Saturday, December 4, 2010

Be CONCERNED with the others!


~Bismillah ar-Rahman ar-Rahim~

Jumpa sekali lagi bersama dengan saya (tibe, mcm femes ngat). Saya ni sekadarlah sahabat biasa yg ingin menyampaikan apa yg terbaik utk kemajuan diri sahabat-sahabat saya, especially Batch Gen 09.

Nabi Muhammad saw bersabda, yg bermaksud:

"Sampaikanlah walau satu ayat."

Jadi adalah peranan saya yg dipertggungjawabkan ke atas bahu saya, bukan sebelah tp kedua-dua belah utk memberitahu dan memberi manfaat kepada para sahabat yg saya cintai dan kasihi sekalian.

Kita mampu untuk menjadi insan yg terbaik jikalau kita saling bantu-membantu dan berkongsi ilmu yg bermanfaat. Pada post yg lepas telah saya tekankan ttg ilmu yg bermanfaat yg dimana akan kekal dikira setelah kita mati. Adalah amat penting utk kita ingat perkara ini.

Imam Sayuthi dalam bukunya "Al-Jami'us Soghir" mencatatkan sepotong sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Sebaik-baik manusia adalah sesiapa yang paling banyak bermanfaat bagi orang lain."

Darjat hadis ini menurut Imam Sayuthi tergolong dalam hadis Hassan. Sheikh Nasiruddin Al-Bani dalam bukunya "Sohihul Jami'us Soghir" juga bersependapat dengan penilaian Imam Sayuthi.

Jadi, tidak perlulah untuk saya bercerita atau berceloteh panjang. Semua yang membaca ni, genius-genius belaka dok. Guno la akal yg ado tuh deh.

Secara ringkasnya, pengajaran yg boleh kita ambil daripada hadis si atas ialah:

1. Insan yang terbaik di muka bumi ini adalah insan yang suka dan banyak memberi manfaat kpd manusia yg lain.

Friends by Juliejxk @deviantart

2. Manusia dikatakan sbg makhluk sosial. Menurut fitrahnya, manusia akan hidup secara saling lengkap-melengkapi. Saling memerlukan. Saling kuat-menguatkan. Saling memberi dan menerima manfaat. Tada seorang pun yg dapat menolak kenyataan ini. Yang terbaik dalam kalangan mereka ialah yang memberi manfaat kpd manusia yg lain.

special needs. by =JoX1989 @deviantart

3. Oleh kerana manusia saling memerlukan, maka asas hubungan seorang dengan seorang lain adalah untuk saling mengambil manfaat. Satu pihak memberi dan menyumbangkan jasa bakti dan pihak yang lain pula memberi jasa budi. Si pemberi jasa mendapat imbalan dan menerima jasa pula beroleh manfaat. Itulah asa hubungan yang biasa diterima pakai, masuk akal, adil dan saksama.

4. Seorang Muslim boleh menyebarkan manfaat diri kepada Muslim yang lain dalam bentuk ilmu pengetahuan, nasihat yang berguna, buah fikiran, tenaga, masa, wang ringgit dan sebagainya.

5. Iman yang kuat dan sempurna akan menjadikan seorang Muslim atau Muslimah sentiasa terpanggil untuk memberi khidmat juga manfaat kepada Islam dan umatnya. Ketika iman kita memuncak kepada Allah swt, segala amal untuk memberi manfaat kepada orang lain terasa amat ringan untuk dilakukan. Manakala, tanpa dorongan iman, seseorang itu mungkin hanya akan memikirkan hal dirinya sahaja.

MTF11 - Tree of Iman by BrotherhoodArts @deviantart

6. Selain itu, iman akan menjadi faktor pemelihara dan penjaga yakni saat seseorang melakukan kebaikan atau memberikan pertolongan kepada saudara Muslimnya, ia akan melakukannya secara tulus dan ikhlas. Dia tidak meminta balasan daripada manusia, cukuplah daripada Allah swt sahaja balasannya.

