Wednesday, March 7, 2012

Bukan Kerana Nama



Assalamualaikum W.B.T

Segan rasanya nakberceloteh di sini. Risau tulisan kali ini tak bermanfaat dan tak menambahpercambahan minda kalian. Jadi awal-awal lagi saya nak mintak maaf ye, kot-kotlah tetiba tengah baca rasa “Cis, membazir masa aku je baca blogpost Adilahni!”

Dua tiga hari lepas saya teringin betul makan donut. Ditambah lagi badan taksihat (mungkin disebabkan perubahan cuaca agaknya), psikologi seolah-olahmenyuruh saya supaya memanjakan diri ini lagi. Di kepala asyik terbayang donutsahaja.

Nak mengharapkan diri sendiri nak buat, tak ada arah ler. Sejak percubaanpertama membuat donat kurang menjadi, semangat menguli donut jatuhmerudum-rudum! Jadinya, option yang tinggal hanyalah, pergi kedai dan beli. Namun,tahu-tahu sahajalah, di Mesir ini nak cari kedai donut payah sedikit. Bukannya macam Malaysia.Petang-petang ada mak cik jual kuih, boleh beli bila-bila masa sahaja. Ah,nikmat betul balik Malaysia!

Kegilaan saya untuk makan donut akhirnya tersebar luas. Tentu sahaja denganmedium Facebook. Adalah dua tiga orang post gambar donut pada saya. Macam-macamwarna dan perisa. Yang pasti, frekuensi menelan air liur makin tinggi! Takkurang juga yang bertanya di kelas. Segan pula. Terasa diri ini dilabel sebagaibudak kuat makan pula!



Dari Abi Hamzah Anas bin Malik Radiyallahu ‘Anh Khadam Rasulullah dariNabi Muhammad S.A.W telah bersabda; Tidakberiman sesorang kamu sehingga dia mencintai sudaranya seperti apa yang diacintai untuk dirinya. Diriwayatkan olehBukhari dan Muslim.



Semalam, memangbetul rezeki saya. Kerana donut, terzahir cinta sahabat :) Hiperbola? Taklah.Terharu sungguh! Buat sahabat, terima kasih!!

Hey, donut kat Universiti Cairo tu dah la mahal! Kalau bukan sebab sayang,bukan sebab kasih, bukan sebab cinta, mereka takkan terfikir pun kan nak belidonut tu untuk saya?
Eh, kawan-kawan lain janganlah terasa. Kalau kalian takde, saya rasa saya takmampu survive di lembah Nil ni. Serius tak mampu!




Tacing pulak dah... Tapi betullah, Rasulullah pun pesan kan? Tak berimanseseorang tu kalau dia tak sayang saudara dia macam dia sayang diri diasendiri. Orang yang beriman sebenarnya orang yang bertimbang rasa dengansaudaranya. Gembira dan sedih adalah perasan yang dirasai bersama. “Terapungsama hanyut, terendam sama basah.”

Sama-sama senang,sama-sama susah. Nak buat baik dengan kawan, tak perlu fikir balasan dunia.Balasan tuhan lagi besar. Aish, rasanya masing-masing dah fakih dengan Hadithpertama dalam Hadith 40 kan? Jangan sebab salah niat, habis belaka amal kita.Lesap dan lenyap macam tu saja.

Imam Ghazali punya pendapat, ada 3 golongan kawan, tapi dia seorang pendengki!Nak tahu?

1. Tak mahu kawannya menerima nikmat, dan kemudian meminta nikmat tu berpindahpadanya.
2. Barharapagar nikmat yang ada pada kawan ni hilang. “Kalau aku tak dapat, jangan harapko dapat!.” Imam Ghazali kata golongan second ni lagi teruk daripada yangpertama.
3. Tidaksuka orang lain lebih tinggi daripadanya. Bagi dia, at least, biarlah samataraf, kalau lebih tak boleh.

“Adakah engkau yang berhak membahagikan kurnia tuhanmu? Kami telah bahagikanantara mereka kehidupan mereka dalam hidup dunia ini,”



(Surah Al Zukhruf: Ayat 32)



So, siapalah kita nak deny nikmat Allah. Kalau ada nikmat lebih tu kongsilahdengan kawan-kawan kita. Bukan setakat kawan, adik beradik, mak ayah, pak cikmak cik, sepupu sepapat pun saudara kita juga. Nikmat bukan setakat duit dan makanan. Nikmatlidah kita guna dengan perkataan dan sapaan yang baik, nikmat tangan kita guna dengan tulisanyang menyenangkan. Ye dak?

Dan, kalau cubit peha kanan, peha kiri sakit juga kan? Adik beradik kita diSyria, di Palestin yang setiap hari bertarung nyawa, bersusah payah hidup untukaqidah Islam tu, kita letak di mana? Zahirkan iman kita dengan cinta kita padamereka. Masing-masing dulu pernah belajar, iman itu membenarkan dengan lidah,perbuatan, dan hati. Pedulilah dengansaudara seaqidah kita. Kelak takut di SANA, ada yang bertanya di mana kita di saatmereka perlukan kita.

Jomjaga hak saudara-saudara kita. Kalau bukan kita siapa lagi?


Sekian.



Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insanRamli Sarip, Bukan Kerna Nama


AdiZufly GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

5 comments:

iman_insyirah said...

haha comel je dilah dgn donutnye :D
~semoga kite terhindar dr menjadi antara golongan yg pendengki,dan semoga dijauhkan dari golongan pendeki

Anonymous said...

akhirnya,
donut jugak kn dipost~~
*nice! ^^

ejahchan said...

kerana sibiji donut.. berbuah brmacam rasa.. thankx for the share dila!

Afify Shamel AbdelRazak said...

Nak rasa donut sedap dan murah,
beli kat kedai roti bawah rumah Aizu.
Serius sedap.
Lagi sedap dari House of Donut.

AdiZufly said...

Akma, itulah macam budak kecik je nak donut. Amin :)

Anon, sebab hari tu ada orang tu suruh post pasal donut... ;)

Ejah, thanks suh tulis. :D

Afifi, kalau hari-hari lalu dekat kedai tu, hari-hari makan sampai muak.. ^^