Saturday, March 10, 2012

Pilihan dan Dilemma


بسم الله الرحمن الرحيم

Bersyukur kita ke hadrat Allah swt atas keterusan kita untuk hidup di dunia ini, masih lagi dapat bernafas dengan kadar pernafasan yang sekata, degupan jantung yang masih berjalan, kefungsian otak yang masih normal. Juga bersyukur kita atas keupayaan dan kekuasaan yang kita perolehi dari Allah swt, kita dapat bergerak ke sana ke mari, masih lagi dapat bekerja dan belajar dengan baik, bersyukur atas nikmat yang kita perolehi sentiasa, tidak lekang dari perhatian ALLAH swt.

Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad saw, atas usaha baginda kita dapat kecapi Iman dan Islam. Usaha baginda yang sangat agung sehingga Islam tersebar luas di muka bumi ini. Adalah kita sebagai umat baginda mencontohi sifat dan akhlak yang ditunjukkan kepada umatnya.

Kita sebagai manusia yang hidup di muka bumi ini, sentiasa dikelilingi dengan pelbagai pilihan. Malahan juga, pilihan yang menjadi dilemma dalam hidup kita. Bak kata peribahasa,"Ditelan mati anak, diluah mati bapa."

Apa itu pilihan? Apa itu dilemma?



Pilihan yang bermaksud yang ditentukan, yang ditetapkan, yang disaring, yang ditapis, yang diisih. Apa maksudnya tu? Maksudnya, apabila kita didatangkan dengan pilihan yang harus kita pilih antara satu, sudah pasti kita akan ada dua jawapan atau lebih. Pasti ada yang kita tetapka utk kita pilih, sebelum kita pilih kita kan buat satingan, kita tapis, dan kita pasti akn isihkan atau sisihkan yang lain yang kita tidak mahu. Asasnya, ada yang kita akan ambil dan ada yang kita akan buang. Maka, apabila kita harus membuat pilihan tetapi ada masalah yang berlaku dalam pemilihan tersebut, itulah dilemma.

Dilema pula bermaksud keadaan yg menyebabkan sukarnya membuat pilihan antara dua al­ternatif (benda, orang, situasi, dll) atau lebih; keadaan serba salah. Itulah yang kerapkali berlaku dalam kehidupan kita, benar? Kalau tidak berlaku, alangkah mudahnya hidup kita di dunia ini. Apabila terlalu mudah, tidakkah akan rasa bosan? Hidup yang berwarna dan menarik adalah hidup yang penuh dengan ujian. Kerana ujian mengajar kita sesuatu, kerana ujian mematangkan kita. Pilihan dan dilema mematangkan kita, juga berkeputusan dengan sesuatu juga mematangkan kita.




Cuba kita lalui kehidupan seharian kita saat demi saat dari pagi hinggalah ke petang. Kita punyai banyak pilihan, bukan? Seolah-olah, bangun je pagi, kita dah mula tekan butang 'Mula' macam dalam video games. Juga ada butang 'Select' untuk kita pilih ke mana pilihan kita menyusul. Mari muhasabah diri kita masing-masing. Untuk membuat pilihan, kita mesti ada panduan. Hanyalah panduan kita dalam hidup ini yang pasti tidak akan menyesatkan adalah Quran dan Sunnah. Sabda Nabi Muhammad saw,

"Akan ku tinggalkan dua perkara, yang tidak akan menyesatkan kamu buat selama-lamanya iaitu AlQuran dan AsSunnah."

Ok, kita buat pilihan berdasarkan dua sumber utama. Kedua, kita buat pertimbangan akal dan situasi juga berasaskan kedua perkara tersebut. Maka, seterusnya kita buat pilihan mesti dengan kesan yang kita jangka. Mudah, apakah kesan pilihan kita tersebut dalam jangka masa pendek dan panjang?

"Anak Nabi Adam yang meninggal dunia akan meninggalkan semua yang dipunyainya di dunia melainkan beberapa perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak-anak soleh."

Itu kesan jangka masa panjang. Kepentingan apabila kita meninggalkan dunia ini.

"Dunia ini adalah lapangan bercucuk tanam kamu untuk hasil di akhirat kelak."

Jelas, apa yang akan kita lakukan di dunia pasti akan ada hasil di akhirat kelak. Maka, benih yang buruk (amal yang buruk), maka pokoknya buruk, buahnya masam, daunnya kering. Benih yang baik (amal yang baik), maka pokonya subur, buahnya manis, daunnya segar.



Kita sebagai manusia yang dikurniakan akal, diberikan kebebasan untuk berfikir dengan waras dan bernas untuk memilih jalan yang membuahkan hasil yang baik kepada kita, tidak kira di dunia mahupun di akhirat kelak.

Jadi, apa kata kita buat pilihan di bawah ini sbg muhasabah kita bersama:



1. Aku sudah mencelikkan mata di pagi-pagi buta: Pilihan sama ada nak terus celik atau pejamkan semula?
Terus celik > Qiam, bangun awal, Subuh berjemaah di masjid, ke kelas awal, boleh joging pada hari cuti.
Pejamkan semula > Terlepas Qiam, Subuh gajah mungkin, ke kelas lewat, amalan xsihat.