Be Happy *Alephunky @deviantart

7. Allah swt memberi contoh kaum Ansar. Lihat Surah Al-Hasyr, ayat 9. Merekalah sebaik-baik manusia. Sedaya upaya mereka cuba membantu dan menggembirakan Sahabat-sahabat Muhajirin yang amat memerlukan pertolongan dan keprihatinan mereka. Segala keperluan sahabat Muhajirin cuba diselesaikan dan disediakan sebaik mungkin walhal sebelumnya mereka tidak pernah bertemu dan bersua. Mereka melakukannya atas semangat dan dorongan iman, ukhuwah dan kerana ingin menjadi yang terbaik di sisi Allah swt. Besar sekali manfaaat kaum Ansar.

love by auroille @deviantart

8. Agar sifat suka memberi manfaat ini menjadi amalan kecintaan dan amalan berterusan, maka perlu terpahat di benak fikiran kita satu kefahaman yang terang dan jelas bahawa sebagaimana kita memperlakukannya kepada orang lain, seperti itu jugalah kita akan diperlakukan. Jika kita memuliakan tetamu yang bertamu ke rumah kita, maka seperti itu jugalah yang akan kita dapat ketika bertemu.

Sumber: iLuvislam.com

Jadi, kesimpulannya, sama-samalah kita semua saling bermanfaat antara satu sama lain. Terutamanya (nasihat ini) untuk dipraktikkan di rumah masing-masing (pada peringkat awalnya). Bila mana, ada sahabat kita yg sibuk ataupun ada komitmen lain seperti menjadi AJK bagi sesuatu program, adalah tanggungjawab kita untuk membantu beliau jika beliau dalam kesusahan. Begitu juga dalam pelajaran, seandainya sahabat kita itu kurang dari segi persembahannya dalam sesuatu mata pelajaran, pelajar-pelajar yang mempunyai kelebihan dalam sesuatu subjek itu, seharusnya membantu sahabatnya yang lemah.

Help by Tellien @deviantart

Banyak lagi contoh, kalau saya nak beri. Anda fikirlah yang mana yang sesuai, bila di saat sahabat anda ditimpa kesusahan. Di saat itu, ujian berlaku ke atas diri kita, sama ada kita sanggup untuk korbankan masa, tenaga mahupun harta untuk membantu sahabat kita yang berada dalam kesusahan. Saya khususkan hal ini di dalam Mesir ini sendiri. Tidak lupa juga bila kita berada di luar Mesir mahupun di Malaysia,. Ataupun sahabat-sahabat kita yang berada di luar negara (seperti dari UK, Europe or elsewhere), seandainya mereka meminta pertolongan dari kita, kita perlu untuk menolong mereka berdasarkan kemampuan kita (sebagai contoh, ada sahabat kita yang ingin datang bercuti di Mesir dan sebagainya). Bukanlah kita buat bodoh sahaja dengan membiarkan sahabat kita tercari-cari jalan penyelesaian tanpa bantuan kita.

Sama-samalah kita bantu-membantu, sama-samalah kita kongsikan dan selamat maju jaya!

p/s: Semakin ramai sahabat-sahabat kita yang membela pelbagai aneka binatang, dari kucing sehinggalah ke chameleon. Semoga sahabat-sahabat yang membela binatang akan sentiasa merasa happy dan selesa utk study!

Dr. Afif Fahim MD.
Sekadar Ahli Biasa Gen09.
Zeinhom, Sayyeda Zainab, Cairo.




Afif Fahim عفيف فهيم GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

9 comments:

عمار حمزة said...

ok I confess
serius aku xbaca sampai habis.
terus tekan comment.

yang aku tw chameleon tuh tuan die xtw nak bg makan ape.hahahaha

Lyn said...

Jom kita sume sama-sama study dgn hati yg rela dan suka...yg paling penting, niat 2 kena lah selalu ikhlas...jgn 'study paksa' dan jgn pula terlalu stress..skit2 stress x pe, asal kan hati kita dkt dgn Allah swt..I'Allah, kita sama2 nilaikan hati ini..

Abul Akmal Arif Bin Anuar said...

aku pun sama ammar
kahkahkah
pakai nama betullah
baru jujur ya lyn

Lyn said...

sudah ku pakai nama yg agak jelas...cuma terletak ke atas entum sume utk menyedarinya.yg penting, ku disini sebahagian drpd Gen 9.. :)

Abul Akmal Arif Bin Anuar said...

adakah liyana nadhirah
o.O

prihatin said...

ooo..ye k?

prihatin 2 said...

siapa prihatin?
saya prihatin 2...

عمار حمزة said...

Abul Akmal.
anda sentiasa hidup di alam stalking.
are u the one to say it?
hahaha.
sekali lg no offence.

Abul Akmal Arif Bin Anuar said...

bean stalk??
hypothalamic-hypophyseal stalk??