Sunday, March 20, 2016

Panduan Mendaftar Housemanship


Bismillah.

InsyaAllah, sedikit sebanyak kami akan berkongsi langkah-langkah untuk mendaftar buat panduan rakan-rakan dan junior-junior akan datang.
Entry ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Baik.

[SPA]

Kalau nak kerja awal, selesaikan isi borang SPA ini semasa tahun akhir pengajian.
Buka laman web SPA, log in, kemudian,

1. Isi maklumat akademik untuk PMR dan ko-kurikulum
2. Isi maklumat akademik pada bahagian pengajian tinggi



Panduan ini untuk ijazah yang tak tertulis pointer atau cgpa atau lain-lain. Boleh pilih sarjana muda dalam bidang profesional atau sarjana muda am.

3. Isi bahagian jawatan yang dipohon.


4. Bahagian ini untuk diisi lepas selesai langkah ke-8 urusan MMC.
Bahagian no. keahlian diisi berdasarkan surat layak mendaftar sementara daripada MMC.




[MMC]

Kalau malas baca panjang, terus ke nombor 6.
Minta maaf atas gambar yang tidak jelas banyak komen pulak. Aku lempang kang.

1. Buka laman web MMC di link ini, http://www.mmc.gov.my/v1/index.php/downloadable-forms
kemudian muat turun dan cetak fail pdf untuk provisional registration (sijil sementara ni untuk HO lah).
Tak kisah cetak berwarna atau hitam putih. Isi sehingga penuh.

Panduan mengisi borang 4,

Bahagian bawah tu perlu diisi oleh pegawai yang sahkan segala salinan fotostat untuk dokumen lain. Rujuk langkah ke-2. Alamat tu alamat pejabat.

Borang appendiks A,


Borang fitness to practice declaration. Panduan di bawah adalah untuk orang yang sihat macam saya. Jadi, tak perlu buat medical check-up.




2. Buatkan salinan dan sahkan (oleh orang yang isi bahagian certification of identity pada borang 4 seperti di atas)
IC,
surat beranak (yang lama warna hijau tu pun boleh),
sijil SPM (bukan slip)
transkrip peperiksaan
maklumat kurikulum pengajian (sahkan setiap salinan)

4. Buat wang pos RM 20 di pejabat pos. Bila dah dapat wang pos tu, pada bahagian depan, tulis "The Registrar of Medical Practitioners" dan pada bahagian belakang, tulis nama dan alamat kita.

5. Sediakan sekeping gambar berukuran pasport untuk ditampal pada borang 4 dan surat daripada timbalan dekan (yang asli).

6. Pergi ke pejabat MMC di Kuala Lumpur (kalau naik pengangkutan awam, turun di stesen komuter Kuala Lumpur). Bangunannya bersebelahan Masjid Negara.
Pastikan semua dokumen lengkap:

sekeping gambar berukuran pasport
wang pos RM 20
surat daripada timbalan dekan
salinan IC, surat beranak, sijil SPM, transkrip peperiksaan*, maklumat kurikulum pengajian*

*sila bawa yang asli. Bimbang mereka minta yang asli. Setakat ini mereka masih menerima salinan.

7. Jika semua dokumen lengkap, kerani akan beri satu surat yang mengesahkan mereka dah terima permohonan kita dan kita akan diminta untuk datang semula selepas dua hari berkerja. Isi nama dan alamat pada surat tersebut.

8. Kalau pilih untuk ambil sendiri surat layak mendaftar sementara tersebut,
selepas dua hari berkerja, datang semula ke MMC dan dapatkan surat tersebut.
Rujuk pada langkah ke-4 panduan urusan SPA.


Sambungan panduan akan dikemaskini kemudian.
Afify Shamel AbdelRazak GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

No comments: