Monday, October 22, 2012

Laporan Glow With Flow 2012



Abou Risy, 15 Oktober – Program Glow With Flow (GwF) 2012 peringkat tahun empat (GEN09) Universiti Kaherah  telah diadakan dengan jayanya di Markas PERUBATAN Abou Risy yang melibatkan semua siswa dan siswi.



Program turun-temurun ini berlangsung seawal jam 6.30 petang dan dipengerusikan oleh saudari Nur Akma Anis binti Tajuddin. Majlis bermula dengan ucapan perasmian dan pembentangan analisis akademik tahun tiga Universiti Kaherah 2011/2012 oleh Ketua Biro Ekonomi, saudara Hamzah bin Marwan.

                                     

Acara kemuncak iaitu forum akademik pula dikendalikan oleh saudara Muhammad Asyraf bin Mohamad Kamil selaku moderator. Forum dua hala ini telah disampaikan oleh 3 orang ahli panel iaitu, saudara Abu Zar bin Nur Salehan, saudari Fathin Sarah binti Abd Aziz dan saudari Hazwani Nadyrra binti Hamzah, masing-masing merupakan pelajar tahun lima Universiti Kaherah.


Penyampaian forum kali ini bertepatan dengan rangkaan objektif oleh PERUBATAN  iaitu GwF menjadi medan perkongsian pengalaman dan tips kecemerlangan bersama pelajar senior, meningkatkan ukhuwah antara senior dan junior, dan meningkatkan daya motivasi diri dalam kalangan mahasiswa bagi menghadapi tahun dan suasana baru.

Majlis kemudian diteruskan dengan beberapa aktiviti batch GEN09 seperti, analisis akademik dan penyampaian anugerah kepada mahasiswa cemerlang batch. Antara penerima anugerah adalah seperti berikut :

Anugerah Potensi :
Ahmad Naufal bin Basri
Farahdina binti Mohd Fauzi

Anugerah Cemerlang :
Muhamad Zharief Afzal bin Md. Kasim
Mastura binti Bukhari

Anugerah Khas :
Nik Madihah binti Nik Shafii



Jawatankuasa Batch GEN09 mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada ahli-ahli panel dan tahniah serta syabas kepada semua penerima anugerah dan semua ahli yang terlibat dalam menjayakan GwF 2012. Semoga pelaksanaan program seumpama ini dapat memberi manfaat kepada semua ahli sebagai pencetus kecemerlangan kelak. 


Disediakan oleh,

Nurhawa Illani binti Roslan


Gen09 GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

1 comment:

ABC said...

Salam iskandari kepada teman2 lama.