atau diajukan terus kepada Unit Tugas2 Khas & Multimedia.
Terima Kasih.

Kami mengharapkan komitmen yang baik daripada anda.

Majulah Gen09 untuk Ummah.

Ammar Hamzah GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

2 comments:

Aizzuddin said...

Nama saya tiada di sana.

AmmarHamzah said...

Kerana anda tidak bertuah.
maaf