Friday, April 22, 2011

SC Gabungan Tahun 2


KAHERAH, Sayyeda Zeinab, 21 April - "Jahiliyah Kurun ke-21" itulah tajuk ceramah yang dipilih bersempena Smart Circle (SC) Gabungan Tahun 2 Perubatan yang telah diadakan di Rumah Wahdaty sebentar tadi. Majlis dihadiri oleh pelajar-pelajar (ikhwah dan akhawat) Tahun 2 Perubatan Universiti Kaherah dan diserikan lagi dengan kehadiran beberapa Exco PERUBATAN.

Majlis berlangsung selama sejam setengah bermula jam 8.30 malam (waktu Mesir) yang telah dipengerusikan oleh Saudara Amir Asymunir. Penceramah jemputan kali ini adalah Ustaz Faruk, Ketua Jabatan Fasilitator Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) Selangor. Untuk ceramah kali ini para pelajar juga disertakan dengan kertas kerja berkenaan topik yang disampaikan.

Menurut penceramah itu sendiri, topik ini merupakan topik yang cukup sesuai dan menarik untuk disampaikan pada hari ini berikutan kita sekarang berada di zaman era ke -21. Ramai tidak sedar bahawa jahiliyah tidak hanya berlaku di zaman Rasulullah, akan tetapi perkara tersebut berlaku di setiap zaman termasuk zaman kini. Penerangan mengenai topik yang dibincangkan menjadi lebih menarik apabila penceramah cuba menyelit beberapa kajian serta fakta-fakta terkini bagi mengukuhkan lagi penerangannya.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada penceramah yang telah disampaikan oleh wakil daripada PERUBATAN, saudara Hilmi Md Noh.







Suasana di awal majlis















Pengerusi majlis, saudara Asymunir


















Pelajar2 yang hadir
















Penceramah mengambil tempat

















Ustaz penceramah, Ustaz Faruk. Muda dan berkaliber

















Sahabat2 akhawat















Ustaz memulakan penerangan
















Penjelasan demi penjelasan mengenai serangan pemikiran dan pergerakan masa kini














Setiap penjelasan yang disampaikan diselit beberapa video menarik
















Nota2 yang dikongsi Ustaz Faruk















Perkongsian mengenai salasilah nabi


















Letih berdiri, sambil duduk pun mantap juga ceramah ustaz Faruk ni
















Khusyuk hadirin yang hadir mendengar ceramah















Ni ustaz tengah berkongsi tentang kajian Hari Kiamat

















Diakhir ceramah
















Ucapan daripada wakil PERUBATAN




















Penyampaian cenderamata kepada ustaz (sori gambar tak lawa sikit)








laporan : puteramaahad91
Muhamad Huzaifah GEN09 MEMBER

Do things with passion or not at all.

No comments: