Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum kepada pembaca2 yang dihormati sekalian..Jika seorang pendidik di sekolah disebut 'teacher', di perguruan tinggi disebut 'lecturer' atau 'professor', di rumah-rumah secara peribadi disebut 'tutor', di pusat-pusat latihan disebut 'instructor' atau 'trainer' dan di lembaga-lembaga pendidikan yang mengajarkan agama disebut 'educator'. Jadi di mana kita nak spesifikkan gelaran SM (Subjek Master)??
Seperti sahabat2 semua sedia maklum, SM ini tidak lain dan tidak bukan dicipta dan dibentuk oleh Gen09 sendiri sejak tahun 2009/2010 lagi. Namun, mungkin masih ada di antara kita ini masih belum cukup jelas dan memahami tugasan2 ataupun skop tugasan bagi seseorang yang bergelar SM dalam organisasi Batch Gen09.
SM bergerak di bawah AJK Akademik Gen09 yang mendapat pengawasan secara langsung oleh Majlis Tertinggi Batch dari semasa ke semasa. Walaupun SM ini mungkin kelihatan seperti AJK2 kecil di bawah AJK Akademik batch, namun mereka ini boleh dikatakan sebagai salah satu 'secrect weapon' yang perlu digunakan untuk menembusi tembok2 imtihan yang saban tahun semakin besar, kuat dan sukar untuk diharungi.
SM ini juga merupakan salah satu aset yang cukup penting dalam menjaga kepentingan akademik batch khususnya. Bagi setiap SM yang terpilih, mereka akan diberi taklifan dengan subjek2 yang tertentu. Mereka boleh juga digelar sebagai model, bahan rujukan, pencetus semangat dan lain2 lagi. Berikut adalah individu2 yang menjadi sukarelawan dalam memegang gelaran SM:
~PharMa.~
ikhwah: AMIR ASYMUNIR BIN MOHAMAD
akhawat: NURUL ATIQAH MOHD AZMAN
~PaTho.~
ikhwah: MOHAMAD SUAIDI BIN MOHD SAZALI
akhawat: NUR NABILAH ATIQAH ABD WAHID
~PaRasit.~
ikhwah: MUHAMMAD SYIHAM BIN ROSLI
akhawat: NUR A'FIFAH RAHIMI
~MicRob.~
ikhwah: MUHAMMAD AFIQ HIDAYAT BIN ZAILANI
akhawat: AQILAH ABD RAZAK
Jadi, bagaimanakah SM ini bergerak? Akan saya senaraikan secara umum dan ringkas gerak kerja sebagai seorang SM bagi menenangkan hati sesetengah daripada kita yang mungkin tertanya-tanya sejak dari semalam lagi..
1) Membantu ahli2 Gen09 dalam subjek yg telah ditaklifkan kepada beliau (specialist)..subjek lain (sub-specialist).
Cth:- penetapan soalan2 kuiz, moderator dlm media batch (forum, YG dan blog), tutor, pengumpulan alternatif nota selain department dan etc.
2) Berhubung dengan pihak Department
Cth:- stay contact with the lecturer/prof. (take number or anything)
3) Ambil perhatian terhadap pergerakan dan perkembangan Department.
Cth:- exam posting.
4) Pengurusan Tuisyen/Kelas Tambahan (Di luar, Department ataupun secara individual)
Secara totalnya, mereka merupakan teras yang sangat diperlukan dalam Biro Akademik Batch Gen09 bagi membantu para sahabat sekalian dalam mengharungi rintangan pelajaran khususnya untuk terus hidup di dalam lautan Medik di Mesir. Akhir kalam, saya ingin meminta sahabat2 semua mampu memberikan sokongan yang padu kepada SM2 pada tahun ini bagi kemashalatan kita bersama.-Sekian~Wallahualam
Monday, October 10, 2011
fahmie
GEN09 MEMBER
Do things with passion or not at all.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
hebat2 ~
Post a Comment