Tuesday, May 10, 2011

Kejayaan Hukum Minda


Khas buat Gen09 ku...

HUKUM MINDA mengatakan apa yang dijangka berkemungkinan besar akan berlaku. Oleh itu, daripada membuang masa menjangkakan kegagalan kenapa tidak jangkakan kejayaan? Sekiranya anda jangkakan kejayaan, fokus anda pastinya hanya cara untuk berjaya. Anda gambarkan hanya nikmat dan erti sebuah kejayaan, maka secara tidak langsung anda akan menggarap sikap POSITIF.


























Malangnya dalam kehidupan ini selalu takut akan kegagalan.

Oleh itu, yang tergambar di fikiran kita hanyalah halangan dan rintangan serta kepayahan. Dalam memburu kejayaan anda tidak boleh putus harapan. HARAPAN adalah anugerah yang cukup besar Allah s.w.t. kurniakan kepada manusia. Manusia biasanya membangun ke tahap yang mereka jangkakan atau orang lain jangkakan untuk mereka.

Justeru, jangkakan kejayaan dalam setiap usaha yang anda lakukan. Kalau anda perlu ubah perancangan untuk mencapai sasaran, maka ubahlah. Pastikan juga anda bertindakbalas secara POSITIF terhadap perkara-perkara yang mungkin membantut kejayaan tersebut.

























Lihat diri anda sebagai seseorang yang merealisasikan harapan yang digenggam.

Apabila kita rasakan yang kita tidak punya masa depan, tiada harapan untuk maju, tiada peluang untuk meningkatkan keupayaan maka ia akan menjurus kita kepada satu sikap negatif iaitu sikap MALAS.

Ingatlah bahawa:

"Perbezaan antara mereka yang berjaya dengan yang lain bukanlah kerana kekurangan kekuatan atau ilmu, tetapi lebih kepada kekurangan kesungguhan dan kemahuan".

Diharapkan motivasi ini sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat juang kita untuk kembali belajar dan meraih kejayaan dalam peperiksaan yang bakal menjelang tidak lama lagi. Renung-renungkanlah sejenak dan....


'BERSAMA MERANGKUL KEUNGGULAN'


Muhamad Huzaifah GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

No comments: