Wednesday, July 17, 2013

[KENYATAAN RASMI] PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA BATCH GEN09 SESI 2013/2014


No. Rujukan : GEN09 01/01/05-X 04/2013/14(11)
Tarikh : 17/7/2013

Bismillahirrahmanirrahim.

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya dapat juga kita menghabiskan tahun pengajian yang keempat ini dengan jayanya, dan terus berdoa agar usaha kita pada tahun ini akan diakhiri dengan keputusan yang cemerlang sekaligus bersama-sama kembali menyambung perjuangan di bumi yang bertuah ini pada sesi mendatang. InshaAllah…

Setelah berlaku  perbincangan dengan Majlis Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa yang baru, di sini ingin saya mengumumkan AJK yang telah dilantik berserta bidang tugas yang telah diamanahkan:-


Unit Akademik
Zubair Bin Jamil
Siti Nubani Binti Md Hassan

Unit Pembangunan Insan
Harsyafiq Razazwan Bin Abdul Haris
Noor Amalina Binti Abdul Rahman

Unit Kebajikan
Amir Fikri Bin Zulhlmi
Mastura Binti Bukhari

Unit Aktiviti
Muhammad Hanif Imran Bin Muhammad Ariff’ Fadhillah
Naqiyan Anis Binti Abdul Rahim

Unit Tugas Khas
Ammar Hamzah Bin Mohd Hanim
Badriyyah Binti Husin


Dengan perlantikan yang telah diamanahkan ini,  semoga kalian yang telah dilantik bersedia dan bersemangat untuk memikul amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Saya berharap kalian dapat memandu batch kearah yang lebih baik dan sentiasa menjaga kepentingan ahli dari segenap aspek. Saya juga berharap agar warga gen09 dapat berkerjasama demi membawa batch kita ke arah yang lebih baik bak kata pepatah “bersatu teguh, bercerai roboh”. Oleh itu, mulai detik ini bolehlah kiranya jika ingin mengadu sebarang masalah mahupun pertanyaan kepada Unit yang berkaitan.

                Di kesempatan ini juga, ingin saya mengucapkan selamat bercuti, berpuasa dan berhari raya di samping orang yang tersayang. Bagi yang masih berada di Mesir, diingatkan kembali untuk menjaga diri dan menjauhkan diri daripada tempat-tempat yang boleh mengundang sebarang malapetaka yang tidak diingini. Nauzubillah…

Wallahu a’lam.

Yang menjalankan tugas,

MUHAMMAD IKRAM BIN SHAHROM
Ketua Batch
Jawatankuasa Gen09 2013/2014




Gen09 GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

No comments: