Wednesday, March 6, 2013

Jauhar - Membaca dan Seinfiniti Ilmu (Mac/2013 Edisi 18)



Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana kita dapat bertemu kembali di dalam Jauhar edisi 18 ini yang bertemakan “Membaca dan Seinfiniti Ilmu”. Tema ini dibawakan khusus bersempena dengan pelancaran  Kempen Membaca yang julung kali diadakan di peringkat batch Gen 9.
Mahasiswa  kini lazim dikaitkan dengan membaca hanya untuk peperiksaan.Minat membaca terhadap bahan selain dari pelajaran berada pada tahap lemah .Walaupun masih ada segelintir yang minat membaca tetapi sebahagian besarnya cenderung terhadap majalah picisan atau hiburan. Jadi bagaimana ingin melahirkan mahasiswa yang intelektual dan proaktif terhadap isu-isu semasa?  Bagi mengupas persoalan ini, edisi kali ini cuba membawakan beberapa objektif iaitu:
1. Memberi dorongon kepada ahli untuk membaca pelbagai jenis bahan bacaan selain medik.
2. Pendedahan kepada ahli mengenai teknik pembacaan yang berkesan dan efisyen.
3. Memupuk sikap cintakan ilmu pengetahuan.
Budaya membaca yang kuat adalah teras utama dan prasyarat untuk menjadi sebuah negara maju. Jatuh bangun sesebuah negara dan bangsa adalah bergantung kepada tahap pemikiran dan minda rakyatnya.
Maka bacalah! Kerana membaca itu anak kunci kepada ilmu. Ilmu itu pula iman kepada segala amalan. Allah s.w.t telah memilih iqra' untuk mentarbiah umat. Besar harapan agar penerbitan edisi kali ini dapat menyuburkan kembali tabiat membaca dalam diri kita.
Akhir kata, manfaatkanlah masa lapang dengan bahan yang berilmiah.Selamat membaca!



 RESPONS TAMBAHAN AHLI GEN09


NiezaM GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

No comments: