Monday, April 15, 2013

Bebaskan




“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan Wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”
Surah Al-Nur (24): 26

“Macam mana kalau Riya, macam yang dilihat begini, tapi dulu Riya bukan baik pun. Riya akan ditakdirkan dengan siapa?” dadanya separuh sesak.

                “Dengan orang yang macam Riya, boleh jadi dulu dia pun bukan baik juga tapi kini dia berubah sungguh-sungguh menjadi baik. Tak mustahil kan?” pantas beliau memberi contoh mudah.

Tidak diduga, hidayah itu bukan datang dari sekolah agama yang dihuninya selama 5 tahun. Berjam-jam insan tersebut memujuk hati yang putus asa mencari Tuhan, sehingga kisah bidadari syurga pun diulang cerita. Belum pernah orang menceritakan cerita syurga seindah begitu.

Sekejap ditarik ke kanan, sekejap ke kiri. Sudah bertaun-tahun melihat kedua-duanya. Kali ini Riya tekad. Sama ada kanan atau kiri.

Dengan terjawabnya soalan tersimpan selama beberapa tahun, gambaran makin jelas.  Jika mahu berubah, apa difikirkan andaian lain? Apa ditimbang pandangan cetek sekeliling? Tidak perlu.

Satu sahaja, berubahlah dengan sungguh-sungguh. Berpatah balik jangan, menoleh sedikit ya, supaya mata sentiasa awas dalam pengembaraan ke hadapan.

Riya memilih kanan. Satu suara suci membisik,

“Riya, peribadi kamu belum berjenama. Teruskan proses penjenamaan itu. Allah sentiasa menolong.”

nota: Babak rawak untuk awak kalian.
Maryam.
Maya Dealove GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

No comments: