Thursday, April 12, 2012

Cara Menguatkan Kesabaran


Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum..

Hari ini saya ingin berkongsi beberapa cara untuk menguatkan lagi sifat sabar dalam mengahadapi sebarang ujian. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dalam menghadapi fatrah exam yang makin dekat..

Imam Al-Ghazali menyenaraikan 5 perkara yang bila kita selalu ingatkan 5 perkara ini ketika dalam kesusahan, InsyAllah kita dapat menempuh setiap ujian dengan kesabaran yang jitu.

Perkara 1

  • Ingatlah, sekalipun ujian yang menimpa kita itu dirasakkan berat maka berat lagi ujian yang menimpa orang lain.Ada orang yang ditimpa ujian lebih teruk dari kita. 
  • Contohnya: bila kita kesulitan wang, bersyukurlah kerana kita mungkin masih ada kerja. Orang lain mungkin tiada wang dan tiada kerja! Kita patut sabar dan bersyukur kerana kita tidak ditimpa ujian yang lebih teruk.
Perkara 2
  • Kita patut sedar ujian yang datang mungkin kerana kita kurang taat pada agama. Kita patut sabar dan bersyukur kerana Allah telah memberi 'ingatan' di dunia lagi. Kalau Allah biarkan sahaja kita hidup dalam kelalaian, kita akan celaka di akhirat nanti.
  • Dengan ujian yang menjadi peringatan ini, kita akan sedar dan insaf untuk tidak mengaibaikan suruhan Allah dan Rasul-Nya. 
Perkara 3
  •  Apa yang ditakuti ialah ujian susah di dunia ini berterusan susah hingga ke Akhirat kerana dosa-dosa kita.Jadi bersabarlah. Dengan sabar itu, pahala kita berganda dan dosa-dosa kecil kita terhapus. Ini dapat menyelamatkan kita di Akhirat nanti. 
Perakara 4 
  • Ujian ini telah tercatat sejak azali lagi. Sedih, gelisah atau marah sekalipun tidak dapat menghalang ujian daripada menimpa kita. Kita hanya hamba yang tidak tahu apa maksud ujian yang diberikan oleh Allah ini. Namun percayalah, setiap apa yang Allah takdirkan ada kebaikannya kepada manusia. Hanya kita manusia yang tidak tahu. 
  • Jadi bersabarlah dengan selalu berdoa agar ujian ini akan berakhir.
Perkara 5
  • Kita patut tahu, pahala amalan yang kita buat semasa ditimpa musibah adalah lebih besar berbanding pada waktu kita senang dan lapang. Pahala solat ketika kita sakit adalah lebih besar daridapa pahala solat ketika kita sihat. Pahala sedekah yang kita buat ketika kita sendiri kekurangan wang adalah amat besar berbanding pahala sedekah orang kaya yang banyak duit.
" Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar." ( surah Al-Nahl,126)




Ditulis oleh: Badriyyah Husin.
sNsH GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

2 comments:

Unknown said...

tips bagus syukran share

Anonymous said...

timb mentor mantap=)