Wednesday, April 20, 2011

Suhaib Webb






Salam, pernah dengar tentang seorang manusia bernama Suhaib Webb?
mungkin ada yang pernah dengar, dan mungkin juga ramai yang tak pernah dengar,

Suhaib Webb atau namanya sebelum memeluk Islam ialah William Web,
sebelum kemasukannya ke keluarga besar Islam,
beliau merupakan seorang DJ hip-hop yang banyak membuat rakaman dengan artis2 terkenal.

Ya, hidayah itu milik Allah, Allah boleh berikan kepada siapa-siapa sahaja,
insan bernama Suhaib Webb ini merupakan salah satu contoh manusia yang sebelum ini tidak mengenal Allah dan kemudian Allah campakkan hidayah ke dalam hatinya,
bayangkan keislamannya bermula hanya dengan membaca pamphlet tentang Islam.


Syeikh Suhaib Webb ini memeluk Islam pada tahun 1992, dan berjaya menghafal keseluruhan isi kandungan Al-Quran di Makkah. Pada tahun 2004 hingga tahun 2010, Syaikh Suhaib Webb telah datang ke Mesir untuk belajar di Universiti Al-Azhar As-Syarif dalam jurusan syariah.


Suhaib Webb ini merupakan antara tokoh Muslim yang terkenal di Eropah, sebaris dengan Hamza Yusuf dan Amr Khaled. Imam Webb juga pernah tersenarai dalam "500 Manusia Muslim yang paling berpengaruh di dunia" oleh Royal Islamic Strategic Studies Center pada tahun 2010.

Untuk mengenal dengan lebih lanjut insan bernama Suhaib Webb ini bole la ziarah laman web rasminya SuhaibWebb dan boleh saksikan video-video ceramahnya yang menarik dan menusuk kalbu di Youtube, mudah je cuma taip nama Suhaib Webb.

Laman SuhaibWebb ini merupakan "Blog of the Year" pada tahun 2009 oleh Brass Crescent award dan tweeter dia telah diundi sebagai "Best Muslim Tweeter" pada tahun 2010. Boleh saksikan bagaimana luasnya dakwah hinggakan dunia maya mampu digunakan sepenuhnya untuk tujuan dakwah.

Sekadar perkongsian, sebarkan untuk menyertai usaha dakwah~





Is GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

6 comments:

insan yang bersyukur said...

nice post..

sekadar tmbhan, beliau merupakan salah seorang panel dalam rancgn tv al-hijrah, mlaysia..

Is said...

ooo, xtau, dah lama xtgk tv kt msia,

nisazaidan said...

syukran atas perkongsian

munir said...
This comment has been removed by the author.
munir said...

berpeluang jmpe die a few times juga di malaysia dan sekali di mesir thn lepas mase konsert maher zain kt cairo..if not mistaken, isteri die org malaysia..a very humble person.

Is said...

yup, kwin org msia~