Friday, August 19, 2011

Surat Buat Sahabat


Assalamualaikum w.b.t

Kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan nanti,
gunakanlah masa yang anda ada sebaiknya. Saya bersama rakan-rakan yang alin yakin dengan kemampuan kalian untuk mencapai kejayaan kali ini. Saya anggap peperiksaan ini adalah satu ujian kepada sahabat semua dengan tujuan menyedarkan diri kita tentang kesilapan yang pernah kita lakukan dahulu. Sedarlah bahawa Allah tidak memberikan ujian yang besar kepada mereka yang imannya kecil.

Tak kiralah berapa kertas yang perlu anda duduki semula, menerima ketentuan-Nya dan bersabar dalam mujahadah anda merupakan anak kunci kepada pintu kejayaan anda.

Kepada pelajar yang akan menunaikan umrah,
manfaatkanlah masa kalian di sana untuk mencari keampuann dan rahmat Ilahi. Bersyukurlah kalian kerana diberi peluang dan dipermudahkan jalan untuk menunaikan umrah pada tahun ini. Ditambah pula dengan limpahan kewangan, tubuh badan yang muda dan kuat malah ditemani oleh rakan-rakan yang disayangi.

Pastikan anda memohon supaya diberikan pertolongan dan kejayaan kepada rakan-rakan kita yang akan bertarung dengan musuh-musuh lama (peperiksaan).

Semoga kalian balik dengan kepuasan beribadah.

Kepada pelajar yang berada di Malaysia,
pastikan kalian berbakti kepada ibu bapa dan keluarga. Jangan leka dengan keselesaan hidup di sana dan penuhi masa anda dengan aktiviti yang mendatangkan manfaat untuk dunia dan akhirat.

Ditekankan di sini supaya kalian berpegang dengan nilai-nilai yang anda amalkan di Mesir, baik dari segi berpakaian, akhlak, hubungan berlainan jantina dan etika keluar malam.

Kepada pelajar yang berada di Mesir,
hayatilah Ramadan yang masih berbaki serta Syawal yang bakal menjelang tiba. Berilah sokongan kepada persatuan masing-masing dengan memeriahkan program dan sambutan yang dianjurkan.

Yang benar,
AHMADF AIZZUDDIN BIN DAUD
Unknown GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

No comments: