Monday, January 7, 2013

Selamat Maju Jaya





Didalam fatrah imtihan ini, saya kira ada antara kita yang sudah memasuki bab-bab terakhir pembacaan buku kuningnya. Mungkin juga ada yang sibuk memenuhkan kekosongan table-table score, almaklumlah buku berjudul Praktikal Manual itu bakal menyumbang markah peperikasaan final nanti. Dan mungkin juga ada yang seperti saya, masih terkial-kial menggaru kepala memikirkan di mana nak mula.

Walau apa pun situasi, di mana pun page kita berada, sahabat , masih ada waktu bagi kita in sya Allah.
Dalam kita sibuk memenuhkan masa dengan menelaah subjek kesihatan ini, haruslah (wajib sebaiknya) jangan dilupakan tuntutan-tuntutan lain antaranya:

Tuntutan kepada ahli rumah.

Saya yakin dan pasti 4 tahun pengalaman -berdiri di atas kaki sendiri- bersama ahli rumah masing-masing telah mendewasakan setiap ahli generasi ini. Yelah, jika dikira pun kita sudah banyak kali diingatkan oleh sahabat yang berlainan membuktikan kebanyakan ahli telah sangat masak dengan hal yang satu ini. Namun, sebagai manusia ,mungkin ada kalanya, kita terlepas pandang, (sedangkan menteri pun ada salahnya, apatah lagi kita yang pelajar ini). Jadi ketika inilah jalinan ukhuwah di uji. Mainkan peranan sebagai sahabat, saling ingat- mengingatkan. Kata mahu menjadi seorang yang multi-tasking dan fleksibel.


Tuntutan kepada ibu bapa.

Teringat ketika berbual, saya dan beberapa sahabat diminta memberikan kalam taujihad penaik semangat sempena endround ini , ada yang mengatakan, ayuh, kita kejar MUMTAZ (dengan penuh semangat)!

Sahabat yang lain pula menambah, “kalau boleh kita nak berjaya sama-sama. Jadi setiap kali doa, jangan lupa, doakan kawan-kawan sekali. Doakan senjata kita .”
“ yang paling penting restu ibu bapa. Sebelum exam, JANGAN LUPA call parents minta doakan dan solat hajat.”
Siapalah kita tanpa mereka, kalau bukan doa mereka siang malam untuk kita, mungkin tidak ketahap ini kita berada.



Tuntutan sesama muslim.
“ sesiapa yang tidak mengambil tahu tentang saudaranya, maka dia bukanlah dari kalanganku.” Alhadith -

Setiap kali berbicara perihal cakna, saya pasti teringat dengan hadis ini. Tidak terbayang bagaimana rasanya, andai diri tidak diakui Nabi junjungan.

Sebagai pihak yang mengambil tahu, pun ada adabnya. Kita diajar untuk menilai maklumat yang sampai bukan menerima secara bulat-bulatannya. Apa sahaja maklumat yang sampai, tidak kiralah dari mulut ke mulut (walaupun orang yang kita percaya,lagi- lagilah kalau orang asing yang jauh dari kita), mahupun pembacaan, sewajibnya wajar kita pertimbangkan terlebih dahulu sebelum membuat konklusi. Lihatlah dari semua penjuru. Tapislah informasi tersedia dengan tapisan iman. Lapangkan dada dan doa semoga Allah tunjukkan kita jalan yang benar.



Saya tertarik dengan satu analogi, tentang bahayanya tersalah faham dan bertambah bahaya jika fahaman itu di sebarkan.

Suatu pagi, seorang guru yang sangat bersemangat mengajar anak muridnya tentang bahaya minuman keras, menjalankan eksperimen keatas 2 ekor cacing yang mana satunya diletakkan kedalam segelas air kosong dan satu lagi diletakkan ke dalam segelas air berisi arak. Semua murid memberikan sepenuh perhatian keatas reaksi yang bakal kelihatan. Seperti jangkaan, cacing di dalam gelas air mineral itu terapung berenang . Manakala, cacing didalam gelas berisi arak menggeletek mati.

Lalu guru itu pun bertanya,“Baik murid-murid, apa yang kalian dapat dari eksperimen sebentar tadi?

Dengan yakin, anak-anak murid yang naïf pentakwilannya, menjawab, “untuk mengelakkan kecacingan, minumlah arak ....” .

Nampakkan, bahayanya?

Akhir kalam, selamat maju jaya.
-Lau kana bainana, apa yang akan baginda rasa sekiranya baginda melihat kita? JOM study! :)

P/s: Maaf tersalah bahasa atau kata (pembetulan amat dialukan) atau terguris ke, dengan penulisan ini. Semoga bermanfaat.

Daripada : Rauzan Hayati

Anonymous GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

3 comments:

beruanglegend said...

erk bukan cicak, cacing kan ?

RAuzan hayati MOhd HAsnan said...

Aah cacing, sje je tukar... Nk tgk ada x y cakna. :D

~ xdala, sbnr tulis dn bce d mlm hari , jdnya xbrp nk betul. Terimakasih pembetulan.

Maaf, kwn2 sila tukar cicak kpd cacing.

beruanglegend said...

>.<