2. Aku ada kuiz dalam masa terdekat: Pilihan sama ada ulangkaji awal atau akhir minit?
Awal > Banyak benda boleh baca dan faham, boleh jawab soalan dengan baik, boleh buat soal jawab dengan kawan, tenang.
Akhir minit > Tergopoh-gapah, blur nak jawab, menyumpah sana menyumpah sini bila result xmmberangsangkan.

3. Aku ada tawaran untuk bekerja dalam persatuan, tapi aku masih lagi banyak masa lebih: Pilihan sama ada terima atau tolak?
Terima > Dapat mengisi masa lapang membantu sahabat-sahabat lain, bermanfaat kepada orang lain, kenal ramai orang bila bekerja, hasil yang diterima orang lain manfaat yang kekal.
Tolak > Masa lapang diisi dengan perkara yang tidak berfaedah, kurang bermanfaat, xkenal ramai orang, idea kurang berkembang, katak bawah tempurung, kurang hasil.

Itu adalah antara contoh yang boleh diutarakan secara teori, mungkin secara praktikal barangkali salah. Tapi inilah relaiti yang berlaku sepanjang hari sepanjang masa kita berada di Mesir ni sebagai pelajar perubatan.

Kadang-kadang kita didatangi dengan pilihan yang mengejut (yakni soalan yang xde spot). Di saat itu, kita perlu berfikir secara kreatif dan kritis untuk membuahkan satu hasil resolusi yang baik dan sempurna.

Xperlu bercakap panjang, nanti takut merapu je lebih.

Asasnya kita sama-sama fikir semula. Kita hidup di dunia ini sebagai abid kepada Allah swt. Jadi, apa yang kita lakukan di dunia perlulah bersandarkan kepada Allah swt. Kita hidup ni ada panduan dan contoh, nabi Muhammad sbg contoh yang terbaik.

Kita disajikan dengan banyak pilihan di dunia ini. Maka, pilihlah dengan sebaik mungkin. Bahkan kalau nak kahwin pun, kita mesti nakkan calon yang terbaik buat kita kan. Maka, dalam hal-hal lain juga sebegitu hendaknya. Kita pernah menjalani tajuk usrah, Ihsan. Yakni membuat sebuah perkara dengan terbaik, pada waktu yang terbaik, dengan cara yang terbaik kerana Allah swt. Dapat juga kita umpamakan dengan istilah Professionalisme. Dalam hendak membuat pilihan, tidak dapat tidak kita perlu bersikap professional.

Pada zaman sahabat dan zaman Nabi, pelbagai peristiwa boleh kita jadikan gambaran berkenaan dengan pilihan dan dilema. Pilihan diberikan kepada sahabat Nabi, Bilal bin Rabah ra, sama ada ingin terus beriman dengan Allah atau kufur. Namun atas panduan cahaya Nabi saw, Bilal tetap tabah melaungkan "Ahad, ahad, ahad!"

Kita lihat juga semasa peristiwa (maaf, ana x ingat) seorang bayi berkata-kata kepada ibunya, sewaktu ibunya berada dalam keadaan dilema sama ada ingin terjun kedalam parit api atau tidak kerana beriman dengan Allah. Bayi tersebut meyakinkan ibunya.

Maka, walaupun kita berada dalam dilema dalam membuat sesuatu pilihan, usahlah berada dalam keadaan gusar, Allah sentiasa ada. Istikharah dan doa jangan dilupakan.

"Sesungguhnya orang yang baik di muka bumi ini, adalah orang yang memberikan manfaat kepada orang lain."

Konklusinya, kita fikirkan kembali dengan apa yang kita lalui dan lakukan sepanjang hidup kita ini. Adakah ia selari dengan agama kita, adakah ia bermanfaat kepada diri atau org lain dalam jgka masa pendek ataupun panjang. Tidak dapat tidak, kita memerlukan panduan yang jelas dan pemikiran yang bernas apabila membuat keputusan dalam pemilihan. Pilihlah sesuatu yang membuahkan hasil yang baik kepada kita. Selesaikan dilema dengan berdoa kepada Allah swt.

Jadilah umat yang terbaik dengan menjadi manusia dan individu yang terbaik. Binalah khilafah Islamiyyah dalam diri anda, jikalau anda inginkan khilafah Islamiyyah tertegak di muka bumi ini.

"Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah diatas muka bumi (Adam). Maka jawab mereka itu, "Adakah patut Engkau jadikan diatas muka bumi orang yang akan berbuat bencana dan menumpahkan darah, sedang kami tasbih memuji Engkau dan menyucikan Engkau?" Allah berfirman, "Sesungguhnya Aku mengetahui apa-apa yang tiada engkau ketahui".
(Surah al-Baqarah: 30)

Kita sebagai khalifah, beraksilah sebagai seorang khalifah. Allah ketahui akan kemampuan kita. Maka, benarkanlah ayat Allah dengan menjadi khalifah yang berguna. Wallahua'lam.

Afif Fahim MD GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

1 comment:

atiqah said...

kebetulan sedang keliru dlm membuat pilihan..jzzk