Saturday, March 3, 2012

3 MAC itu......


Bismillahirahmanirrahim..

3 MAC 1924....

3 Mac 1924 bersamaan 88 Tahun umat Islam hidup tanpa satu kekuatan yang menjadi tunjang Satu Dunia.. Tarikh 3 Mac 1924 merupakan detik kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah bermakna kejatuhan khilafah Islamiah yang satu ketika dahulu menjadi rujukan satu Dunia...


kejatuhan khilafah uthmaniyah pada tahun 1924 menjadi satu detik paling hitam kepada semua umat islam dan tarikh 3 Mac juga menandakan Islam tidak lagi berkuasa sepenuhnya di atas muka bumi Allah SWT dan juga berakhirnya kekuasaan kerajaan Islam yang telah diasaskan sejak zaman Rasulullah SAW 1400 tahun lalu...

lets look back in time
HISTORY REMINDS US..

Antara sedar tak sedar,
detik inilah telah menjadi satu detik yang telah mengubah segala-galanya
detik 3 Mac 1924 menjadi satu detik malapetaka bagi seluruh umat Islam.
Yup, seluruh umat Islam!
Detik ini secara rasminya Mustafa Kamal Attaturk Laknatullah menghapuskan Khalifah Islamiah.
Detik dimana pengasingan agama daripada pemerintahan Negara.
Detik mahkamah-mahkamah syariat ditutup.
Detik Jawatan Menteri Syariah dan Menteri Auqaf dihapuskan.
Detik keluarga khalifah Abdul Majid ke-2 serta semua ahli keluarganya dihalau dari Negara Turki.
Detik inilah maruah Islam dijatuhkan tanpa erti kemanusiaan. Detik inilah…

GARA-GARA MUSTAFA KAMAL ATTATURK MENGHAPUSKAN KHALIFAH ISLAMIAH

ingatkah kalian tentang hadis ini??

Sabda Rasulullah S.A.W. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera” (Hadis riwayat Imam Ahmad) Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam.
Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) .

Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur.

Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA


Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, 
timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. 
Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, 
“Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”.
 Tiada seorang pun yang duduk, 
kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu. 
 Baginda bertanya lagi, 
“Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk. 
 Kemudian Baginda bertanya lagi, 
“Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. 
Kali ini semuanya duduk, 
kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. 
Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. 
Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu...


MAMPUKAH KITA MENJADI SEHEBAT SULTAN MUHAMMAD AL-FATIH???

Kita, adalah penyambung rantai perjuangan

Yakinlah kita bahawa dengan Islam sahaja maka kita mampu meraih kemuliaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
Jadikanlah diri kita sebagai pejuang agama Allah bukan penentang Islam.
Ingatlah bahawa kita bukan orang pertama dan terakhir yang memperjuangkan Islam
sebaliknya kita ialah rantaian kepada perjuangan umat terdahulu dan akan datang.
Ingatlah juga bahawa kita bukan orang yang memulakan perjuangan Islam sebaliknya kita adalah penerus dan penyambung kepada tugas yang telah dilakukan oleh para nabi dan rasul serta pejuang Islam sebelum ini.
Tiada erti letih dalam berjuang jika kita yakin bahawa perjuangan Islam adalah suci sebaliknya kuffar dan golongan munafik lebih letih menentang pejuang Islam kerana mereka berjuang untuk mendapat habuan dunia berupa takhta dan harta yang semuanya berbentuk sementara. Yakinlah kepada janji pertolongan dan kemenangan daripada Allah. Islam kan subur tatkala kuffar semakin hancur, Islam kan menang ketika kuffar mula keletihan, Islam kan berdiri gagah ketika kuffar semakin lemah, Islam kan kembali merajai dunia ketika kuffar jatuh penuh hina.



10 Rancangan Kuffar Untuk Umat Islam

 1) Lenyapkan sistem pemerintahan Islam
.2) Menghapuskan Al-Qur'an.
 3) Hancurkan akhlak Muslim, fikiran , hubungan mereka dengan Allah dan bebaskan mereka mengikut hawa nafsu.
4) Lenyapkan kesatuan kaum Muslimin.
5) Ragukan kaum Muslimin terhadap agamanya.
6) Lemahkan bangsa Arab.
7) Dirikan negara diktator di dunia Islam.
8) Pisahkan kaum Muslimin dari menguasai perindustrian dan biarkan mereka hancur dengan barangan Barat.
9) Singkirkan tokoh-tokoh Islam dan tamatkan Gerakannya.
10) Rosakkan wanita dan kembangkan pergaulan bebas

Ingatlah firman Allah ayat 14 surah as-Sof

Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Mariam (ketika dia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)? Mereka menjawab: Kamilah pembela-pembela (agama) Allah! (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka jadilah mereka orang-orang yang menang.....

yang pasti ialah Islam akan menang pada akhirnya, terserah kepada kita hendak turut serta atau berpejam mata sahaja kerana janji Allah itu adalah janji yang pasti!! waallahualam..


Andai diumpamakan Islam pada hari ini seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka aku akan berjalan keseluruh pelusuk dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda. Aku tak ingin mengutip ramainya bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah" As-Syahid Imam Hassan al-Banna
fatinnur GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

7 comments:

Is said...

spe punya tulisan?

atiqah said...

terbaik

AmmarHamzah said...

Very good article here.
Tahniah

Anonymous said...

compact and very interesting..keep up ur good work..

ejahchan said...

thumb up! syukran ats blogpost yg penuh 'berisi'

nisazaidan said...

=)

munir said...

perkongsian mendalam.jzkk.

"dirikan islam di dalam hati kamu, nescaya akan terbina di atas bumi kamu" - Ustaz Hasan Hudaibi-