Ahmad serba tak kena hari ini. Rasa mahu marah saja. Hati umpama di siat siat. Ada sahaja perkara yang ingin dia persoalkan. Itu tak kena, ini tak kena. Sampaikan bila dia nampak cawan pon dia rasa nak makan. Tengok ahli beit rasa nak sepak, tengok kucing rasa nak terajang. Oh Ahmad runsing. Seolah olah dia berada di dunia lain. Dia ingin sendirian buat seketika. Bagi dia biarlah dia menyendiri dari menyakitkan hati saudara dan sahabat sahabatnya dek kerana api amarah yang menjulang julang dalam hatinya. Ali hanya memerhati gelagat Ahmad dari jauh.
Ali (jiran Ahmad di Banting, merangkap classmate, ahli beit dan ahli tegar persatuan BERUBAT) nampak Ahmad kusut.
Esoknya usai melayan Running man, Ali cuba mendekati Ahmad di bilik mereka.
Ali : kau kenapa duh, lain macam je aku tengok. Dari semalam lagi. Kau marah siapa ni sebenarnya
Ahmad : Aku bengang. Bengang dengan semua orang. Suka hati aku lah nak buat apa. Nak kecoh tegur aku ape hal.Macam harem.
“siapa tegur kau. Kau buat masalah lah tu. Kau ingat diorang nak sangat tegur kau. Perangai mcm hantu"
( ni Ali bisik dalam hati je, heh).
Dialog sebenarnya macam ini : Siapa tegur kau sebenarnya. Mesti ada sebab mereka tegur. Cuba kau story mory siket kat aku. Aku pon dah lama tak layan story telling ni. haha
Ahmad : Kau buat lawak mcm itu ingat aku nak gelak ke weh. Maharaja lawak Boboi tu pon kene kutuk dengan aku inikan pula lawak kau. Amir (Raja Lawak) tu pon menang la dengan kau.
Ali : ( -,-“)
Ahmad : Tak la, kelmarin, aku nak tengok cerita Adam Hawa, selepas itu si Arab call aku kata nak jumpa. Aku pergi la jumpa dia dengan perasaan kecewa meninggalkan Adam Hawa aku tu. Last2 bila aku jumpa. Kau tahu dia buat apa. Dia bawak geng jemaah dia pergi shot aku. Kata aku ni tak thiqah lah. Dia kata aku ni lelaki kurang baik kerana tak pernah update status islamik dalam FB, dan Twitter. Lepas itu kawan perempuan lagi ramai dari kawan lelaki dalam Fb tu. Asyik layan movie tak study plus tak pergi program batch yang dianjurkan contohnya MP3, jamuan Raya Adil adha, dan Glow with Flow.
[Arab atau nama panjangnya Abu Rahim Abdul Bakar]
Ali mengangguk angguk kan kepala mendengar cerita Ahmad sambil berkata.
Ali : lepas tu dia kata apa lagi
Ahmad : Dia kata lah aku ni dah la selalu tak dtg kelas, lepas tu asyik usha akhawat XXXX, asyik kutuk akhawat yyyyyyy, mulut longkang kerja herdik orang.
Ali menukar style nya dari mengangguk angguk kepada menggeleng geleng kepala. Lagi dia cakap apa?
Ahmad : Dia cakap lagi, aku selalu tak solat subuh. Kalau solat pon subuh gajah.
erghhhhhhh, banyak lagi manusia manusia kat dunia yang mcm tu duh. Tu yang buang anak, zina, minum arak, pehal nak kecoh2 dengan aku. Aku kira baik apa. Subuh lewat pon, aku solat gak lima waktu. Standard r kutuk orang. Kau pon penah kutuk orang kan.
erghhhhhhh, banyak lagi manusia manusia kat dunia yang mcm tu duh. Tu yang buang anak, zina, minum arak, pehal nak kecoh2 dengan aku. Aku kira baik apa. Subuh lewat pon, aku solat gak lima waktu. Standard r kutuk orang. Kau pon penah kutuk orang kan.
Ahmad pandang Ali sambil mengaju kan jari kelingking nye ke lubang hidung Ali (apa motif entahlah)
Ali : ( -,- ")
Ahmad : Arab tu bukan baik sangat.. Ahli beit dia cerita dia minat Jessica SNSD tu. Tiap hari layan lagu SNSD. Thiqah la sangat. blerghhhhh.
Moral of the story
- - Jangan jadi macam Ahmad. Perangai hodoh, dan tidak menghargai kawan yang cuba menasihatinya.
- - Jangan jadi macam Ali, lebih kurang macam Ahmad je dia ni. Pemarah dan tidak pandai mengawal marah. Kalau dia stay lama sikit dengar cerita Ahmad mungkin Ahmad akan reda dengan marahnya. Dan Ali boleh mengambil langkah untuk menasihati Ahmad dengan cara baik.
- - Jangan jadi macam Arab. Sebab dia layan SNSD. Skirt ketat dan pendek. Astaghfirullah.
- - Jangan jadi macam ahli beit Arab. Pergi cerita keburukan Arab yang suka Jessica SNSD dan selalu layan klip klip video SNSD. Membuka aib! tak patut tak patut..buka aib orang ni luas. kalau dah update status kat FB macam ini " buruk nya tudung SM Pharma tu".. memang satu batch tahu itu siapa la kan. even tak mention nama.haha
- - Sekecil kecil perkara kalau dibiarkan lama boleh parah. Umpama bila kita mengutuk kawan kita, mula mula kawan kita boleh layan. Dah lama mungkin boleh berlaku Tsunami.kankan
- - Hormati hak orang lain. Cuba tunaikan. Untuk kawan kawan, persatuan, keluarga, ibu ayah. Hak ALLAH dan RASULULLAH itu maha penting untuk di tunaikan.
Maaf post tiada kena mengena dengan Aidil Adha dan pengorbanan. Maaf juga kerana ayat ayat yang jauh menyimpang dari tatabahasa yang betul. Juga jauh menyimpang dari dialog2 seharian kita yang penuh sopan santun dan berbudi bahasa.huhu.
lastly, ahli beit saya semua masak ikut jadual.. Alhamdulillah. =)
No comments:
Post a Comment