ISLAM AGAMA YANG SYUMUL
Islam adalah agama yang syumul, bukanlah hanya berbentuk ikatan akidah dan
kepercayaan semata-mata sebagimana dakwaan sebahagaian golongan yang telah
memesongkan agama yang dibawa nabi terdahulu sehingga menjadikan Islam sebagai
agama yang hanya berlegar dalam lingkungan ibadah semata-mata tanpa ada kaitan
dengan kehidupan seharian manusia.
Kesyumulan Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan seharian dari ‘seawal
bangkit tidur sehinggalah kembali ke tempat tidur’ dan dari sekecil-kecil
perkara seperti gosok gigi, adab masuk tandas kepada perkara-perkara besar
melibatkan pemerintahan dan sebagainya.
POLITIK= KEPIMPINAN=PILIHAN RAYA
Apakah kaitan POLITIK dan Pilihan Raya batch ?
Politik dalam bahasa Arab adalah merujuk kepada siyasah. Dari sudut bahasa adalah membangunkan ke atas sesuatu perkara
yang membawa maslahat kepadanya.
Perkataan asal bagi siyasah adalah merujuk kepada sin-waw-sin iaitu kepimpinan dan bermaksud menguasai,
memerintah, mentadbir, memimpin, memandu-arah, menyuruh, menegah, mengurus,
menyusun-atur, mengawal dan sebagainya.
Justeru, politik itu membabitkan perbincangan ke atas sesuatu urusan pentadbiran atau kepimpinan dan menguruskan masyarakat tersebut dan diterjemahkan sebagai suatu undang-undang yang diputuskan bagi menjaga adab serta kemaslahatan dan untuk mensistemkan keadaan atau dalam skop kita sekarang adalah sistem keadaan politik komuniti gen 09.
Di manakah keterlibatan kita dalam politik ini?
Justeru, politik itu membabitkan perbincangan ke atas sesuatu urusan pentadbiran atau kepimpinan dan menguruskan masyarakat tersebut dan diterjemahkan sebagai suatu undang-undang yang diputuskan bagi menjaga adab serta kemaslahatan dan untuk mensistemkan keadaan atau dalam skop kita sekarang adalah sistem keadaan politik komuniti gen 09.
Di manakah keterlibatan kita dalam politik ini?
MELALUI PILIHAN RAYA KECIL KOMUNITI GEN 09.
Pilihan raya merupakan satu medium di mana setiap rakyat atau ahli diberi hak untuk menjadi hakim yang bebas dan adil. Setiap ahli berhak menyuarakan pendapat serta pandangan dan berkuasa untuk memilih kepimpinan yang dikehendaki.
KEWAJIPAN UNTUK
MEMILIH
Terkadang kita tidak mahu terlibat dalam memilih pemimpin
, sehingga memilih untuk bersikap tidak memilih. Sikap tidak memilih pemimpin
merupakan satu sikap yang KURANG baik.
Dalam Islam, kepemimpinan itu penting, sehingga Rasulullah bersabda: “Jika kalian bermusafir, pilihlah satu orang menjadi pemimpin. Jika hanya berdua, maka salah satunya jadi pemimpin. Solat wajib pun yang paling afdhal adalah yang ada pemimpinnya (imam).”
Soalnya..siapakah yang selayaknya dipilih?
Allah berfirman: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya
menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan
apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu
menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran
yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi
sentiasa Melihat. (AnNisa’ : 58)
Pada Permulaan ayat 58 menyebut “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)” merujuk kepada amanah kepimpinan dan tugas eksekutif iaitu setiap individu ataupun kumpulan organisasi memberikan amanah, kepercayaan serta hak kepada seseorang yang layak untuk melaksanakan sesuatu tugasan ataupun menjawat sesuatu jawatan.
Pada Permulaan ayat 58 menyebut “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)” merujuk kepada amanah kepimpinan dan tugas eksekutif iaitu setiap individu ataupun kumpulan organisasi memberikan amanah, kepercayaan serta hak kepada seseorang yang layak untuk melaksanakan sesuatu tugasan ataupun menjawat sesuatu jawatan.
Ayat di atas jelas menunjukkan Allah memerintahkan umat
Islam agar menyerahkan amanah mereka hanya kepada orang yang layak serta dipercayai untuk menanggung tugas
tersebut. Dan di antara amanah yang paling besar ialah amanah
untuk ‘menegakkan agama dan memerintah berlandaskan tuntutan agama.
