INTRO
Dan Tidaklah Aku Menciptakan Jin dan Manusia Kecuali untuk Beribadah Kepada-Ku
(Adz Dzariyat : 56)
Sering kali ayat ini kita dengari, samada daripada ustaz-ustaz, penceramah, pakar motivasi, dll. Namun pernahkah terdetik di hati anda kenapa di ciptakan JIN? Manusia yang berjuta nyawa itu tidak cukup kah?
Persoalan demi persoalan wajar anda tanyakan kepada diri sendiri.
Sejauh mana aku kenal makhluk Allah ini?
Apa kaitan bidang perubatan dan makhluk ini?
Aku doktor, tapi jika pesakit yang datang gagal dijumpai punca penyakitnya, adakah sains yang aku belajar itu penghujung akal fikiran?
Atau
soalan yang utama, pentingkah saya untuk mengetahui perkara-perkara ini sedangkan hidup saya dan keluarga aman-damai-bahagia-sentosa -makmur etc etc
SOALAN YANG DIBINCANGKAN (simplifed)
Sebelum saya berkongsi sebahagian jawapan,ingin saya ketengahkan persoalan-persoalan yang telah ditimbulkan dan dijawab oleh penceramah. (penceramah sangat mantap, rupa-rupanya abang kpd Ustaz hadi Jusoh)
- kenapa jin menjelma dalam mimpi manusia
- adakah bomoh yang menggunakan ayat Al-Quran dan pertolongan jin dikira sbg pengamal perubatan islam??
- Apa hukum dan perbahasan ulama ttg meminta pertolongan dari jin?
- Bentuk-bentuk pertolongan (permainan) jin
- cara-cara merawat orang yang dirasuk jin (hanya asas dan hanya untuk emergency. Untuk mengubat anda perlu berguru)
- Apa itu konsep berguru, dan hukum berguru dengan jin
- hikmah penciptaan jin
- orang yang bagaimana jin suka, dan tidak suka
- bahaya fitnah permainan jin
- bagaimana masyarakat malaysia memandang perkara2 berkaitan jin dan perubatan islam
- bagaimana seorang muslim seharusnya memandang perkara2 jin dan perubatan islam
- cara mengetahui pengamal perubatan islam sebenar dan pura2
- dll
(persoalan2 yang dilontarkan sgt mantap dan bermanfaat. Maaf tak dapat di kongsikan semuanya disini kerana kekangan masa dan skill utk menulis T,T)
KESIMPULAN
sejujurnya saya katakan, seminar ini sangat membantu pemahaman saya tentang makhluk Allah ini. Semakin kita mengetahui, semakin rasa Allah itu Maha berkuasa. Ustaz menceritakan pengalaman-pengalaman yang beliau alami sepanjang menjadi pengamal perubatan islam.
8tahun merawat, tpi hanya slps 3 tahun terawal beramal dengan ayat-ayat syifa. Ustaz merupakan anak didik Ustaz Ismail Kamus,pengasas Darussalam. Pertemuan Darussalam dan Darul Syifa selalu diadakan bagi berbincang dan bertukar ilmu.
Antara mesej penting yang diketengahkan berulang kali:
"Entum jika ikhlas kerana Allah,sesuatu penyakit itu akan sembuh dengan izin-Nya. Penyakit itu boleh saja sembuh walaupun entum merawat tanpa ikhlas, namun tanpa sedar tipudaya jin itu sedang memanipulasi entum. Perasaan riak,bangga akan datang, lalu bermulalah sedikit demi sedikit tipudaya jin dan syaitan"
"Menjadi perawat ini, tidak lain tidak bukan hanya bergantung kepada Allah. Kalau entum hebat mana pun, Allah kata tidak maka tidak. Kalau ya, maka ya. Oleh itu,banyakkan amalan dan istiqamah dengan sebenar-benar istiqamah. Sesiapa sahaja walaupun anda huffaz, anda berpotensi untuk di uji dengan jin. Maka, ma'thurat dan ayat qursi jgn tinggal. dan,jangan dah kena 'ganggu' baru nak beramal"
"Jin itu hamba allah. Kita pun hamba Allah. Jangan jadi hamba jin, sedar ataupun tidak sedar. "
"berusaha dengan mengikut syariat itu menambah pahala, dan berusaha dengan pertolongan jin itu satu kemaksiatan kepada Allah"
(setiap pernyataan ini ada penjelasan yg panjang lebar, tpi saya kurang pandai pula nk menulis. maaf lah. cumanya, saranan saya, jika ada seminar sebegini, datanglah walaupun sekali dalam hidup anda. Makhluk ciptaan Allah,tiada yang sia2 penciptaannya,untuk orang yang berfikir)
No comments:
Post a Comment