Wah, wah, wah.... Melancong sakan nampaknya!!! Hehe... Ramai juga dalam kalangan ahli batch kita yang keluar makan angin di luar Mesir (walaupun ramai jugak yg terperangkap dlm Mesir)... Ada yang ke Turki, Greece, Syria, Bulgaria, Lubnan n lain- lain... Syukur Alhamdulillah... Allah memilih kita untuk menjadi hamba- hambaNya yang berpeluang mengembara bg melihat kebesaran dan kekuasaanNya yang mana hanya mereka yang berfikir mampu menafsirkan apakah makna disebalik ciptaan- ciptaan tersebut...
Hasil kembara kita bergantung pada permulaan niat kita... You get what you want...
"Aku dengar perempuan Turki lawa- lawa... Usha la sket kat aku"
"Sutera kat Turki cantik taw. Nanti beli la banyak sket.. Bukan senang nak sampai sane"
"Hang nak pi Turki? Best la hangpa noh... Musim sejuk sana ada salji. Bwk mai sikit salji kat aku"
"Tangkap gambar byk2 taw.. Teringin nak tengok gambar kat sane"
Tak ramai yang mampu betul- betul meletakkan niat ikhlas kerana Allah ketika berpeluang menjejakkan kaki ke negara orang.. Kesannya, hati kita melayang tatkala mata dijamu dengan pelbagai benda yang mungkin belum pernah kita lihat sebelum ini.. Pulangnya kita ke tanah air hanya membawa gambar- gambar dan buah tangan.. Pahala dan penghayatan entah ke mana hilangnya...
Teringat pula rangkap nasyid kumpulan Mirwana:
Berjalan, Bermusafirlah
Melihat kebesaran Tuhan yg
Diciptakan untuk mereka yg berfikir dan bersyukur
Di atas nikmat dan kurniaanNya.....
Alhamdulillah, pengalaman melancong ke Turki cukup membuatkan saya dan sahabat-sahabat yang terlibat KENYANG. Kenyang dengan pengalaman hidup kekurangan duit di negara orang, berdepan dengan aneka kerenah sahabat-sahabat, pengalaman hidup berkumpulan, dan bermacam lagi suka duka perjalanan kami..
Kembara yang ingin ditempuh jarang sekali sunyi dari mehnah dan tribulasi. Terkadang ada cabaran yang ditempuh menggugat keimanan kami sebagai muslim dan mukmin.. Maklumlah, iman kami bukanlah setaraf wali.. Tourist guide yang memberi pelbagai alasan bila kami minta bas berhenti untuk kami menunaikan solat, dihidangkan jus oren bercampur champagne, gambar- gambar yang AMAT menjolok mata (tak nak describe la gambar yang macam mana) benar- benar mengajar kami untuk bijak mengawal keadaan dan bertegas agar mereka menghormati hak dan kehormatan kami sebagai muslim. Terima kasih yang tak terhingga buat abang- abang dari Mansoura (Abg Is, Abg Afiq, Abg Syed, Abg Ammar n 2 orang lagi lupa plak name dyorg) kerana banyak menolong kami memudahkan urusan sepanjang trip ni...
Namun Alhamdulillah, trip kami amat bermakna dan seronok.. Menyelusuri sejarah Khilafah Uthmaniyah sedang kami di bumi ini amat menjadikan kami terasa bagai berada di zaman itu.. Ditambah pula dengan struktur muka bumi yang menarik (Cappadocia, Pamukkale, Ephesus etc.....) menjadikan kami cukup bersyukur menjadi antara insan-insan yang terpilih untuk datang ke bumi ini..
Kesan sekularisma yang dibawa bapa pemodenan Turki (Ataturk) di amat ketara di sini.. Arak bebas dijual.. Mereka muslim pada nama, tidak pada amal.. Ramadhan mereka berpuasa, tamat Ramadhan arak jadi tegukan biasa... Namun, saya kagum dengan mereka di turki yang benar- benar mampu mengamalkan Islam dengan baik.. Nyata, iman mereka lebih kukuh dari kita.. Mereka mampu bertegas mengamalkan tuntutan syara' walaupun di sekeliling mereka cukup ramai yang meremeh-temehkan hukum syara'...
Pengalaman bisa mematangkan.. Kami amat berharap agar perjalanan yang kami tempuhi mendapat rahmat dan keredhaan Allah... Dah tak larat nak tulis panjang- panjang.. Baru je sampai Malaysia hari ni... Kena caj energy untuk bangun awal pagi esok...
Regards from us, trip melancong ke Turki bersama ketua batch (suka hati je bg nama)...
Sunday, February 13, 2011
Mr. Muiz
GEN09 MEMBER
Do things with passion or not at all.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
terbaek muih...~
spe bg tauliah kat ko wat laporan rombongan xco btch nh..? dh la pki nme ketua batch..nsib bek x sbut pki duit b*cth ( duit karnival ).. nh stu penyelewengan..jatuhkn xco b*tch
hehe... rilek suda.... At least I try to feed something beneficial to the members of this batch... Bce, faham n ambik mane yg bermanfaat... By the way, aku amat benci ngan org yg ske bwat bintang (*) kt perkataan batch.. Blh menimbulkn syak wasangka terhadap perkataan yg x elok disebut (faham2 la perkataan ape).. Kite pljr Mesir.. Harap dpt menjge tatasusila bila berbahasa..
Maksud Hadis:
Barangsiapa yg beriman pd Allah dan Hari Akhirat, maka berkatalah PERKATAAN YG BAIK atau DIAM...
Wallahuta'ala A'lam....
bestnya jalan2.
haha.kan dah kena marah.
kahkahkah
sayang muiz
Post a Comment