Dalam mana-mana konteks pemerintahan, barangsiapa menjadi
pemimpin atau ketua, maka dia bertanggungjwab kepada ahli di bawahnya.
Bilamana Allah memerintahkan umat Islam agar menyerahkan amanah kepada mereka yang layak, jelas menunjukkan kepentingan untuk melibatkan diri dalam urusan memilih pemimpin dari sekecil-kecil organisasi hinggalah kepada urusan pemilihan pemimpin negara untuk kemaslahatan bersama.
Tidak dapat tidak, menjadi kewajipan kepada setiap individu itu untuk menempatkan seorang yang ahli ataupun pakar untuk menguruskan sesuatu tugas tersebut.
Jadi kalau negara perlu untuk kita libatkan diri, KENAPA tidak dengan pilihan raya batch GEN 09?
Gunakanlah hak untuk memilih ini dengan sebaik-baiknya.
Persoalan "memilih" dalam hidup ini adalah tiada pilihan. Mesti
memilih. Jika tidak, kehidupan akan terhenti disebabkan kerosakan akibat enggan
memilih. Samalah kerosakannya dengan memilih perkara yang salah. Ini kerana
enggan memilih adalah bermaksud memilih untuk menafikan hak kemestian memilih
dalam kehidupan. Maka, selain mesti memilih, pilihan itu juga mestilah tepat.
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran, dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.”
(Al-Masidah: 8)
Islam mewajibkan pemimpin supaya bersikap adil dalam
semua keadaan. Ini menunjukkan keadilan Islam bukannya satu teori, tetapi ia
adalah perintah Allah yang telah termaktub dalam Al-Quran.
Antara ciri-ciri pemimpin yang perlu ada secara ringkasnya:
TAAT KEPADA PIMPINAN
Rasulullah S.A.W bersabda : “Ketaatan terhadap pemimpin
hanya dalam perkara yang baik.” Ucapan ini menafsirkan perintah Allah yang
dihayati di masa baginda sendiri menjadi ketua negara dan wajib diikuti oleh
umatnya.
“Wahai
orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada
Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari
kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu
perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran)
dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat.
Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.”
Selagi mana
pemimpin itu taat kepada Allah dan Rasul, selagi itulah kita memberi ketaatan
kepada mereka.
UNTUK YANG BAKAL
MEMIMPIN
Untuk yang bakal dipilih dan BAKAL MEMIMPIN,
Untuk yang bakal dipilih dan BAKAL MEMIMPIN,
Al-Alusi menyebut tentang amaran Saidina Ali R.A mengenai taklifan
memimpin,
"Anakku, awasilah
kalian dalam memimpin, sesungguhnya Allah akan menyoal siasat satu persatu pada
hari akhirat."
Nasihat ini seharusnya dijadikan jendela untuk melihat ke akhirat oleh
setiap pemimpin, dari amalan mereka di dunia. Impak pengabaian amanah ini tidak
hanya habis di dunia, tetapi orang yang tertindas dan terabai akan mendapat
pembelaan suatu hari kelak, sama ada di dunia ini ataupun di akhirat
Ucapan Saidina Abu Bakar R.A apabila
dipilih menjadi ketua negara selepas wafatnya Rasulullah S.A.W :
“Wahai tuan-tuan! Saya telah
dipilih menjadi pemimpin kamu, padahal saya bukannya orang yang terbaik di
kalangan kamu. Sekiranya saya dalam keadaan yang baik tolonglah saya, sekiranya
saya dalam keadaan yang buruk perbetulkan saya. Benar adalah amanah, bohong
adalah khianat ......”
Beginilah juga ucapan setiap
pemimpin yang dilantik selepasnya.
Inilah contoh keterbukaan seorang pemimpin yang menjadi teladan, meminta
semua pihak berlaku ikhlas dan berani, jangan mengampu sehingga berbohong, yang
betul dibantu, yang salah diperbetulkan, dan yang mana silap ditegur secara
beradab.
SELAMAT MENGUNDI DAN BERTANDING PR GEN 09 YANG TERAKHIRI!
TUNAIKAN KEWAJIPAN ANDA.
-FATIN BAHARIN-
No comments:
Post a Comment